| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya ketepatan maksud dan penggunaan bahasa untuk terjemahan berikut: Empower Every Future - Memperkasakan masa depan semua Fuel Every Future - Menyemarakkan masa depan semua Free Your Future - Bebaskan masa depan anda Free to Dream - Impian tanpa batas Ambition in Motion - Rentak impian Passion in Pursuit - Semangat di setiap langkah - konteks adalah penggunaan dalam industri pengiklanan dan menggunakan kaedah localisation. | Cadangan padanan terjemahan bahasa Melayu yang diberikan sesuai digunakan mengikut konteks dengan penambahbaikan seperti yang berikut: 1. Empower Every Future - Memperkasakan masa depan 2. Fuel Every Future - Menyemarakkan masa depan 3. Free Your Future - Serlahkan masa depan anda 4. Free to Dream - Impian tanpa batas 5. Ambition in Motion - Dorongan dalam mencapai aspirasi 6. Passion in Pursuit - Semangat dalam setiap langkah
| Penyemakan dan penterjemahan | 10.07.2025 |
| Apakah istilah sasar yang sesuai bagi "future security price" yang digunakan dalam pelaburan? | Padnana bahasa Melayu untuk future security price ialah "harga keselamatan masa depan". | Istilah | 16.12.2021 |
| Bantuan untuk menterjemahkan tagline syarikat bagi kegunaan papan iklan: 1. Let's write the future 2. Writing the digital future takes ability. ABB AbilityTM | Kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak penggunaan bahasa dalam ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.04.2018 |
| Saya ingin bertanya adakah benar terjemahan saya ini. 'Energizing A Sustainable Future' 'Tenaga Masa Depan yang Mampan' | Terjemahan yang sesuai bagi 'Energizing A Sustainable Future' ialah Mentenagakan Masa Depan yang Mampan | Makna | 08.06.2017 |
| Istilah DBP bagi empat perkataan berikut sustainable development, corporate sustainability, a sustainable future dan civil corporation | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk perkataan bahasa Inggeris yang diberikan adalah seperti yang berikut: sustainable development - pembangunan mampan corporate sustainability - kelestarian korporat a sustainable future - masa depan yang mampan civil corporation - perbadanan awam | Istilah | 06.01.2016 |
| Selamat pagi. Adakah penterjemahan tajuk berikut betul: "The Future Path of Modern Leadership Worldwide" menjadi "Laluan Kepimpinan Moden Seluruh Dunia pada Masa Depan". Terima kasih. | Laluan Kepimpinan Moden Seluruh Dunia pada Masa Hadapan. Terjemahan tersebut adalah betul. | Makna | 27.11.2021 |
| Saya ingin bertanya terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan Future-proof. Terima kasih. | Mohon berikan contoh perkataan dalam ayat, agar pihak kami boleh memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat | Makna | 20.05.2022 |
| World Health Day 2007: .... in health, build a safer future | hari kesihatan sedunia 2007: melebur dalam kesihatan, membina masa depan yang lebih selamat | Makna | 07.05.2007 |
| Organisasi saya dalam proses untuk menganjurkan persidangan antarabangsa. Oleh itu pihak kami ingin membuat semakan terjemahan bagi tema persidangan kami dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia. Future of Work: Preparing for Tomorrow Today Terjemahan ke bahasa malaysia: (Terjemahan DBP) Maklum balas pihak dbp amat dihargai. Sekian terima kasih. Shahrul Halim Penolong Pengurus Jabatan Pengurusan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja shahrul@epf.gov.my Tel: 03-2616 2237 | Terjemahan yang sesuai bagi Future of Work: Preparing for Tomorrow Today ialah Masa Depan Kerja: Bersedia Hari Ini untuk Esok. | Makna | 23.05.2017 |
| Salam sejahtera, saya sedang menulis sebuah artikel berkaitan dengan sistem pemilihan tuan rumah Sukan Olimpik. Terdapat beberapa istilah yang saya mengalami kesukaran dalam menterjemahkannya ke bahasa Melayu: - Future Candidate Summer Commission (suruhanjaya yang menyelia proses pemilihan tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Panas) - Preferred host | Padanan bahasa Melayu untuk “Future Candidate Summer Commission” ialah Suruhanjaya Pemilihan Tuan Rumah (Olimpik Musim Panas). Walau bagaimanapun, cadangan padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 28.07.2021 |