financial forecasting sila cadangkan buku untuk saya buat rujukan. terima kasih | Encik Nazri, Padanan bahasa Melayu bagi frasa tersebut ialah peramalan kewangan. | Istilah | 22.02.2010 |
Salam sejahtera. Saya ingin tahu padanan dalam BM untuk "financial crocodiles". Contoh ayat seperti berikut: Some international financial crocodiles will soon come to Hong Kong to cause damage to our financial system. Terima kasih! | Kami mencadangkan "jerung kewangan" sebagai padanan bahasa Melayu untuk financial crocodiles. | Istilah | 10.12.2018 |
apa "Commercial Financial Sector" dalam BM? Sektor Kewangan Perdagangan atau Sektor Kewangan Komersil | Puan Noryeen, Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah sektor kewangan perdagangan. | Istilah | 13.01.2010 |
Adakah terdapat terjemahan tepat/berlainan bagi "Financial Technology" atau pun "Fintech"? | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi 'Financial Technology' ialah teknologi kewangan | Makna | 27.01.2021 |
Salam, Apa istilah sesuai untuk 'financial inclusion product' dalam BM? Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Financial_inclusion Terima kasih. | Cadangan kami bagi istilah “financial inclusion product” ialah produk rangkuman kewangan. | Istilah | 08.10.2019 |
Apakah terjemahan kepada Bahasa Malaysia bagi perkataan seperti di bawah: INTERNAL SURVEY FOR FINANCIAL LITERACY BASELINE (FLB) Contoh: A. Kajiselidik dalaman untuk garis dasar celik kewangan B. Kajiselidik dalaman untuk asas celik kewangan tq | Terjemahan yang dicadangkan untuk "Internal Survey for Financial Literacy Baseline (FLB) ialah Kaji Selidik Dalaman untuk Garis Dasar Celik Kewangan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2016 |
ADEKUASI : ADEQUACY Mohon nasihat DBP adakah sesuai penggunaan perkataan di atas untuk digunakan dalam ekonomi? Saya agak keliru apabila menggunakan kecukupan : adequacy, memandangkan ianya (kecukupan) agak terlalu luas dan mengelirukan, terutama dengan penggunaan istilah financial adequacy = kecukupan kewangan. Serupa dengan penggunaan literasi bagi literacy, dan sesuai digunakan untuk financial literacy berbanding kecelikan kewangan. Mohon pencerahan DBP. Terima kasih. | Untuk makluman, "adekuasi" tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP. Istilah bahasa Melayu untuk "adequacy" ialah kecukupan (kecukupan kewangan). Untuk istilah "literacy", kedua-dua istilah bahasa Melayu, iaitu literasi dan kecelikan boleh digunakan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kecelikan kewangan atau literasi kewangan. | Istilah | 09.08.2016 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai istilah Bahasa Melayu bagi terma-terma ini: 'financial inclusion' , 'accessible', 'marketplace'. Terima kasih. | Sila beri contoh dalam ayat penuh supaya pihak kami dapat memberi terjemahan yang tepat. | Makna | 27.03.2019 |
Terima kasih atas respons tuan/puan. Berikut adalah teks asal dalam Bahasa Inggeris dan cubaan terjemahan saya dalam Bahasa Melayu: English: Certified Deemed Compliant Foreign Financial Institution (“DCFFI”) includes non-registering local bank, FFI with low value accounts, sponsored closely held investment vehicles, or limited life debt investment entities. Bahasa: Institusi Kewangan Asing Diperakui sebagai Patuh (“DCFFI”) termasuk bank tempatan berlesen, FFI dengan akaun nilai rendah, instrumen pelaburan pegangan rapat ditaja, atau entiti pelaburan hutang hidup terhad. Mohon pandangan tuan/puan tentang terjemahan istilah-istilah saya itu. Terima kasih. | Dalam data kami deemed interest dan deemed derived diterjemahkan kepada anggap patuh dan anggap peroleh, kami mencadangkan certified Deemed Compliant Foreign Financial Institution (“DCFFI”) diterjemahkan kepada Institusi Kewangan Asing Anggap Patuh diperakui. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.01.2015 |
Salam, saya ingin mendapatkan kepastian untuk tatabahasa yang betul seperti berikut: 1-bergantung kepada atau 2-bergantung pada cth: bergantung kepada/pada pendekatan yang dilakukan. Apakah terjemahan paling sesuai untuk 'Financial Capability' ? 1- kemampuan dari segi kewangan 2-kebolehan kewangan Terima kasih | Dalam buku Tatabahasa Dewan, antara situasi penggunaan kata sendi nama pada; sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Oleh itu, yang betul ialah bergantung pada pendekatan yang dilakukan. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "Financial Capability" ialah kemampuan kewangan | Tatabahasa | 21.11.2020 |