Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diurus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu betul: diurusetiakan, diurussetiakan, diurus setia atau diurus setiakan?Yang betul ialah diurussetiakan.Ejaan04.06.2008
Managed by....terjemahan yang betul diuruskan oleh atau diurus oleh? Terima kasih.Salam sejahtera,

Terjemahan yang sesuai untuk "managed by" ialah diuruskan oleh.

Sekian terima kasih.
Makna04.01.2018
Adakah penggunaan imbuhan apitan "di....kan" secara berturutan dibenarkan? contohnya, Akaun ahli diuruskan dan dilaburkan mengikut syariah atau akaun ahli diurus dan dilaburkan mengikut syariah.Penggunaan imbuhan dalam ayat mesti mengikut bentuk kata terbitan, iaitu tidak boleh apitan "di-...-kan" pada perkataan sebelumnya digugurkan kerana berangkai dengan perkataan dengan apitan "di-...-kan" selepasnya. Frasa yang betul, diuruskan dan dilaburkan...Tatabahasa12.04.2016
Encik Kumar telah menempah tiket kapal terbang ke England untuk mengurus perniagaannya. Perkataan 'mengurus' itu betul atau tidak?? atau perlu menggunakan perkataan 'menguruskan'..Kedua-duanya betul kerana membawa maksud yang sama iaitu;

mengurus =1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan me­ngendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis;
Tatabahasa17.10.2012
Tuan, bentuk yang manakah betul, "mengurus" atau "menguruskan"?Kedua-duanya betul kerana membawa maksud yang sama, iaitu:
mengurus = 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll); dia sudah tua, tidak ada siapa yang~ kebun getahnya; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna dll) memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll)4. menguruskan = menyelenggarakan supaya berjalan dsb dengan baik (perniagaan, perdagangan,dll) memimpin dan mengatur ( perjalanan sesuatu perbadanan, dll), mengelolakan, menjalankan; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendalikan sesuatu perkara (supaya sempurna), meyelesaikan (perselisihan, dll).
Tatabahasa14.03.2015
definisi - kesihatan - hospital swasta

Kata kesihatan adalah daripada kata sihat yang mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud perihal sihat,kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll.).

Hospital swasta bermaksud hospital yang ditadbir dan diurus oleh pihak swasta,iaitu bukan milik kerajaan.

Makna26.01.2008
1.Apakah yang di maksudkan sistem pemantauan dalam kejurulatihan? 2. Kesan negatif dan positif sistem pemantauan dalam kejurulatihan(MENTORING SYSTEM)?Sistem pemantauan tersebut meliputi pengurusan, penyelarasan, pengawalan ,pelaporan keatas Jurulatih. Kesan positif ialah pelaksanaan nya dapat ditadbir dan diurus dengan baik dan prestasi mereka dapat di tingkatkan. Kesan negatif ketidakselesaan dipihak Jurulatih kerana setiap aktiviti nya sentiasa dipantau.Lain-lain22.08.2007
Saya amat keliru dengan penggunaan istilah "Pelajar" dan "Murid" 1.Apa bezanya perkataan /penggunaan "murid" dan "Pelajar" ? 2. Apakah perkataan yang sesuai diguna pakai di sekolah rendah dan menengah "murid" atau "Pelajar".sebab di sekolah menengah pentadbir yang mengurus mereka tu digelar HEM ( Hal ehwal Murid ),dan untuk mereka yang berada di IPT diurus oleh HEP (Hal Ehwal Pelajar)Perkataan murid, pelajar dan penuntut mempunyai maksud yang sama, iaitu orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Walau bagaimanapun, murid boleh digunakan untuk sekolah rendah dan juga menengah manakala pelajar untuk sekolah menengah dan IPT.Lain-lain18.05.2009
Salam 1Malaysia, terdapat beberapa kemusyikilan bahasa yang saya hadapi. 1. Persoalannya, bolehkah kata ‘dalam’ diikuti kata kerja? Contohnya: ...terlibat dalam memberikan bantuan ... dalam melaksanakan urus tadbir sumber air 2. Frasa pasukan anda itu kata ganti nama diri kedua atau diri ketiga? Contohnya: ...pasukan anda berikan 3. Adakah ‘dapatan kajian’ bentuk lewah? Contohnya: Dapatan kajian membuktikan bahawa ... 4. Bolehkah kata sendi nama diikuti kata adjektif? Contohnya: ...diurus dengan baik 5. Air licik mencemari / mencemarkan sumber air? ...air licik mencemarkan sumber air 6. Yang manakah yang betul: di tangan kerajaan atau dalam tangan kerajaan? Contohnya: ...terletak di tangan kerajaan Khidmat nasihat DBP amat dihargai.Sekian. Kay Seven1. Perkataan dalam berfungsi sebagai kata sendi nama yang dapat juga berfungsi sebagai kata arah. Perkataan ini mesti hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan muka surat 284.
2. Anda merupakan kata ganti nama kedua.
3. Dapatan kajian bukan bentuk lewah.
4. Kata sendi nama tidak boleh diikuti dengan kata adjektif kerana kata sendi nama merupakan perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
5. Dalam tangan kerajaan
Tatabahasa08.11.2015
Berdasarkan penjelasan tuan (ADA di depan kata kerja) Adakah ini bermakna ayat ADA di bawah tidak sesuai? 1(a) Dia ADA pergi ke sekolah pagi tadi. 1(b) Dia TELAH pergi ke sekolah pagi tadi. 2(a) Saya ADA menerima surat daripadanya. 2(b) Saya TELAH menerima surat daripadanya. 3(a) Dia ADA menyemak senarai hitam. 3(b) Dia TELAH menyemak senarai hitam. 4(a) Surat pelantikan ADA difailkan. 4(b) Surat pelantikan TELAG difailkan.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, terdapat beberapa makna ada, iaitu; 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki;

Penggunaan perkataan ada dalam ayat yang dinyatakan boleh digunakan.
Tatabahasa16.08.2013

Kembali ke atas