"TOWARDS HOLISTIC EXCELLENCE" KE ARAH KECEMERLANGAN HOLISTIK KE ARAH KECEMERLANGAN MENYELURUH | KE ARAH KECEMERLANGAN MENYELURUH | Lain-lain | 22.12.2010 |
Apakah translasi innovation excellence dalam BM? | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "innovation excellence" ialah kecemerlangan inovasi bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 10.08.2022 |
Mohon semakan kepada gaya penulisan yang betul dalam penggunaan italic: Contoh: Merangkul Dua Anugerah di Majlis Malaysian e-Payments Excellence Awards 2017 anjuran Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (MyClear) Meraih Anugerah di Majlis AmBank JomPAY Customer Appreciation Dinner Anjuran Kumpulan AmBank Meraih Anugerah di Malaysia Social Media Award 2017 Anjuran Social Media Chambers | Merangkul Dua Anugerah di Majlis Malaysian e-Payments Excellence Awards 2017 anjuran Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (MyClear) Meraih Anugerah di Majlis AmBank JomPAY Customer Appreciation Dinner Anjuran Kumpulan AmBank Meraih Anugerah di Malaysia Social Media Award 2017 Anjuran Social Media Chambers | Istilah | 03.09.2018 |
Saya baru menerima respons kepada permintaan semakan kata "inspiring progress" - "mengilham kemajuan", dan pihak tuan telah mencadangkan "kemajuan memberikan inspirasi". Sebenarnya frasa tersebut adalah sebahagian daripada frasa penuh, "Celebrating Excellence, Inspiring Progress" di mana perkataan "Celebrating" dan "Inspiring" lebih berbentuk kata kerja atau kata perintah. Bolehkah saya cadangkan: - Mengilhami kemajuan - Mendorong kemajuan - Merangsang kemajuan atau kata2 yang difikirkan lebih sesuai sebagai kata gesaan/kerja. Terima kasih | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud progress ialah kemajuan, manakala inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham, maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi "Celebrating Excellence, Inspiring Progress" ialah Meraikan Kecemerlangan, Mengilhamkan Kemajuan | Makna | 02.06.2017 |
Apakah perkataan bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan "Levers" seperti di dalam ayat berikut: Identification of Levers That Enable Their Excellence | Dalam pangkalan data DBP, padanan bahasa Melayu untuk "lever" ialah tuil atau tuas. "Lever" boleh juga bermaksud sebagai pendesak atau penggalak, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 02.12.2016 |
As salam, 1. Saya ingin bertanya maksud perkataan "Kerjasama" dan "Kolaborasi" adalah sama maksudnya? (saya semak kamus dewan sama maksud, ada Profesor kata maksud x sama) 2. Jika maksud tidak sama bolehkah digunakan kedua2 perkataan ini dalam satu ayat? 3. Mohon kepastian terjemahan perkataan2 berikut tepat atau tidak: a. Excellence= Kecemerlangan b. Engagement= Keterlibatan c. Effectiveness=Keberkesanan d. Efficiency=Kecekapan e. Empowerment= * mohon cadangan DBP * mohon perhatian segera jawapan daripada pihak tuan/puan untuk kegunaan segera teks syarahan Naib Canselor. Sekian, terima kasih. | 1. Dalam bidang Sains Politik dan Pentadbiran Perniagaan, istilah kolaborasi digunakan bagi mengungkapkan maksud kerjasama. Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana dan diungkapkan sebagai kolaborasi. 2. Jawapan seperti di atas. 3. a. Excellence - Kecemerlangan b. Engagement - Keterlibatan c. Effectiveness - Keberkesanan d. Efficiency - Kecekapan e. Empowerment - pemerkasaan | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2015 |
Terima kasih atas respons kepada pertanyaan saya yang terdahulu mengenai frasa tersebut. Satu lagi soalan. Bolehkah saya menggunakan perkataan "Menginspirasi" sebagai padanan kepada perkataan "Inspiring"? Jawapan : Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud progress ialah kemajuan, manakala inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham, maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi "Celebrating Excellence, Inspiring Progress" ialah Meraikan Kecemerlangan, Mengilhamkan Kemajuan | Terjemahan inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham. Sekiranya tuan/puan ingin menggunakan menginspirasi bagi terjemahan inspiring, ia boleh digunakan mengikut kesesuaian konteks ayat, | Makna | 05.06.2017 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Untuk makluman pihak tuan/puan, Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menganjurkan Program Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 pada 8 hingga 10 September ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Tema yang digunakan bagi program ini adalah ‘Rebuilding Growth, Spurring Excellence’ di dalam bahasa Inggeris, untuk penggunaannya dalam Bahasa Melayu pula kami bercadang untuk menggunakan ayat ‘Pembinaan Semula Pertumbuhan, Memacu Kecemerlangan’. Oleh yang demikian, kami dengan rendah hati ingin mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat daripada tuan/puan berkaitan penggunaan bahasa bagi tema ini dalam Bahasa Melayu. Petikan tema ini akan digunakan di mana-mana bahan promosi program yang diterbitkan dalam bahasa Melayu. Sebarang maklumat lanjut, pihak tuan/puan boleh hubungi saya Cik Nurul Ain di talian 011-2924 0213 (ain.mohamad@mfa.org.my). Terima Kasih | Mohon berikan konsep bagi perkataan Rebuilding Growth agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul | Makna | 24.05.2022 |