Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditakrifkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perbezaan antara pelawat, pengunjung dan pelancong.Menurut Kamus Dewan, pelawat ditakrifkan sebagai orang yg melawat atau pengunjung.Pelancong pula ditakrifkan sebagai orang yg melancong. Contoh ayat :Kedua-dua bandar itu selalu dilawati pelancong kerana pemandangannya yg cantik. Pengunjung pula ditakrifkan sebagai orang yg mengunjungi sesuatu tempat, pelawat atau pelancong. Contoh ayat: Pemandangan di tempat tersebut demikian indahnya sehingga banyak para pengunjung datang ke sana.Makna08.09.2007
'Sulang' ditakrifkan sebagai 'saling memberikan minuman/makanan' dalam laman web DBP. Boleh berikan takrifan yang lebih terperinci? Adakah ia bermaksud 'drinking/eating with arms crossing among two people'?Kami hanya boleh memberikan takrifan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu saling memberikan minuman (makanan dan lain-lain). Pihak kami tidak mempunyai takrifan yang lebih terperinci mengenai perkataan ini.Makna03.09.2016
Mengapakah papadom ditakrifkan sebagai sejenis 'keropok' dan bukannya kerepek walhal ramuan utamanya berasaskan nabati (selalunya tepung kacang kuda). Bukankah keropok digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan haiwan seperti keropok udang/ikan/lekor manakala kerepek digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti kerepek pisang/ubi/beras?Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, keropok ialah makanan yang berkeping-keping yang dibuat daripada adunan tepung dengan ikan atau dengan udang dan lain-lain dan digoreng manakala kerepek ialah ubi kayu, pisang dan sebagainya yang dihiris tipis-tipis, dijemur dan digoreng. 

Berdasarkan definisi keropok dan kerepek seperti di atas,  popadom lebih sesuai dikategorikan sebagai keropok kerana dibuat daripada adunan tepung (tidak semestinya berasaskan haiwan sahaja).
Makna19.06.2018
mischaracterization boleh ditakrifkan sebagai apa? ketidaktepatan?Dalam data pangkalan kami, tiada terjemahan untuk istilah mischaracterization. Terjemahan kepada "Ketidaktepatan" boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. Untuk mendapat jawapan yang lebih tepat, tuan boleh kemukakan kepada Persatuan Penterjemah Negara.Penyemakan dan penterjemahan26.07.2014
Perkataan yang ditakrifkan diikuti oleh (dengan?) maklumat tambahan. Yang manakah tepat: “diikuti oleh” atau “diikuti dengan”? Wassalam.Frasa yang betul ialah "diikuti dengan"Tatabahasa29.12.2012
apakah yang ditakrifkan dengan morfologi dan sintaksis bahasa melayuMorfologi bermaksud kajian berkenaan bentuk kata atau pembentukan kata, manakala sintaksis bermaksud ilmu atau kajian tentang susunan kata dalam ayat.Makna30.11.2010
Apakah yang ditakrifkan dengan ucapan? Nyatakan ciri - ciri ucapan yang baik? Jelaskan prosedur yang perlu dipatui dalam ucapan? Huraikan jenis - jenis ucapan dan format ucapan? Sediakan satu teks ucapan khalayak.Ucapan ialah kata-kata yang diucapkan bergantung kepada acara tertentu, misalnya mesyuarat, perasmian, kempen, dan amanat. Ciri-ciri ucapan yang baik ialah ada kesatuan idea : pengenalan, isi dan penutup. Sapaan dalam pembukaan hendaklah mengikut keutamaan atau kekananan. Isi disusun mengikut urutan dan koheran. Di bahagian penutup hendaklah diulang idea utama. Sila rujuk buku-buku yang menjelaskan lebih lanjut tentang penyediaan teks ucapan.Makna01.04.2007
apamakna bahasa reseptif dan bahasa ekspresif?

Menurut Kamus Dewan, reseptif ditakrifkan sebagai mudah, bersedia atau terbuka utk menerima (contohnya seperti idea baru, cadangan, dsb).Ekspresif pula ditakrifkan sebagai bukan sesuatu (perbuatan, tulisan, lukisan, dll) yg dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dgn jelas. Contoh ayat untuk melihat contoh dengan lebih jelas kata ini ialah mereka begitu reseptif  terhadap rancangan baru itu.

Makna07.01.2008
Maksud Perkataan "Selalu" - adakah bermaksud kerap atau boleh dimaksudkan sebagai "hari-hari"Merujuk kepada Kamus Dewan, "Selalu" ditakrifkan sebagai : sentiasa, selamanya, sepanjang masa. "Selalu juga ditakrifkan sebagai seluruh, semua, terus dan langsung. jadi, ayat yang dibina, perlulah mengikut konteks.Tatabahasa28.11.2007
Saya ingin bertanyakan tentang maksud dua perkataan ini iaiti "ramai" dan "banyak". Semasa saya belajar dulu, banyak ditakrifkan sebagai bilangan atau jumlah tak kira benda itu hidup atau mati, manakala ramai pula ditakrifkan sebagai mengambarkan suasana. Saya agak kurang faham kerana penggunaan "ramai" sekarang seolah-olah untuk benda hidup dan "banyak" untuk untuk benda matiPerkataan ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Namun penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi, iaitu ramai digunakan dalam ayat yang menunjukkan keramaian/kemeriahan/kegembiraan. Contohnya i. Ramai tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan Ali. Manakala perkataan banyak boleh digunakan secara umum. Contohnya banyak peserta yang telah menyertai kursus itu.Makna11.04.2010
12345678910...

Kembali ke atas