Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditukar

Puisi
 

Asam paya di dalam belukar,
     Pohon jati di tengah huma;
Hati saya tidak boleh ditukar,
     Hidup mati hendak bersama.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Kapak menelan beliung.

Bermaksud :

Yang baik ditukar dengan yang buruk.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Nombor telefonnya telah ditukar. 2. Nombor telefonnya telah bertukar. Adakah kedua-dua ayat betul? Jika ya, apa bezanya "ditukar" dan "bertukar"? Terima kasih.Perbezaan imbuhan ditukar   dan bertukar dalam ayat "Nombor telefonnya telah ditukar." dan "Nombor telefonnya telah berttukar":  Awalan di- digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Manakala kata kerja ybertukar ialah kata kerja tak transitif berpelengkap. Kesimpulannya ayat Nombor telefonnya telah betukar  merupakan ayat yang tidak sempurna dan salah kerana tidak berpelengkap. Untuk rujukan lebih lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 163 - 164 dan halaman 175 - 176.

Tatabahasa22.10.2017
Ayat mana yang betul? 'Lanjutan dari itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' atau 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan adalah ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu'Ayat yang betul: 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' Tatabahasa05.05.2011
Mengapakah perkataan memperolehi ditukar kepada memperoleh tetapi mempunyai tidak ditukar kepada mempunya?

Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif seperti memperoleh.

Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya; alat - memperalat, daya - memperdaya (kata nama). Kata adjektif; luas - memperluas, tinggi- mempertinggi.

Oleh- memperoleh. Kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 177-178.

Tatabahasa24.02.2010
Saya ingin tahu mengapa ejaan redha ditukar kepada reda dan mengapa ejaan Y.Bhg ditukar kepada YBhg. Saya ingin tahu alasannya. Terima kasih.Proses penyerapan istilah asing mengutamakan bentuk visualnya, yakni bentuk ejaannya supaya sesuai dengan Sistem Ejaan Bahasa Melayu. Oleh itu, kata 'redha' dieja sebagai 'reda'. Sementara singkatan Y. Bhg. ditukarkan kepada YBhg kerana kependekan tidak perlu menggunakan titik dan untuk menyelaraskan penggunaan kependekan lain seperti YAB dan YB .Tatabahasa25.09.2007
Yang manakah ejaan yang betul, ditukarganti atau ditukar ganti?Ejaan yang betul ialah ditukar ganti.Ejaan31.07.2013
Dalam penulisan, adakah ungkapan “apa khabar” perlu ditukar menjadi “apakah khabar”?Tidak perlu ditukar kerana "apa khabar?" juga merupakan cara sapaan atau teguran.Lain-lain11.10.2006
Penggunaan perkataan "bagi" dan "untuk" boleh ditukar ganti kah?Penggunaan 'bagi' dan 'untuk' boleh ditukar ganti tetapi bergantung pada konteksnya. Contoh : i. Bagi kami, itulah yang sebaik-baiknya. ii. Wang untuk / bagi  membeli makanan.Tatabahasa05.05.2008
Bolehkah ayat ini ditukar kepada ayat aktif? BUKU INI DITULIS DENGAN BERPANDUKAN FORMAT PEPERIKSAAN SPM Terima kasih.Ayat yang diberikan tidak boleh ditukar kepada ayat aktif kerana tidak berpelengkap.Tatabahasa15.04.2024
selamat sejahtera, di sini saya ingin mendapatkan senarai perubahan perkataan. contohnya perkataan 'bahasa Melayu' ditukar kepada 'bahasa Malaysia', 'di kalangan' ditukar kepada 'dalam kalangan' dan sebagainya. sekian terima kasih.Selagi Perkara 152 Perlembagan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. Sementara dalam ungkapan 'di kalangan', kata sendi nama 'di' merujuk kepada tempat sahaja manakala kata sendi nama 'dalam' lebih sesuai digunakan kerana hadir dihadapan kata nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Oleh itu, 'dalam kalangan' lebih tepat digunakan.Tatabahasa25.09.2007
Apa perbezaan antara "senang" dan "mudah"? Adakah mereka boleh ditukar ganti antara satu sama lain?Perkataan 'senang" merupakan sinonim untuk perkataan "mudah" dan boleh ditukar ganti antara satu sama lainMakna08.07.2020
12345678910...

Kembali ke atas