environment/environmental | alam sekitar/persekitaran | Lain-lain | 10.02.2009 |
saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul bagi ayat ini "Create a clean environment" | Cadangan kami, create a clean environment diterjemahkan kepada mewujudkan persekitaran yang bersih. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.07.2017 |
saya ingin bertanya terjemahan bagi ayat ini "create a clean environment" adakah bermaksud "menyumbang kepada pembersihan alam sekitar?" | Cadangan kami, create a clean environment diterjemahkan kepada mewujudkan alam sekitar yang bersih jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Lain-lain | 26.07.2017 |
Apakah perkataan yang sesuai utk "customised" seperti dalam frasa "...a more customised learning environment..." ? Bolehkah frasa Bahasa Inggers ini diterjemah menjadi "...persekitaran pembelajaran yang lebih tersuai..."? | Frasa ... a more customised learning environment ... boleh diterjemahkan kepada ... persekitaran pembelajaran yang lebih tersuai ... | Lain-lain | 28.10.2019 |
Kindly help to confirm the follow sentence whether in correct manners for Bahasa Malaysia. - To dehumidify the environment - Untuk menyahlembapkan persekitaran Thank You | Terjemahan yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan to dehumidify the environment - untuk menyahlembapkan persekitaran | Penyemakan dan penterjemahan | 15.02.2016 |
Apa kah terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk perkataan go-live (Bahasa Inggeris) Dalam Bahasa Inggeris:, Go-live is the time at which something becomes available for use. In software development, for example, go-live is the point at which code moves from the test environment to the production environment. As a verb, go-live means to make such an event happen. | Belum ada terjemahan dan contoh penggunaan go-live dalam pangkalan data kami. Mohon tuan berikan cadangan terjemahan untuk membantu kami mencari padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.12.2017 |
Pihak DBKU akan meletakkan perkataan 'DBKU ENVIRON' pada kenderaan DBKU. Sehubungan itu, mohon kepastian daripada pihak DBP untuk memeriksa perkataan tersebut. Untuk makluman, perkataan 'ENVIRON' adalah berasal daripada 'ENVIRONMENT' | Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "ENVIRON" dalam bahasa Melayu. Istilah bahasa Melayu untuk "environment" ialah persekitaran. Oleh itu, perkataan "DBKU ENVIRON" tidak boleh digunakan. Pihak kami juga tidak jelas tentang penggunaan perkataan ini, iaitu sama ada merujuk kepada nama bahagaian di DBKU atau mempunyai maksud lain. Sekiranya memerlukan cadangan daripada DBP, harap dapat diberikan konteks penggunaan dan maksud yang ingin disampaikan. | Istilah | 15.01.2014 |
Your Partner For Environment Care | Rakan Anda untuk Pemuliharaan Persekitaran Lestari | Istilah | 07.01.2011 |
terjemahan untuk Built Environment ke dalam Bahasa Melayu. | dari segi terjemahan harfiah persekitaran terbina, walau bagaimanapun sdr perlu nyatakan skop dan konteks dalam penggunaan yang dicadangkan. | Makna | 03.08.2007 |
Salam, Bolehkah saya tahu apakah terjemahan yang khusus bagi Controlled Environment Test Bed (CETB) dan Connected & Autonomous Vehicles (CAV) dalam bahasa Melayu? Moga dapat maklum balas dari pihak DBP dengan segera. Sekian. Terima Kasih. | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan perkhidmatanterjemahan dalam bahasa Inggeris. Untuk maklumat lanjut tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia untuk mendapatka perkhidmatan ini melalui talian 603-9226 2506 | Penyemakan dan penterjemahan | 10.01.2018 |