Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata due diligence


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ambil maklum yang istilah "due diligence" diterjemahkan sebagai "usaha wajar". Lanjutan daripada itu, saya ingin mohon pencerahan, adakah "customer due diligence" diterjemahkan sebagai "usaha wajar atas pelanggan" atau "usaha wajar pelanggan"? Bagaimana pula dengan "enhanced due diligence" dan "ongoing due diligence"? Adakah terjemahan yang betul ialah "usaha wajar dipertingkat atas pelanggan" dan "usaha wajar berterusan atas pelanggan"? Saya ada menemui penggunaan "uji tundas" sebagai terjemahan istilah "due diligence"; adakah terjemahan ini wujud dan betul? Terima kasih.Kami mencadangkan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

customer due diligence - kaedah penilaian pelanggan
enhanced due diligence - kaedah penilaian dipertingkat
ongoing due diligence - kaedah penilaian berterusan

Untuk makluman, istilah "uji tundas" tiada dalam pangkalan data kami. Padanan istilah di atas juga bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain07.06.2021
terjermahan 'due diligence' kepada 'usaha wajar' macam tidak kena. Tak menepati konsep betul. Main terjermah je ke? "Pemeriksaan Terperinci" lagi tepat. Bila Syarikat kata due diligence ini melibatkan kerja-kerja penelitian, menentu kesahihan berbagai maklumat dan sebagainya. Atau kalau nak kata 'Penilitian Terperinci" pun boleh.Menurut kamus undang-undang yang telah diterbitkan oleh MABBIM maksud due diligence ialah usaha wajar. Setiap istilah yang digubal mengikut konsep ayat dan bidang bagi mendapatkan terjemahan yang betul. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang padangan mengenai istilah tuan/puan boleh memberikan cadangan melalui http://ekamus.dbp.gov.my/.Makna03.12.2016
Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera. Saya merujuk kepada pertanyaan saya pada 07/06/2021 tentang terjemahan beberapa istilah berkaitan “due diligence” dan nasihat DBP pada 08/06/2021 yang mencadangkan “kaedah penilaian”. Dalam konteks ayat berikut (yang diambil daripada dokumen polisi BNM), bolehkah “due diligence” diterjemahkan sebagai “penilaian wajar”? “Based on the Customer Due Diligence (CDD) information obtained at point of on-boarding new customers, or ongoing CDD information obtained from existing customers, as the case may be, a reporting institution is expected to determine the ML/TF risk profile of each customer…” “Employees who deal directly with customers or establish business relationships may be trained to conduct CDD and on-going due diligence, including circumstances where enhanced CDD is required in higher risk situations.” Terima kasih.Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, due diligence juga boleh diterjemahkan sebagai penilaian wajar.Lain-lain09.06.2021
1. maksud/terma 'Due Diligence' dalam Bahasa Melayu 2. adakah penggunaan perkataan baharu telah dikuatkuasakan menggantikan penggunaan perkataan 'baru'? terima kasih.Due diligence dalam bahasa Melayu bermaksud usaha wajar. Perkataan baharu bukan mengantikan kata baru.  kedua-duanya boleh diguna pakai. Kata baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam tahun baru/baharu cina, rumah baru/baharu. Kata baru sebagai kata bantu seperti dalam baru tiba,baru-baru ini. Baharu ialah new dalam bahasa Inggerisnya, manakala baru pula dalam bahasa Inggeris disebut sebagai just.Istilah08.01.2010
Saya ingin kepastian mengenai terjemahan ini: (Legal Due Diligence - Kaedah Penilaian Undang-Undang) Adakah terjemahan diatas tepat? Terima kasih.Pihak DBP mencadangkan terjemahan bagi perkataan  “Legal Due Diligence” ialah "usaha wajar dari segi undang-undang" atau "penilaian wajar dari segi undang-undang" bergantung pada konteks penggunaannya dalam ayat.Lain-lain08.11.2021
mohon terjemahan bagi "as part of the due diligence exercise of the joint venture, company does not relies on the approved plan". Adakah sesuai dengan "disebabkan oleh pelaksanaan pematuhan piawaian untuk kerjasamaini, syarikat tidak bergantung kepada pelan yang diluluskan". ?Frasa yang betul dari segi tatabahasa ialah "disebabkan pelaksanaan pematuhan piawaian untuk kerjasama ini, syarikat tidak bergantung pada pelan yang diluluskan."Penyemakan dan penterjemahan19.08.2014
Assalamualaikum. Adakah struktur ayat di bawah tepat? "Setiap bahagian yang berada di bawah aktiviti Ketekunan Wajar merumuskan pemerhatian dan ulasan ENY jika ada." Saya agak keliru dengan penggunaan istilah 'Ketekunan Wajar' dan perkataan 'jika ada' pada belakang ayat. Ini adalah terjemahan daripada "Each area covered under the due diligence activity summarizes ENY’s observations and remarks if any." Terima kasih.Perkataan "if any" boleh dipadankan dengan perkataan bahasa Melayu jika ada.

Untuk keseluruhan ayat. mohon nyatakan bidang kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut laras bahasa atau konsep.

Contoh:

due diligence-usaha wajar (bidang undang-undang)

due diligence-penilaian wajar (bidang audit/perniagaan)



Mohon jelaskan juga maksud atau konsep ENY.
Makna11.11.2021
Tuan/Puan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "hold, refrigerating and cool chambers sea-going vessels" dalam konteks ayat di bawah: 1. The carrier shall be bound, before and at the beginning of the voyage, to exercise due diligence to— “….make the holds, refrigerating and cool chambers, and all other parts of the ship in which goods are carried fit and safe for their reception, carriage and preservation. “ " Sama ada boleh diterjemah sebagai "palka, ruang sejuk dingin dan semua bahagian lain kapal yang di dalam barang diangkut sesuai dan selamat bagi penerimaan, pengangkutan dan pemeliharaannya dalam konteks ayat di bawah"? Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 28 September 2021. Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai ialah "palka, ruang penyejukan dan semua bahagian lain pada kapal yang menempatkan barangan yang dibawa elok dan selamat untuk diterima, dibawa dan dijaga".Penyemakan dan penterjemahan24.09.2021

Kembali ke atas