APA MAKSUD MELANGKAU MAYA, REFLEKTIF, BERKESINAMBUNGAN, FLEKSIBEL | Istilah 'melangkau maya' bermaksud melampaui pemikiran; 'berkesinambungan' bermaksud berlanjutan, berterusan, berpanjangan; 'reflektif' bermaksud memantulkan, sentiasa berfikir; bermenung dan 'fleksibel' bermaksud boleh diubah atau disesuaikan (dgn mudah) atau mudah berubah (sikap, keputusan, dll) mengikut keadaan baru dll, luwes. | Makna | 23.01.2007 |
Selamat petang, betulkah "ketidakfleksibelan organisasi" ? terima kasih. | Perkataan ketidakfleksibelan boleh dibentuk bagi merujuk keadaan yang tidak fleksibel. Oleh itu, perkataan ketidakfleksibelan organisasi boleh diterima. | Tatabahasa | 11.05.2013 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kami sedang menyediakan poster jawatan kosong dan mencari perkataan Bahasa Malaysia yang sesuai bagi frasa berikut: "Candidate with Positive Attitude, Team Player, Committed & Flexible are welcomed!" Mohon jasa baik DBP untuk memberi maklum balas mengenai frasa tersebut. Terima kasih. | Kami mencadangkan ayat “Calon yang memiliki sikap yang positif, semangat berpasukan, komited dan fleksibel digalakkan untuk memohon jawatan ini” | Penyemakan dan penterjemahan | 25.06.2020 |