Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. give power to, membolehkan: a law was passed to ~ women to vote, undang-undang telah diluluskan utk membolehkan wanita mengundi; he needs an absolute majority to ~ him to govern, dia perlu mendapat majoriti mutlak utk membolehkannya memerintah; 2. give means to, membolehkan: his skill ~d him to earn a living,kemahirannya membolehkannya mencari nafkah; 3. make possible, membolehkan: the scholarship will ~ him to continue his studies, biasiswa itu akan membolehkannya meneruskan pelajarannya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enable


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mendapati "enable" diterjemah sebagai "mendayakan" di sesetengah laman web. Contoh: Mendayakan pemberitahuan (Enable notification). Adakah terjemahan ini betul? Jika tidak betul, bolehkah ia diterjemah kepada "membolehkan pemberitahuan"? Terima kasih.Dalam Kamus Inggeris Melayu - Dewan, enable diterjemahkan kepada membolehkan seperti ayat he needs an absolute majority to enable him to govern dia perlu mendapat majoriti mutlak utk membolehkannya memerintah; manakala dalam bidang peristilahan, enable diterjemahkan kepada pemboleh seperti enable signal - isyarat pemboleh. Oleh itu, kami berpandangan kedua-dua terjemahan ini boleh digunakan dan disesuaikan dengan konteks penggunaannya dalam ayat.   
Penyemakan dan penterjemahan26.09.2023
Salam. Saya telah memeriksa kamus DBP, "enabling" adalah perkataan Bahasa Inggeris untuk kata "pembolehan". Saya ingin memastikan adakan "enablement/enabling" sama maksud dengan pembolehan? Jika ia tidak membawa maksud yang sama, apakah maksud yang paling hampir dengan "enablement" Terima Kasih. Saya turut sediakan file, di mana terdapat contoh pengguna perkataan "enablement" atau "pembolehan"Enablement/enabling berasal daripada kata dasar enable. Enable/enabling  bermaksud membolehkan, manakala enablement ialah pembolehan. Penggunaan perkataan ini bergantung pada konteks ayat yang  hendak digunakan. Terima kasih. Istilah02.02.2009
Apakah makna 'enable' , 'adjust' dan 'intense' di dalam bahasa malaysia? Terimakasih.Merujuk Kamus Dwi Bahasa Edisi Kedua, makna bagi 'enable' ialah membolehkan ; memungkinkan; memberikan kesempatan. Manakala makna 'adjust' pula ialah menyesuaikan; membetulkan; melaraskan. Makna 'intense' ialah amat sangat; mendalam; kuat; hebat; sunguh-sunguh; penuh perasaan. Untuk rujukan seterusnya, sila rujuk Kamus Dwi Bahasa Edisi Kedua, terbitan DBP. Harap Maklum.Makna22.12.2006
salam, tepatkah jika sy menterjemahkan enable/enabling= dayakan/mendayakan; disable=nyahdaya? konteks ayat untuk penggunaan software.terima kasih

Cadangan padanan terjemahan untuk enable/enabling ialah membolehkan, manakala disable ialah lumpuh, kelumpuhan. Walau bagaimanapun,  padanan yang tuan beri bergantung pada konteks ayat dan penggunaannya dalam bidang tertentu.



Penyemakan dan penterjemahan09.04.2021
Apakah padanan bagi Account linking? Contoh ayat: It is recommended to enable Account linking for %s, so that you can reset password with your %sCadangan padanan bagi istilah account linking dalam bahasa Melayu ialah pemautan akaun. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.03.2024
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "trust" dalam konteks komputer/teknologi maklumat? Contoh ayat: - You must enable full trust of our root certificate - Trusting the certificate will also prevent common performance issues with the software on your device. Terima kasih.Perkataan trust dalam konteks komputer/teknologi maklumat berdasarkan ayat yang diberi, bermaksud kepercayaan.Makna28.01.2022
Apakah perkataan bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan "Levers" seperti di dalam ayat berikut: Identification of Levers That Enable Their ExcellenceDalam pangkalan data DBP, padanan bahasa Melayu untuk "lever" ialah tuil atau tuas.  "Lever"  boleh juga bermaksud sebagai pendesak atau penggalak,  bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.Istilah02.12.2016
Apakah maksud sesuai bagi petikan berikut? "The Bastille, which under the Old Regime, played such an exaggerated part in the imagination of the ignorant, was principally used to enable indignant parents to obtain from their children that measure of obedience which they considered that the interests of the family decreed". Terima kasihUntuk makluman , pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris atau sebaliknya. Sekiranya tuan memerlukan perkhidmatan terjemahan, sila hubungi:

i. Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com, atau
ii. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) melalui talian 03-4145 1800 atau e-mel info@itbm.com.my

Penyemakan dan penterjemahan05.01.2024
Saya ada soalan mengenai 'Turn on software'. Adakah releven kalau 'aktifkan' digunakan dalam ayat daripada 'hidupkan'. Apa yang saya faham 'aktifkan' bermaksud 'activate' dan jika 'turn on' atau 'enable' bermaksud 'hidupkan'. Mohon pencerahan dari segi penggunaan ayat dan maksud dalam sesuatu ayat. Terima Kasih.Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan Turn on software dalam contoh ayat. Mohon juga tuan/puan memberikan ayat sebelum dan selepas ayat yang mengandungi perkataan Turn on software supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih.Istilah28.09.2017
Salam, tuan/puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi informed decisions'? Contoh ayat, One of the primary objectives of the Malaysia Agriculture Census 2024 is to gather data that will enable policymakers to make informed decisions that will benefit the agriculture industry. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah informed decision ialah keputusan termaklum. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah20.06.2023
12

Kembali ke atas