Salam satu Malaysia, Tuan/Puan, Saya ingin mengajukan satu solan. Adakah saya boleh mengembangkan atau mengasah bakat dalam dunia sastera dan penulisan? Jika ya, bolehkah pihak tuan memberikan email-email yang boleh digunakan untuk saya menghatar karya? Adakah pihak tuan memberi sebarang saguhati? Terima Kasih atas nasihat. | Salam Sejahtera. Saudara, boleh menghantar karya penulisan kreatif kepada editor majalah terbitan DBP, bayaran honorarium berupa wang tunai akan diberikan jika karya yang dihantar terpilih untuk siaran. Editor Dewan Pelajar (Siti Zubaidah Sekak, zubaidah@dbp.gov.my), Editor Dewan Siswa (Haziah Che Husin, haziah@dbp.gov.my), Editor Tunas Cipta (Siti Noorisa Abd. Khlil, sitinoorisa@dbp.gov.my), Editor Dewan Sastera (Muhammad Fadhli Al-Akiti, fadhli@dbp.gov.my). Bagi tujuan meengikut kursus penulisan, Saudara boleh berhubung dengan Ustaz Haji Azman bin Ahmad, Bahagian Pengembangan Bakat dan Kepakaran (azman_a@dbp.gov.my). Selamat Berkarya. | Pembinaan Bakat | 14.07.2014 |
Merujuk kepada pertanyaan saya yang dihantar pada tarikh 16/11/17 dan telah menerima jawapan balas dari Khidmat Nasihat DBP menerusi email pada 24/11/17. Email dari DBP mengkehendaki saya merujuk lampiran untuk melihat jawapan balas tetapi saya tidak menemui sebarang lampiran yang disertakan dengan email tersebut. Saya telah cuba untuk memaklumkan hal ini menerusi email dengan alamat email seperti jawapan balas yang diterima tetapi email tidak dapat dihantar. Dengan ini saya memohon pihak DBP untuk menghantar semula email jawapan balas. Terima kasih atas segala kerjasama pihak DBP. | Mohon maaf atas kesilapan tersebut dan pihak kami akan meng-e-melkan lampiran dengan kadar yang segera. | Lain-lain | 27.11.2017 |
[MPC] pengujian email | Pengujian email selesai | Lain-lain | 05.09.2012 |
bagaimanakah cara untuk menukar alamat email lama kepada email yang baru? | Sila nyatakan pertanyaan tuan dengan jelas. Maksud tuan, hendak menukar e-mel dalam sistem yang mana satu kerana DBP mempunyai beberapa sistem melibatkan aktiviti khidmat pelanggan contohnya seperti Khidmat Pengesahan Bahasa, Khidmat Nasihat DBP, Pantau Tegur Bahasa dan sebagainya. | Lain-lain | 26.05.2017 |
Bolehkah surat permohonan untuk lawatan di email atau difaks ? | Assalamualaikum Kami tidak jelas apa yang puan maksudkan. Untuk menghantar surat permohonan dan lawatan menggunakan email atau faks tida masalah jika alamat email dan faks penerima betul. Jika tersilap alamat email atau no. faks permohonan puan akan jatuh ke tangan orang lain. Kemungkinan permohonan puan akan diketahui oleh orang yang tidak berkenaan jika difakskan. Oleh itu terserah kepada puan untuk memikirkan cara terbaik untuk menghantar permohonan sama ada menggunakan faks, email, pos atau hantar sendiri. | Lain-lain | 02.03.2010 |
Mohon tuan beri pendapat tentang penterjemahan bagi perkataan "forward" dalam ayat berikut: 1) Forward call to another number. (Majukan panggilan ke nombor lain.) 2) Forward message to email. (Majukan mesej ke email. ATAU Kirim semula mesej ke email.) Konteksnya berkenaan dengan aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna saling membuat panggilan serta menghantar mesej. | Terjemahan forward call dan forward message belum ada dalam sumber rujukan kami. Kami mencadangkan forward call to another number ialah majukan panggilan ke nombor lain atau seterusnya dan forward message to e-mail ialah memanjangkan mesej ke e-mel. | Makna | 22.09.2016 |
saya ingin email iklan visual papan tanda dan perlu pengesahan terjemahan dari dewan bahasa pustaka. Bagaimana saya ingin menghantar melalui email dan bolehkah borang terjemahan di download melalui email pihak tuan. | Untuk mendapatkan pengesahan penggunaan bahasa Melayu pada visual iklan papan tanda, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP iaitu, iklan/pelanggan/login.aspx">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Puan perlu mendaftar dahulu untuk mendapat kata laluan. Setelah mendapat kata laluan, isi borang permohonan dan lampirkan visual dalam bentuk jpeg atau gif. | Lain-lain | 11.07.2014 |
assalamualikum . saya nak tanya berkaitan daftar masuk bagi kali pertama menggunakan DBP ni . saya da daftar , bila cek email , tak dpt pun email utk saya nak log masuk . da 3x buat bnda sama . still tak dpt juga . mcm mne tu ye ? ad cara lain tak ? | Sekiranya tuan menghadapi masalah pendaftaran Khidmat Pengesahan Bahasa dalam Talian, pihak tuan boleh menghubungi Bahagian Sistem Maklumat iaitu, En. Shaufi melalui 03-21479389 atau Puan Raja Bi melalui 03-21479377 Terima kasih. | Lain-lain | 24.02.2017 |
Salbiah Seliman RAB 6.28 PTG Terima kasih atas respond tuan. Tetapi kalau adaalamat email saya lebih suka menggunakan email daripada hardcopy. Alamat hardcopy tu saya dah tahu tuan. Kalau boleh saya nak email address. Terima kasih. | DBP menerbitkan 11 majalah, iaitu Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Dewan Tamadun Islam, Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Ekonomi, Dewan Kosmik, Tunas Cipta dan Pelita Bahasa. Pada halaman kulit majalah-majalah tersebut ada e-mel seperti yang tuan maksudkan. Tuan juga boleh bersahabat dengan semua majalah tersebut melalui facebook ini. Moga maklumat ini dapat membantu pihak tuan. Terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2017 |
Lynn Sherman Aug 10th, 4:50pm Selamat petang, saya jeniffer.saya ingin bertanya mengenai istilah dalam terjemahan.saya cuba email pihak DBP, namun gagal mencapai email dpb and.gov.my...boleh saya mendapat email DBP bagi memudahkan saya ajukan beberapa soalah? | Puan boleh menggunakan Khidmat Nasihat DBP dalam Talian dengan mendaftar melayari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan klik menu “e-perkhidmatan”. Klik “Khidmat Nasihat Bahasa”. Skrin “Daftar masuk” akan dipaparkan dan klik “log Masuk Individu”. Masukkan alalat e-mel (japana akan dihantar terus ke alamat e-mel berkenaan). Pengguna yang kali pertama berkunjung perlu mendaftara terlebih dahulu dengan mengisi semua maklumat yang bertanda (*), setelah selesai, klik “Hantar”. Masukkan pertanyaan dengan jelas, kemudian klik “Hantar”. | Lain-lain | 10.08.2014 |