SEMAK EJAAN DISPLIN,PENGWUJUDAN | Ejaan yang betul ialah disiplin dan pewujudan | Ejaan | 18.09.2007 |
Selamat petang, saya merupakan guru pendidikan khas, dalam konteks pendidikan khas kolaborasi bermaksud kerjasama antara pelbagai agensi dan displin ke arah transisi kerjaya bagi murid berkeperluan khas. Saya terbaca kamus DBP edisi terkini menyatakan kolaborasi adalah persepakatan antara musuh, saya kurang faham kerana perkataan kolaborasi dalam bidang pendidikan khas lebih kepada kerjasama antara agensi. Minta pandangan..terima kasih. | Selamat Sejahtera. Dalam bidang sains politik dan pentadbiran perniagaan, istilah kolaborasi digunakan bagi mengungkapkan maksud kerjasama. Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana dan diungkapkan sebagai kolaborasi. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.08.2015 |
Manakah penggunaan yang lebih tepat? Hadis atau Al-Hadis? Mengapa ejaan bagi Hadis tidak dieja dengan Hadith yang mana lebih menepati sebutan Arab, begitu juga penggunaan Al yang lebih menepati displin penulisan Arab. Tambahan pula ini adalah perkataan yang diserap dari bahasa Arab. | Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi dirumus khusus bagi penerbitan buku-buku agama khususnya yang berkaitan dengan istilah Agama Islam. Dalam proses transliterasi perkataan Arab ke Rumi, huruf hamzah kepada tanda ', kaf kepada k dan qof kepada q. Dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, kata serapan daripada bahasa Arab yang berupa istilah khusus dieja seperti ejaan asal dalam bahasa Arab ke dalam ejaan Jawi dan diselaraskan ejaannya dalam Rumi seperti wuduk, wuquf dan reda. Manakala kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu seperti sabun, darurat dan sahabat. Wallahualam. | Tatabahasa | 07.09.2016 |