Apakah perkataan BM bagi "disassemble" atau "dismantle"? Contohnya disassemble a tent or a table? Adakah perkataan menyahpasang sesuai bagi objek sebegini? Bagaimana pula dengan perkataan "tangible". Ertinya ciri fizikal yang dapat disentuh seperti "a tangible result like a new car" | Dalam bidang Komputer “disassemble” ialah “nyahhimpun”, dalam bidang geografi diberikan padanan “merungkas” iaitu merombak, membongkar, membuka dan mencabut. Dalam konteks khemah dan meja, istilah biasa digunakan sahaja yang digunakan, iaitu i “buka” khemah / “pasang” khemah. Perkataan “nyahpasang” tidak sesuai digunakan kerana awalan ‘nyah-‘ hanya untuk padanan “de-“ atau “un-“ dalam bahasa Inggeris. Perkataan “dismantle” boleh diberikan padanan “ketara” dalam konteks yang keputusan seperti dalam pertanyaan yang dikemukakan. | Istilah | 20.02.2014 |
apply license, to hang up & dismantle on 1/8/2018. License period from 23/7/2018 to 31/7/2018. | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui www.dbpsahbahasa.my. Pelanggan baharu hendaklah mendaftar terlebih dahulu dan kemudian pilih DAFTAR IKLAN. Untuk maklumat lanjut, rujuk manual pengguna dalam laman web berkenaan. | Lain-lain | 19.06.2018 |
Mohon padanan "dismentle" dalam konteks menanggalkan perkakasan ICT untuk dilupuskan. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah dismantle secara umumnya ialah membuka. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 20.11.2024 |