apakah maksud domestik? | Perkataan domestik bermaksud: 1. berkenaan dengan hal (urusan dll.) dalam negeri. 2. Berkenaan dengan kegiatan rumah tangga. | Makna | 30.01.2013 |
nape tidak ada maksud domestik??? | Perkataan domestik bermaksud berkenaan dengan hall(urusan dll.) dalam negeri. Berkenaan dengan kegiatan rumah tangga. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 361. | Makna | 27.04.2008 |
Saya ingin bertanya penggunaan tatabahasa yang sesuai setelah penterjemahan dari bahasa inggeris. Skala pendedahan kanak-kanak terhadap keganasan domestik Atau Skala pendedahan terhadap keganasan domestik di kalangan kanak-kanak. Terjemahan asal : Child Exposure to Domestic Violence Scale. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk "child exposure to domestic violence scale" ialah pendedahan kanak-kanak terhadap skala keganasan rumah tangga. | Makna | 06.12.2021 |
Saya ingin bertanya penggunaan tatabahasa yang sesuai setelah penterjemahan dari bahasa inggeris. Skala pendedahan kanak-kanak terhadap keganasan domestik Atau Skala pendedahan terhadap keganasan domestik di kalangan kanak-kanak Terima kasih | Sila kemukakan ayat dalam bahasa Inggeris daripada terjemahan yang dihasilkan supaya pihak kami dapat memastikan terjemahan yang tepat dan menggunakan tatabahasa yang betul. | Tatabahasa | 22.11.2021 |
Bolehkah tuan / puan berikan saya maksud Sisa Domestik daripada Kamus DBP.....Sebab saya cuba cari di Internet tak dapat...Tolong ye!!...Terima Kasih | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan data kami di Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), sisa domestik bermaksud sisa yang berasal dari kawasan kediaman dan kawasan industri yang tidak mengandungi sisa dagangan. Tuan boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk makluman lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 09.10.2017 |
NOTIS DENGAN TINDAKAN: MENGADAKAN TONG SAMPAH JENIS MUDAH ALIH Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dukacita dimaklumkan, berdasarkan pemantauan pegawai dan makluman dari konsesi kutipan sisa pepejal seliaan pihak Majlis mendapati, pengurusan sisa buangan dirumah sampah iaitu sisa domestik (sisa kantin) masih berulang dan tidak diurus dengan baik. Perkara ini telah diingatkan melalui notis terdahulu berkaitan untuk mengadakan tong sisa dan mengasingkan lokasi antara sisa domestik (sisa kantin) dengan sisa asrama. 3. Sehubungan itu, pihak tuan dimohon dalam tempoh empat belas (14) hari untuk mengadakan tong sampah jenis mudah alih berkapasiti 1100liter untuk pengurusan kutipan sisa domestik (sisa kantin) sahaja oleh pihak Majlis dan menyemak semula perjanjian tuan dengan pihak kontraktor kebersihan sekolah yang perlu menguruskan baki sisa dari asrama untuk dilupuskan ke lokasi yang dibenarkan oleh pihak Majlis. 4. SILA AMBIL PERHATIAN, bagi melicinkan proses kutipan sisa pepejal di tempat tuan, pihak tuan kehendaki untuk mematuhi kehendak notis ini dan pihak Majlis boleh menjalankan aktiviti penguatkuasaan berhubung perkara tersebut. Kerjasama dari pihak tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai. | Tiada soalan yang dikemukakan melalui platform ini. Untuk makluman tuan, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen berbayar bagi teks/dokumen yang panjang. Tuan boleh meng-e-melkan teks ini kepada nawal@dbp.gov.my dalam format langkau dua baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified). Pihak kami akan menyediakan sebut harga. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.03.2025 |
Tuan/Puan, mohon pandangan kata dasar untuk penakat seperti dalam terma "penakat keganasan domestik" atau domestic violence survivor. Terima kasih. | Kata dasar untuk penakat ialah takat. | Lain-lain | 06.02.2023 |
Penggunaan nama Putrajaya Story. Info berkaitan Putrajaya Story seperti dibawah. Putrajaya Story merupakan tarikan baharu pelancong domestik dan antarabangsa yang terletak di tengah-tengah Putrajaya. Bertempat bersebelahan Dataran Putra, Putrajaya Story bertujuan untuk menyediakan kepada pengunjung dengan konsep 3E yang terdiri daripada (Education, Experience & Enjoyable) yang berkisar tentang fakta sejarah, mercu tanda dan acara utama di Putrajaya. Ini adalah tempat yang menarik untuk pergi jika pelawat ingin memahami keunikan Putrajaya. Nama Putrajaya Story ini di pilih bagi menceritakan semua himpuan kisah yang berkisar tentang Putrajaya dari Prang Besar hingga Putrajaya hingga kini. | Untuk permohonan tentang cadangan penamaan, sila buat permohonan melalui dbpsahbahasa.my. Cadangan pihak kami bagi penamaan yang baik dan betul dalam bahasa Melayu ialah GALERI PUTRAJAYA. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "galeri" ialah bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dan sebagainya. Pemilihan perkataan galeri ini sudah memadai bagi merujuk tentang fakta sejarah, mercu tanda dan acara yang diadakan di Putrajaya. | Istilah | 28.07.2022 |
1) Ejaan yang betul bagi perkataan SYARIAH dalam versi Bahasa Melayu dan English? 2) Ejaan yang betul bagi perkataan SYARIAHuntuk diguna pakai secara domestik dan internasional? | Ejaan yang betul ialah "syariah". DBP tidak dapat memberikan maklumat yang sahih tentang penggunaan dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan semakan di Internet menemukan dua bentuk ejaan , iaitu syaria dan syariah. Penulisan di Malaysia lebih banyak menggunakan ejaan syariah, seperti akta Syariah Criminal Offences. | Ejaan | 16.08.2016 |
Bantuan untuk Penterjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia Untuk Papan Tanda. - Rain Haversting Storage Tank Water & Domestic Storage Tank | Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk "Rain Harvesting Storage Tank Water & Domestic Storage Tank" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk storage tank, iaitu tangki simpanan atau tangki penyimpan. Terjemahan yang dicadangkan ialah Tangki Simpanan Air Hujan dan Tangki Simpanan Domestik. | Istilah | 11.03.2013 |