Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vi go out, keluar; (of actor, actress) keluar dr pentas: she ~ed quickly after the argument, dia bergegas keluar selepas pertengkaran itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. way out, pintu keluar: an emergency ~, pintu keluar kecemasan; 2. act, instance of going out, keluar; make o’s ~, keluar; 3. (on motorway) jalan keluar; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata exit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera. Tuan/Puan, saya ingin mendapatkan kepastian tentang istilah yang sesuai/tepat untuk menterjemahkan "entrepreneur intentions to exit" khususnya perkataan "exit" dengan merujuk kenyataan, "we focus on entrepreneur intentions to exit by a particular strategy, rather than actual exits. The theory of planned behavior, and its application in the entrepreneurship context, suggests that entrepreneurship involves primarily intentional planned behavior, and the intentions literature ‘‘clearly demonstrates that intentions are the single best predictor of planned behaviors."Cadangan terjemahan bagi entrepreneur intentions to exit ialah hasrat usahawan untuk keluar.Penyemakan dan penterjemahan08.11.2018
Apakah istilah yang tepat bagi perkataan 'exit survey'?Dalam data kami terdapat perkataan exit interview yang padanan istilah bahasa Melayunya ialah temu duga keluar. Oleh itu, bagi perkataan exit survey, kami mencadangkan tinjauan keluar sebagai
padanan istilah bahasa Melayunya.
Istilah06.12.2019
mohon dapatkan istilah: -Continuous Professional Development -Job rotation -exit policy

job rotation - pusingan kerja

continuous professional development - Untuk makluman tidak ada istilah khusus. Walau bagaimanapun, istilah professional development ada dalam pangkalan data kami, iaitu perkembangan profesional. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah perkembangan profesional berterusan.

exit policy - tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, kami ada istilah seperti exit criterion (kriteria keluar), exit interview (temu duga keluar). Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah polisi keluar.

Istilah01.07.2011
Kesemua jalan susur keluar dari lebuhraya/jalan persekutuan/jalan negeri menggunakan perkataan Inggeris: "EXIT". Soalan saya: apakan terjemahan dalam bahasa Melayu?Salam sejahtera,

Padanan exit ialah susur keluar.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan06.04.2019
1)job rotation 2)continuous professional development 3)exit policy1)pusingan kerja 2)perkembangan profesional berterusan 3)polisi keluarIstilah01.08.2011

Kembali ke atas