Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n makanan; (for royalty) santapan: frozen ~s, makanan sejuk beku; breakfast ~, makanan pagi; cat ~, makanan kucing; ~ value, nilai makanan; ~ rationing, catuan makanan; ~ for /thought, reflection, etc/, bahan renungan; be off o’s ~, tdk ada selera. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata food


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera DBP, adakah pihak anda akan mengemas kini pangkalan data padanan kata bagi istilah 'food safety', 'food sovereignty' dan 'food security'? Penggunaan istilah keselamatan makanan (food safety), keterjaminan makanan (food security) dan kedaulatan makanan (food sovereignty) saya kira sudah mantap kerana boleh dicari penggunanya secara meluas di Internet oleh orang awam dan juga jabatan-jabatan kerajaan. Data DBP tidak membezakan food security dan food safety (yakni kedua-duanya dipadankan dengan keselamatan makanan) dan tiada entri untuk food sovereignty.

Untuk makluman istilah bahasa Melayu untuk safety dan security ialah "keselamatan". Istilah security boleh juga diterjemahkan kepada sekuriti. Dalam data kami, terdapat istilah “food security policy" yang diterjemahkan kepada "dasar keselamatan makanan" yang digunakan dalam bidang sains politik. Manakala "food safety assessment” yang diterjemahkan kepada "Penilaian keselamatan Makanan" yang digunakan dalam bidang perubatan. Kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat dan bidang.

Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek yang melibatkan pakar bidang berkenaan. Sehingga kini belum ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat.

Tiada maklumat tentang perkataan food sovereignty dalam pangkalan data kami. Pihak kami akan mengemukakan perkataan tersebut dalam jawatankuasa yang berkenaan dan akan memaklumkan kepada pihak tuan selanjutnya.

Istilah19.11.2018
Apakah terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan berikut: 1. Food availability 2. Food accessibility 3. Food utilization 4. Food stabilityKami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

1) Food availability: Kebolehdapatan makanan atau ketersediaan makanan

2) Food accessibility: Kebolehcapaian makanan atau ketersampaian makanan

3) Food utilization: Penggunaan makanan

4) Food stability: Kestabilan makanan 

Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah17.12.2021
Salam... Saya ingin bertanya apa maksud perkataan di bawah dalam istilah bahasa melayu i. food deserts ii. malnutrition iii. vulnerability iv. food availability v. food access vi. food utilization vii. food stability Terima kasihTerjemahan bagi perkataan yang berikut, ialah:  i. food deserts - makanan pencuci mulut;  ii. malnutrition - pemakanan tak seimbang;  iii. vulnerability - mudahnya terdedah/diserang/dikalahkan; iv. food availability - kesediaadaan makanan; v. food access - kemudahan makanan; vi. food utilization - penggunaan makanan; dan vii. food stability - kestabilan makanan.Istilah16.05.2011
Apakah bezanya istilah 'food security' dan 'food safety'? Kedua-dua mempunyai terjemahan yang sama iaitu keselamatan makanan. Mohon penjelasan daripada pihak DBP untuk terjemahan yang betul. Terima kasih.Dalam data kami, terdapat istilah 'food security policy" yang diterjemahkan kepada "dasar keselamatan makanan" yang digunakan dalam bidang sains politik. Manakala "food safety assessment yang diterjemahkan kepada "Penilaian keselamatan Makanan" yang digunakan dalam bidang perubatan. Kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat dan bidang.Istilah17.10.2013
Salam. Apa padanan terjemahan bagi "soul food"? "Soul food" ialah masakan etnik yang secara tradisionalnya dimasak dan dimakan oleh masyarakat Amerika Afrika di Selatan Amerika Syarikat. Mana paling sesuai antara "makanan jiwa", makanan soul (italik), makanan Amerika Afrika, dan makanan Selatan Amerika Syarikat? Ada cadangan lebih baik? Terima kasih.Cadangan perkataan bahasa Melayu yang sesuai ialah makanan Amerika Afrika. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung kepada konteks penggunaan ayat.Istilah08.07.2020
apakah terma yang boleh digunakan? 1. Food Security 2. Food insecurity1. Padanan bagi istilah food security dalam bahasa Melayu ialah keterjaminan makanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

2. Padanan bagi istilah food insecurity dalam bahasa Melayu ialah ketakjaminan makanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah07.04.2025
Apakah maksud yang tepat dalam bahasa melayu bagi membezakan terma "food safety" dan "food security"? Adakah terdapat maksud yang spesifik antara kedua terma tersebut?Menurut istilah bahasa Melayu maksud food safety ialah keselamatan makanan yang bermaksud Disiplin saintifik yang menerangkan pengendalian, penyediaan dan penyimpanan makanan untuk mencegah pencemaran dan penyakit bawaan makanan. Keselamatan makanan meliputi beberapa rutin yang perlu diikuti bagi mengelakkan kemungkinan bahaya kimia, fizikal dan biologi yang akan berlaku manakala food security ialah keselamatan makanan yang bermaksud masa tanpa mengira keadaan fizikal, sosial dan ekonomi. Bekalan makanan tersebut perlu memenuhi keperluan pemakanan untuk kehidupan yang aktif dan sihat.Makna30.12.2019
Tuan/Puan, Saya memerlukan cadangan istilah Bahasa Melayu bagi perkataan berikut; 1. Energy-dense food Definisi energy-dense food: Energy-dense foods are defined as those with an energy content of more than about 225–275 kcal per 100 g food. ‘Energy density’ measures the amount of energy (in kcal or kJ) per weight (usually 100 g) of food. Contoh penggunaan dalam ayat: - Limit consumption of energy-dense foods. - Because of their water content, drinks are less energy-dense than foods. - Consumption of energy-dense foods and sugary drinks is increasing worldwide and is probably contributing to the global increase in obesity. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "energy-dense food ialah makanan penuh tenaga.Istilah08.09.2016
food imported and exported and distributed translate kepada bahasa malaysia untuk kegunaan iklan Terima kasihMohon berikan susunan yang betul dalam bahasa Inggeris. Namun begitu, kami mencadangkan bahasa Melayu ialah  “mengimport, mengeksport dan mengedarkan makanan”.Penyemakan dan penterjemahan22.03.2018
food ingredientsramuan makananLain-lain18.05.2009
123456789

Kembali ke atas