Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ja] | ايجا

Definisi : (éja); mengeja membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dlm sesuatu perkataan: ~ perkataan sama ialah s-a-m-a; ejaan kaedah atau cara menulis perkataan dgn huruf: penyelarasan ~ khususnya tertumpu pd kata-kata pinjaman (tatanama ubat, bahan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ja] | ايجا

Definisi : /éja/; mengeja menyebut atau menulis huruf-huruf dlm sesuatu perkataan satu demi satu: Dia tidak tahu ~ perkataan ‘oleh’. ejaan cara atau peraturan menulis perkataan dgn huruf: ~ perkataan ‘saya’ ialah ‘s-a-y-a’. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eja


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana eja "Charles" dan "England" dalam tulisan Jawi?

Salam sejahtera,

Tuan,

Cadangan ejaan dalam Jawi:

Charles ---  چرل س
England ---  ايڠڬلند
Sekian, terima kasih.

 
Lain-lain10.02.2018
Bagaimana eja nya untuk tuhan. contoh dengan izinNya. ada sepang ke tidak?Ejaan yang betul ialah izin-Nya.Tatabahasa05.09.2013
Mohon bantu eja dalam Jawi: i-Taqwa Perenial AbarahamicEjaan dalam Jawi, i-Taqwa Perenial Abarahamic:
 

اءي-تقوى ڨرينيل اباراحاميک

Ejaan04.12.2019
Bagaimana hendak eja Rabiulakhir dalam tulisan Jawi?

Ejaan yang betul ialah  ربيع الأخير

Ejaan14.02.2015
Bagaimana hendak eja perkataan 'relax' dalam bahasa Melayu? Rileks, releks atau relaks?Ejaan yang betul ialah relaks atau lebih sesuai disebut santai atau tenang.Penyemakan dan penterjemahan10.10.2014
Dalam Dewan Eja Pro (demikian juga PRPM), terdapat beberapa percanggahan dari segi ejaan dan padanan Melayu sesuatu kata Inggeris. Bagi ejaan, saya akan memilih ejaan daripada Kamus Dewan Edisi Empat jika terdapat percanggahan daripada Kamus Inggeris-Melayu Dewan atau Daftar Istilah dengan andaian, "kamus mutakhirlah yang lebih mantap dan berwibawa". Namun, dari segi padanan perkataan pula (tiada dalam Kamus Dewan Edisi Empat), pada hemat saudara, yang manakah perlu saya utamakan; Daftar Istilah atau Kamus Inggeris Melayu Dewan (kerana tidak dapat dipastikan yang mana lebih mutakhir)? Dalam kes perkataan "hexameter", padanan daripada Daftar Istilah ialah "sadmatra" manakala padanan daripada Kamus Inggeris Melayu Dewan ialah "satmatra". Yang manakah bentuk baku?Sememangnya terdapat perbezaan maklumat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terjemahan yang persis bagi perkataan hexameter ialah sadmatra sepertimana yang digunakan dalam Daftar Istilah dan Istilah Mabbim dan perkataan ini juga ditemukan dalam Kamus Indonesia.Tatabahasa17.06.2013
adakah salah eja atau salah bahasa penglihatan atau pelihatan ?ejaan penglihatan atau pelihatan adalah betul dan membawa maksud yang sama.Tatabahasa07.01.2008
Nak eja bagaimana perkataan seperti di bawah? Bagaimanakah atau bagaimana kah? Usahlah atau usah lah? Tandakan atau tanda kan? Jika dulu dieja dekat, tetapi sekarang Dewan Eja akan merahkan tanda salah.

Saudari, cara penulisan yang tepat adalah "bagaimanakah, usahlah dan tandakan." 
Kami memohon maaf atas kekeliruan yang dihadapi.
 

Tatabahasa02.08.2012
apa perbezaan perkataan memperundangkan dan diperundangkan. dalam cheking spelling dalam dewan eja pro tidak ada perkataan diperundangkan. tetapi perkataan ( diperun dang) ada. kenapa diperun (jarak) dang. Dieja dengan dua perkataan. terima kasih.

Tuan Rusli,

Menurut Kamus Dewan dan Dewan Eja Pro  kata "memperundangkan" iaitu menjadikan sesuatu undang-undang: Manakala kata "diperundangkan"  merupakan kata  yang dipasifkan dengan penambahan imbuhan diper-...-kan dalam ayat pasif. Contoh ayat: segala hukum yang diperundangkan oleh Allah terhadap hambanya.(Mohon rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Dewan Eja Pro dengan mencari kata dasar" undang", tuan akan menemukan subentri perkataan memperundangkan dan diperundangkan ). 

Tatabahasa02.05.2009
Saya ingin mengetahu sama ada Perisian Dewan Eja adalah hakmilik Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ini adalah kerana saya bercadang membeli perisian untuk kegunaan peribadi dan juga tugas harian saya. Saya bekerja di Unit Peperiksaan yang memerlukan istilah bahasa yang betul. Saya pernah menggunakan perisian ini di pejabat lama dan didapati perisian ini perlu diperbarui setiap tahun. Istilah di dalamnya juga lambat dikemaskinikan. Apabila saya membuat carian Google saya menjumpai banyak syarikat yang menjualnya tetapi tidak tahu mana satu yang benar dan patut saya pilih. Saya juga ingin mendapatkan khidmat nasihat bagaimana saya hendak dapatkan perisian kamus bahasa melayu betul istilah dan ejaannya. Harap dapat maklumbalas dari pihak tuan. Sekian, terima kasih.DBP ada memberi izin kepada beberapa syarikat luar untuk menerbitkan perisian kamus, termasuklah Dewan Eja. Perisian Dewan Eja ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, Tingkat Bawah Menara DBP, K.L.Lain-lain06.06.2012
1234567

Kembali ke atas