Apakah penterjemahan yang baik untuk frasa-frasa berikut: (a) wind farm (b) signature event (istilah industri pengiklanan) A signature event is an event whose brand recognition in the market is equal to or greater than the brand recognition of its sponsoring organization. Also, an event whose "production values" carry the "genetics" of the sponsoring organization's mission. "Signature event" is a term encountered, most frequently, in the nonprofit sector to describe an organization's major fundraising event(s). | Puan Suhana, Saya harap Puan dapat berikan konteks penggunaan bagi perkataan wind farm kerana jika diterjemahkan secara terus ia menjadi pertanian bantuan angin atau kawasan yang terdapat banyak tiupan angin. Manakala bagi perkataan signature even boleh diterjemahkan sebagi acara penganugerahan/pengiktirafan. Saya harap Puan cuba dulu padankan dengan ayat yang menerangkan perkataan tersebut dan jika sekiranya masih ragu-ragu sila hubungi saya semula supaya kita dapat berbincang. | Makna | 14.06.2010 |
Apakah terjemahan sesuai bagi superspreading event dan superspreader. A super spreading event is an event in which an infectious disease is spread much more than usual, while an unusually contagious organism infected with a disease is known as a super spreader. Penerangan di atas bagi definisi superspreader. | Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: superspreader - perebak utama superpreading event - acara perebakan utama Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 06.06.2021 |
apakah perkataan BM bagi event management ? | Padanan event management dalam bahasa Melayu ialah pengurusan acara. Terima kasih. | Istilah | 07.02.2009 |
Saya telah berjaya hantar iklan & bayaran rm 10 sudah berjaya buat. Tapi saya kena tukar 7 LOVE EVENT HALL kepada 7LOVE EVENT HALL. Tolong saya untuk penukaran sevelum diprocess | Sila berikan nombor permohonan untuk rujukan kami dan hantar aduan melalui laman web DBP Sah Bahasa atau hubungi kami melalui talian 03-21479100 atau 03-21479200. Terima kasih. | Lain-lain | 06.06.2024 |
We are event organisers and in the midst of organising our Safety Workshop, Behaviorial Based Safety in Bahasa Malaysia. I would appeciate it if you could help me translate this little 'Behaviorial Based Safety" to Bahasa Malaysia.I was thinking "Adab Keselamatan" but not very certain. | Behaviorial Based Safety behaviorial iaitu kelakaran, tingkah laku, perilaku. based iaitu berasaskan, berdasarkan. Adab- menners, etiquette safety iaitu keselamatan | Makna | 05.10.2012 |
Sesebuah majlis akan diurustadbirkan oleh event manager manakala beliau juga akan dibantu oleh floor manager. Perkataan ini sudah biasa kita gunakan. Apakah perkataan yang paling sesuai bagi menggantikan kedua-dua perkataan bahasa inggeris itu? event manager & floor manager? Terima kasih. | Istilah yang digunakan dalam bahasa Melayu ialah: 1. Event Manager = Pengurus Acara 2. Floor Manager = Pengurus Pentas Terima kasih. | Istilah | 07.09.2017 |
"salam dbp, selain daripada acara ilmu tersirat apakah perkataan bahasa malaysia yang boleh digunakan bagi perkataan ini " Tacit Knowledge Event"" | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "tacit knowledge event" dalam pangkalan data kami. Sealain "tersirat", terdapat beberapa padanan bahasa Melayu yang lain untuk "tacit", iaitu termaklum, tasit, diam, pendam dan senyap. Perkataan lain untuk "event" ialah peristiwa, kejadian dan kegiatan. Oleh itu, pemilihan perkataan yang sesuai bergantung pada konteks penggunaan. | Istilah | 12.12.2013 |
Apakah ayat / istilah yang betul bagi ayat "flattening the curve" dan "black swan event"? | Terjemahan yang sesuai bagi 'flattening the curve' ialah landai lekuk manakala black swan event ialah peristiwa tidak dijangka | Makna | 27.07.2020 |
Inquiry on Event Planning for Corporate Client Dear DBP, My name is Mira Osman, and I am from the Operations team at Engage Life - a corporate wellness & engagement service provider. We would like to explore the possibility of partnering with you to arrange a Bahasa Day for one of our clients. The details are as follows: Date & time: TBC Agenda: To plan on games / challenges / quizzes / learning stations / talk / workshop that related to Bahasa Could you kindly provide us with a quotation for the event, fees, and any other relevant charges? Looking forward to your response! Thank you. Regards, Mira Osman Operations & Client Relationship Executive Engage Life Mobile: +60193405587 | Untuk bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, sila hantarkan surat kepada Ketua Pengarah DBP melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my. Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menghantarkan surat menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. | Lain-lain | 14.03.2025 |
adakah perkataan ‘acara’ sesuai digunakan untuk ‘event’ | Merujuk Kamus Dewan Perdana, frasa “acara” bermaksud 1. susunan perkara untuk dibincangkan dalam mesyuarat (perundingan dan sebagainya), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan untuk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dan lain-lain), program: 3. kegiatan (persembahan dan lain-lain) biasanya dalam sesuatu program. Sehubungan dengan itu, frasa “acara” sesuai digunakan untuk melaksanakan sesuatu program atau kegiatan. | Lain-lain | 10.01.2025 |