Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu, perkataan yang sesuai dalam ayat berikut, "Pemburuan/ Perburuan haiwan daripada spesies yang terancam perlu ditangani dengan segera." Pemburuan atau perburuan? Apakah perbezaannya? Terima kasih. | Untuk mencari perbezaan makna dan penggunaan kata pemburuan dan perburuan, lihat kata dasar kedua-dua kata itu. Pemburuan daripada memburu dan membawa maksud perihal mengejar atau menyusul untuk menangkap sesuatu, manakala perburuan daripada kata berburu yang bermaksud perihal mengejar untuk menangkap (membunuh) binatang liar. Dalam konteks ayat tersebut, penggunaan yang paling tepat ialah Pemburuan haiwan daripada spesies yang terancam perlu ditangani dengan segera. | Makna | 25.03.2015 |
apakah peribhs utk situasi : penyiasatan kes amanah itu bertambah rumit dan amat sukar utk ditangani spt ........ kerana membabitkan byk pihak yg berkepentingan. | Untuk mendapat maklmat tentang peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 17.02.2012 |
1. Mengapakah masalah kesalahan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan apan ikalan harus ditangani oleh kerajaan? 2. Patutkah orang lain mengambil tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini? 3. Apakah akta sedia ada kepada individu yang menyalah gunakan penggunaan bahasa Melayu di papan tanda dan papan iklan? | 1. Sewajarnyalah kerajaan melalui agensinya pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab menangani masalah penggunaan bahasa pada papan tanda, papan iklan dan lain-lain penggunaan bahasa di tempat awam, kerana kerajaan berkuasa dan melalui peruntukan yang ada mampu menangani masalah tersebut. 2. Semua lapisan masyarakat bertanggungjawab dalam menangani masalah ini berdasarkan upaya dan kuasa yang ada. 3. Terdapat garis panduan untuk dalam hal penamaan jalan, banguna, tempat dan sebagainya. Walau baaimanpun akta sedang digubal untuk menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan dan sebagainya dan akan ada kesannya kepada pihak yang ingkar. | Tatabahasa | 04.09.2009 |
pakah peribahasa yang sesuai digunakan utk situasi berikut : penyiasatan kes pecah amanah itu bertambah rumit dan amat sukar ditangani seperti ...... kerana membabitkan banyak pihak yang berkepentingan. adakah jawabannya ialah duri dalam daging? atau? apa peribahasa utk menggambarkan situasi yang sukar diselesaikan kerana byk melibatkan pihak yang berkepentingan? tq | Berdasarkan kata kunci 'sukar diselesaikan' ada dua peribahasa yang sesuai, iaitu 'Seperti aur ditarik songsang' dan 'Berkelahi dalam kepuk'. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sukar+diselesaikan&d=11 dan klik medan 'Peribahasa'. | Lain-lain | 28.02.2012 |
Jawapan yg mana satu yg betul? Pilih ayat yg sama maksud dgn ayat yg dbrikan. Gejala meroko dalam kalangan murid semakin serius dan perlu ditangani dengan segera. A. Gejala merokok dalam kalangan murid semakin membimbangkan, maka perlu diatasi dengan segera. B. Oleh sebab gejala merokok dalam kalangan murid membimbangkan, gejala ini perlu diatasi dengan segera. | Jawapan yang tepat ialah A. Gejala merokok dalam kalangan murid semakin membimbangkan, maka perlu diatasi dengan segera. | Tatabahasa | 05.02.2013 |
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara langkah untuk mengatasi kesesakan jalan raya adalah dengan melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama. Kesannya, kesesakan jalan raya dapat ditangani. Contohnya, pihak kerajaan sering melebarkan jalan raya di Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengurangkan kesesakan jalan raya. | Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara langkah untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya termasuklah melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama dan masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 02.01.2011 |
Salam sejahtera, kata "gawai" ditandakan sebagai "Jw" (Jawa) yang bermaksud kerja atau tugas. Kamus Besar Bahasa Indonesia juga menerima kata "gawai" sebagai padanan kata bagi "gadget". Namun, bahasa Melayu hanya menggunakan kata "alat" sebagai padanan "gadget". Peminjaman bahasa serumpun merupakan antara proses yang diambil kira untuk menghasilkan sebuah istilah. Adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan membuat pertimbangan untuk menerima kata "gawai" sebagai padanan kata "gadget"? Sekian, terima kasih. | Terima kasih atas maklumat yang tuan berikan. Hal peristilahan ditangani oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. Oleh itu, pembinaan sesuatu istilah diuruskan oleh bahagian berkenaan. Kami panjangkan maklumat ini kepada bahagian berkenaan untuk tindakan sewajarnya. | Istilah | 05.06.2020 |
Tidak Berjaya untuk Mendaftar Sebagai Penyelidik Korpus DBP Tuan/Puan, Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin mengetahui sama ada masalah pendaftaran Korpus DBP telah diperbaiki. Hal ini demikian kerana saya telah cuba mendaftar sejak March tetapi sering menghadapi kegagalan. Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih. | Harap maaf, sistem Korpus DBP sedang mengalami masalah teknikal dan masalah tersebut sedang ditangani oleh Bahagian Sistem Maklumat, DBP. | Lain-lain | 22.04.2011 |
saya sangat berminat dalam bidang penulisan. Dulu pernah menyertai Persatuan Penulis NS (PEN) dibawah bimbingan Mahaya Mohd Yassin, Zaharuddin Pilus dan Arshad Rawian. Malang sekali, saya menyambung belajar dan menetap di tempat lain. Kesibukan belajar membataskan saya untuk meneruskan minat tersebut. Walau bagaimana pun, kini minat yang begitu mendalam itu datang kembali dan saya ingin terus berkecimpung dalam bidang penulisan. Bagaimanakah jika saya ingin terlibat dalam bengkel-bengkel penulisan dan sesuatu yang berkaitan dengan penulisan kreatif? Harap dapat [penjelasan dari pihak DBP. Terima Kasih.. | Untuk makluman saudara, bengkel penulisan kreatif ditangani oleh Bahagian Pengembangan Sastera (BPS). Setiap tahun, lazimnya BPS merancang mengadakan bengkel penulisan mengikut genre yang berkaitan. Misalnya, pada tahun 2008, fokus BPs ialah pada penulisan cerpen; 2009, apresiasi puisi, dan tahun 2010, fokusnya ialah pada drama (kepada penulis yang telah menulis skrip/sedia ada skrip drama pentas). DBP akan mewujudkan satu Bahagian baharu, iaitu Bahagian Pembinaan Bakat, mulai (kemungkinan) pada Mei 2010. Oleh itu, saudara bolehlah menghubungi pegawai di Bahagian tersebut untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 14.04.2010 |
Boleh saya tahu berapakah saiz korpus DBP? Berapa perkataan kesemuanya? Terima kasih | Sehingga tahun 2017, saiz korpus DBP mengandungi kira-kira 107 juta kata. Untuk maklumat lanjut, pertanyaan anda akan ditangani melalui saluran rasmi oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. | | Lain-lain | 18.08.2017 |