Apakah perkataan 'SMS', 'headphone', 'earphone' dan 'broadband' dalam bahasa Melayu? | Dalam data kami padanan 'SMS' ialah khidmat pesanan ringkas, 'earphone' ialah fon telinga dan 'broadband' ialah jalur lebar. Untuk rujukan sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ | Makna | 03.11.2015 |
Salam, saya ingin bertanya. Padanan untuk headphone ialah fonkepala. Earphone ialah fon telinga. Kenapa fonkepala dieja rapat manakala fon telinga dijarakkan? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 603) fon kepala dan fon telinga dieja dua perkataan dan takrifannya adalah seperti yang berikut: fon kepala sepasang alat pendengar berupa cekak yg dipakai di kepala dgn bahagian pembesar suara dilekapkan pd kedua-dua belah telinga utk mendengar radio, perbualan telefon, rakaman muzik dsb fon telinga a sepasang alat pendengar yg disumbatkan pd lubang telinga atau diselitkan pd cuping telinga utk mendengar radio, perbualan telefon, rakaman muzik dsb b alat bantu dengar yg diselitkan pd cuping telinga utk membantu pendengaran | Lain-lain | 02.07.2021 |