Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. easily broken, a. (of glass etc) getas, mudah pecah: ~ china, tembikar yg mudah pecah; b. (of bone) mudah patah; c. (of plant) mudah rosak; d. (of relationship) rapuh, mudah putus; 2. weak, a. (of person) lemah, rapuh: a ~ old man, lelaki tua yg lemah; b. (of system) mudah terjejas, tdk kukuh: democracy in this country is ~, demokrasi di negara ini mudah terjejas; 3. (fig.), (colloq) in poor condition, spt nak relai: what did you do last night?. You’re looking very ~ today, apa yg kamu buat malam tadi?. Kamu nampaknya spt nak relai hari ini. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fragile


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang sesuai untuk digantikan dengan perkataan "fragile" seperti di dalam ayat di bawah. Bayi pramatang mempunyai kulit yang agak “fragile” di mana ia sangat mudah menyerap.Salam sejahtera,

Puan,

Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, "fragile" boleh diterjemah kepada lemah seperti ayat dibawah:

Bayi pramatang mempunyai kulit yang agak lemah di mana ia sangat mudah menyerap.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ .

Sekian, terima kasih.
Makna13.06.2017
Salam. Saya ingin mendapatkan kepastian jika perkataan -perkataan di bawah ini perlu diitalikkan atau dicondong. 1) Fragile Forest ( nama tempat ) 2) istilah 'boring' dalam sebiah ayat yang memberikan makna perkataan itu Perlukah Fragile Forest dan boring dicondong atau diitalikkan? Terima kasih.1. Nama tempat tidak perlu diitalikkan.
2. Perkataan boring ialah bahasa Inggeris dan banyak digunakan dalam bahasa percakapan, ejaannya perlu diitalikkan.
Penyemakan dan penterjemahan17.03.2015
bagaimana untuk mengeja barang mudah pecah di dalam bahasa ingerris?Dalam bahasa Inggeris dieja fragile.Ejaan12.02.2008
Adakah ayat berikut betul dan jika salah sila nyatakan alasannya dan ayat yang betul. 1. Ahli keluarga perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak-kanaka autistik ini dan mempelajari cara-cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah-kaedah seperti ini memerlukan banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga anak sepenuh masa di rumah. 2. Ini sering menyebabkan... 3. Dengan latihan khas, mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap-harapkan. 4.Dari seramai 40 kanak-kanak autistik yang pernah saya temui, hanya empat orang sahaja kanak-kanak perempuan. Autisma boleh berlaku di kalangan kanak-kanak dari semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak-kanak autisma sering terdapat di kalangan keluarga-keluarga profesional. 5. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, kanak-kanak mengidap penyakit seperti congentil rubella, penyakit baka phenylketonuria, sindrom Fragile-X, tuberous sclerosis, kanak-kanak yang mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan (perinatal asphyxia) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisma. Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkan apa-apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan.

Sdr. de miraz, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

berikut diberikan ayat yang telah dibaiki untuk perhatian Sdr.

 1. Ahli keluarga perlu tabah dan sabar menghadapi kanak-kanak autistik ini. Mereka perlu mempelajari cara-cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai bagi menghadapi masalah seperti ini. Oleh sebab  banyak perhatian perlu diberikan kepada kanak-kanak seperti ini ia mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga sendiri anak sepenuh masa di rumah.  2. Ini sering menyebabkan...  3. Dengan latihan khas, mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap-harapkan.  4.Daripada  seramai 40 kanak-kanak autistik yang pernah saya temui, hanya empat orang sahaja kanak-kanak perempuan. Autisme boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak daripada semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi, walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak-kanak autisme sering terdapat dalam kalangan keluarga-keluarga profesional.  5. Autisme ialah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, kanak-kanak yang mengidap penyakit seperti congentil rubella, penyakit baka phenylketonuria, sindrom Fragile-X, tuberous sclerosis, kanak-kanak yang kelemasan sewaktu dilahirkan (perinatal asphyxia) dan kanak-kanak yang menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisme. Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering dijalankan tidak menghasilkan apa-apa tanda untuk membantu proses diagnosis.

 

Tatabahasa24.02.2009

Kembali ke atas