Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj menawan (hati): an ~ smile, senyuman yg menawan; ~ manner, perangai yg menawan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata engaging


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah frasa BM yang sesuai untuk 'Engaging Humor'? Contoh ayat: The Engaging Humor path is designed to help you build your skills as a humorous and engaging public speaker.Kami mencadangkan "engaging humour" diterjemahkan sebagai "bergurau senda" atau "jenaka bersahaja". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Makna22.07.2021
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "engaging" dalam konteks ayat di bawah? "The Minister may prohibit any child or young person from engaging or being engaged in any employment." Sama ada perkataan "engaging" boleh diterjemah seperti yang berikut: "Menteri boleh melarang mana-mana kanak-kanak atau orang muda daripada bekerja/terlibat/mengguna khidmat atau diguna khidmat dalam apa-apa pekerjaan." Terima kasih atas bantuan tuan/puan.Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan "engaging" dalam konteks ayat tersebut ialah terlibat.Lain-lain01.07.2021
Boleh dapatkan maklumat maksud bagi istilah tersebut: 1. Hybridization 2. Tangible 3. Seamless integration 4. Multisensori & Multimodal 5. Personalization & Customization 6. Engaging 7. Connectivity 8. Immersive 1. Hybridization - gabungan elemen fizikal dan digital 2. Tangible - melibatkan objek nyata 3. Seamless integration - mengintegrasi persekitaran fizikal dan digital dengan lancar 4. Multisensori & Multimodal 5. Personalization & Customization - interaksi fizikal yang menggalakkan pengalaman bermain yang personalized. customization pula keupayaan untuk mengubasuai permainan 6. Engaging - engage dengan pengguna 7. Connectivity - keupayaan untuk berhubung dengan peranti 8. Immersive - pengalaman pembelajaran yang lebih mendalamCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi hybridization ialah penghibridan, tangible ialah ketara, seamless integration ialah integrasi selanjar, multisensory and multicapital ialah multideria dan multimodal, personalization and customization ialah personalisasi dan pelangganan, engaging ialah penglibatan, connectivity ialah keterhubungan, dan immersive ialah mengasyikkan.Penyemakan dan penterjemahan10.01.2024
Apakah frasa BM yang sesuai untuk 'Engaging Humor'? adakah Jenaka Yang Menarik, Melibatkan Jenaka atau Menawan Unsur Jenaka?Mohon tuan/puan untuk memberikan contoh ayat supaya kami dapat memberikan jawapan yang lebih tepat dan mengikut konteks yang sesuai.Istilah18.07.2021
Mohon semak terjemahan kepada Visi dan Misi seperti di bawah: VISION To provide leadership in advancing the country’s tropical forestry research, development, commercialisation and application. MISSION To intensify R&D, engaging community for benefit sharing, enhancing technology transfer and strengthening science-based knowledge in addressing local and global forest-related issues affecting the country’s biodiversity, environment and industries. VISI Menerajui kepimpinan dalam memacu penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi R&D perhutanan tropika negara. MISI Mempergiat aktiviti R&D, melibatkan komuniti untuk perkongsian faedah, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkasakan pengetahuan berasaskan sains dalam menangani isu-isu tempatan dan global berkaitan hutan yang memberi impak terhadap biodiversiti, alam sekitar dan industri negara. Sekian, terima kasih.VISI Menerajui kepimpinan dalam memacu program penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi R&D perhutanan tropika negara.

MISI Mempergiat aktiviti R&D, melibatkan komuniti untuk perkongsian faedah, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkasakan pengetahuan berasaskan sains dalam menangani isu-isu tempatan dan global berkaitan hutan yang memberi impak terhadap biodiversiti, alam sekitar dan industri negara.
Lain-lain22.11.2017
Saya kurang pasti penggunaan istilah "engage/engagement" sama ada "interaksi" atau "penglibatan" dalam Bahasa Malaysia? Berikut adalah dua contoh penggunaan: Terima kasih. Improving public engagement in local government... Government maintains its effectiveness by engaging with citizens.Merujuk contoh yang diberi, istilah yang sesuai ialah "penglibatan".Penyemakan dan penterjemahan14.11.2017
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai terjemahan bagi beberapa perkataan bagi tujuan penulisan tesis saya: i. Organizational Citizenship Behavior toward Environment - This refers to voluntary actions taken by employees that go beyond their formal job requirements to benefit the environment. ii. Green Involvement - refers to the active participation of employees in environmental sustainability efforts within their organization. iii. Green Empowerment and Engagement - It involves empowering employees to take an active role in promoting sustainability and engaging them in initiatives to reduce negative impacts on the environment. Perkataan-perkataan ini berada di dalam bidang sains sosial. Harap pihak DBP sudi memberi maklum balas untuk pertanyaan iniCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Organizational Citizenship Behavior toward Environment ialah Sikap Warga Organisasi terhadap Alam Sekitar. Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Green Involvement ialah Pelibatan Hijau. Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Green Empowerment and Engagement ialah Pemerkasaan dan Keterlibatan Hijau.Lain-lain05.05.2023
(1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh diterjemahkan untuk perkataan 'deprivation', 'adverse outcomes', 'control problem' dan 'interaction avoidance' berdasarkan konteks ayat berikut : The subdimensions of the Problematic Mobile Phone Use Scale we developed are deprivation, adverse outcomes, control problem and interaction avoidance. The subdimension deprivation measure feelings like tension or unease when the mobile phone is not available or not in a usable state; the subdimension adverse outcomes looks at negative effects of people’s mobile phone use on their daily lives; the control problem subdimension deals with people’s ability to control their mobile phone use; finally, the interaction avoidance subdimension evaluates the preference to communicate with other people via mobile phone rather than engaging in face-to-face interaction. (2) Bersama ini saya sertakan juga artikel yang saya baca berdasarkan pertanyaan ini untuk rujukan pihak Tuan?Puan. Terima kasih.Keempat-empat istilah teknikal dalam bahasa Inggeris yang diberikan mempunyai pelbagai padanan terjemahan dalam bahasa Melayu, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Istilah13.09.2020

Kembali ke atas