Kesalahan ayat- Pihak polis menggeledah badan pemuda itu yang disyaki memiliki dadah. | Perkataan yang sesuai dengan konteks ayat tersebut ialah memeriksa, bukannya menggeledah.
| Tatabahasa | 05.07.2012 |
Adakah 'suspek' ( suspect in English) diterima dalam penggunaan Penulisan Bahasa Malaysia? | Dalam Kamus Dewan, kata suspek ditanda sebagai bahasa percapakan, oleh itu penggunaannya hendaklah digantikan dengan kata orang yang disyaki untuk konteks rasmi. | Istilah | 21.11.2010 |
Yang berikut mana satu adalah betul? Sebab? 1. Senarai borang-borang yang digunakan... 2. Senarai borang yang digunakan... | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, senarai bermaksud beberapa nama (orang, benda dan lain-lain) yang ditulis atau dicap berturut-turut; daftar: ~ nama pengarang. ~ hitam senarai nama orang (syarikat dan lain-lain) yang disyaki melakukan sesuatu yang salah atau yang membahayakan. ~ semak senarai yang di dalamnya terkandung barang-barang yang diperlukan, perkara yang perlu dilakukan, hal yang perlu diberi pertimbangan dsb, yang digunakan untuk disemak supaya semuanya telah ada, telah dilakukan dsb. Daripada takrifan tersebut, frasa yang betul ialah senarai borang yang digunakan... | Tatabahasa | 19.11.2014 |
APAKAH KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN DALAM AYAT DI BAWAH? 4. Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat. 5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan. 6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah. 7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair. 8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis. 9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas. 10. Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat. 11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 12. Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah. Sila rujuk Kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan ejaan/imbuhan yang betul dalam konteks ayat tersebut. | Ejaan yang betul seperti yang berikut: 4. Para pendayung itu terpaksa menongkah arus sebelum tiba di garisan tamat. 5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantu penduduk kampung yang dalam kesusahan. 6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi menyebabkan penduduk di situ berasa gelisah. 7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagakan oleh para peragawati terkenal tanah air. 8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pihak polis. 9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk dicetak melalui e-mel kerana lebih mudah dan pantas. 10. Hubungan silaturahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjamin keharmonian hidup bermasyarakat. 11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemarkan nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 12. Syarikat binaan milik rakyat tempatan mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat di bawah? (Sila bersertakan sebab kenapa salah) 1.Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial. 2.Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu. 3.Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas. 4.Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat. 5.Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan. 6.Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah. 7.Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair. 8.Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis. 9.Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas. 10.Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat. 11.Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 12.Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah. | 1. Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial. 2. Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu. 3. Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas. 4. Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat. 5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan. 6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah. 7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair. 8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis. 9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas. 10. Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat. 11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 12. Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah. Sila rujuk Kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan ejaan/imbuhan yang betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
Muammar Rashidi Jun 25th, 6:51pm Assalamualaikum. Saya inginkan perbezaan istilah-istilah berikut: (1) Cari salah orang lain dan menyalahkan orang lain, (2) Orang kelainan upaya dan orang kurang upaya, (3) Bukan mahram dan bukan muhrim, (4) Penjenayah dan suspek. | Penggunaan istilah yang betul ialah Orang Kurang Upaya (OKU). Muhrim dan mahram keduaduanya betul, lihathttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=muhrim unmtuk maklumat lanjut. Penjenayah ialah orang yang melakukan jenayah dan suspek ialah bahasa percakapan yang bermaksud orang yang disyaki melakukan jenayak. Untuk makna yang pertama, sila rujuk kamus dan bezakan makna mencari dan menyalahkan untuk frasa mencari/menyalahkan orang lain. | Tatabahasa | 25.06.2014 |
Apakah peranan DBP dalam memastikan penggunaan perkataan pinjaman Bahasa Ingeeris di dalam Bahasa Melayu dan apakah kesan atau impak kepada Bahasa Melayu itu sendiri, adakah Bahsa Melayu akan lebih diterima serta difahami atau sebaliknya? | DBP mempunyai dasar dalam penggunaan perkataan pinjaman Bahasa Ingeris, iaitu bagi perkataan atau istilah yang memang tiada dalam bahasa Melayu. Misalnya, komputer, teknologi dsb. Namun, terdapat juga perkataan yang ada dalam bahasa Melayu, tetapi dalam bidang tertentu, kata pinjaman lebih tepat, misalnya telekomunikasi, program dsb. Bagaimanapun, DBP tidak menggalakkan penggunaan kata pinjaman yang tidak mengikut pola pembentukan kata pinjaman, seperti 'suspek'(yang disyaki), 'bajet'(belanjawan) dan 'drebar'(pemandu). Peminjaman kata yang betul mengikut sistem morfologi bahasa Melayu akan memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu, sebaliknya peminjaman yang tidak keruan akan mencemarkan bahasa Melayu. Semua pengguna bahasa Melayu adalah bertanggungjawab dalam memelihara kemurniaan bahasa Melayu, dan tugas ini bukan tanggungjawab DBP sahaja. | Lain-lain | 06.03.2007 |
Assalamualaikum...salam sejahtera... Saya nak bertanya...perbezaan ejaan saidina dengan saiyidina...contoh...saidina ali. Soalan 2 Maksud mengawal selia... Maksud mengawasi.... Terima kasih. | Alaikumussalam. Ejaan yang tepat ialah "sayidina" Mengawal selia berasal daripada perkataan kawal selia yang bermaksud: tindakan atau usaha mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, tugas dsb supaya dpt berjalan lancar selaras dgn peraturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan. mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: Pihak Kementerian sentiasa ~ aktiviti syarikat-syarikat yg terbabit. pengawalseliaan perihal atau proses mengawal selia: ~ mutu pengeluaran memang diwajibkan. pengawal selia pihak, badan atau orang yg menjalankan kawal selia: Latihan itu adalah utk semua ~ kewangan. Mengawasi pula bermaksud: memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. memberikan perhatian serta mengawal (supaya teratur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelaksanaan sesuatu projek; ~ perjalanan mesyuarat; | Ejaan | 11.11.2014 |