salam sejahtera.perkataan 'gadget' dalam smartphone bila diterjemah ke bahasa melayu apa? | Istilah bahasa Melayu untuk gadget ialah alat atau alatan. | Istilah | 17.07.2013 |
Salam, Apakah perkataan sinonim yang sesuai untuk gadget dalam konteks rasmi? Terima kasih. | Perkataan gadget ialah bahasa Inggeris dan diberikan padanan ‘alat’ dalam bahasa Melayu. | Istilah | 28.11.2014 |
Adakah perkataan 'gadget' / 'gajet' diterima dalam bahasa Melayu? Jika tidak perkataan apakah yang sesuai untuk menggantikanhya? Terima kasih. | Tidak ada istilah gajet atau gadjet, yang ada ialah alat atau alatan (sebagai padanan kata gadget dalam bahasa Melayu). | Tatabahasa | 12.06.2013 |
Salam sejahtera, kata "gawai" ditandakan sebagai "Jw" (Jawa) yang bermaksud kerja atau tugas. Kamus Besar Bahasa Indonesia juga menerima kata "gawai" sebagai padanan kata bagi "gadget". Namun, bahasa Melayu hanya menggunakan kata "alat" sebagai padanan "gadget". Peminjaman bahasa serumpun merupakan antara proses yang diambil kira untuk menghasilkan sebuah istilah. Adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan membuat pertimbangan untuk menerima kata "gawai" sebagai padanan kata "gadget"? Sekian, terima kasih. | Terima kasih atas maklumat yang tuan berikan. Hal peristilahan ditangani oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. Oleh itu, pembinaan sesuatu istilah diuruskan oleh bahagian berkenaan. Kami panjangkan maklumat ini kepada bahagian berkenaan untuk tindakan sewajarnya. | Istilah | 05.06.2020 |
1) Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan istilah 'gadget'? 2) Apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'peranti mudah alih'? 3) Adakah 'peranti mudah alih' , 'peranti elektronik' dan 'peranti digital' mempunyai maksud yang berbeza? Sekiranya berbeza, mohon bantuan untuk dijelaskan setiap maksud perkataan ini. Terima kasih. | 1. Padanan bagi gadget ialah alat atau alatan. 2. Peranti mudah alih ialah padanan bagi istilah mobile device. 3. Peranti mudah alih ialah peranti pengkomputeran dalam telefon pintar, komputer dan sebagainya. Peranti elektronik ialah komponen yang mengawal arus elektrik. Peranti digital ialah peranti yang mengandungi sistem digital seperti telefon pintar. Untuk mengenal pasti persamaan atau perbezaan ketiga-tiga peralatan ini, perlu merujuk pihak yang pakar, kamus hanya dapat memberi makna perkataan tanpa perincian yang jelas. | Istilah | 06.11.2019 |
Bolehkah perkataan gadjet digunakan kerana penggunaannya amat meluas dalam media? | Tidak ada istilah gajet atau gadget, yang ada ialah alat atau alatan (sebagai padanan kata gadget dalam bahasa Melayu). | Istilah | 29.03.2014 |
Apakah terjemahan untuk "gadget"? Melalui carian, saya dapati gadjet diterjemahkan sebagai "alat", "peralatan". Tetapi istilah "gajet" sudah digunakan dengan meluas dalam akhbar dan banyak laman web. Bolehkah "gajet" ini digunakan secara rasmi dan didaftarkan dalam prpm/kamus. Istilah "alat" untuk "gadjet" mungkin kurang sesuai kerana "alat" digunakan juga utk equipmetn, tools, appliances dll. | Untuk makluman puan, perkataan gajet telahpun dirakamkan dalam kamus terbaharu keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu Kamus Dewan Perdana (KDP). Berdasarkan KDP, gajet membawa maksud alat atau peralatan yang berasaskan teknologi moden dan memenuhi kehendak dan kepuasan seseorang. Oleh itu, perkataan gajet boleh digunakan. Walau bagaimanapun, untuk penulisan rasmi dan sekiranya sesuai dengan konteks ayat, kami mencadangkan penggunaan perkataan alat telekomunikasi yang membawa maksud alat sains yang berkaitan dengan penghantaran maklumat melalui talian telefon, gentian optik, mikrogelombang dan satelit. | Makna | 21.07.2021 |
apa maksud kimchi, ramen, tteokbokki, gadget, generasi alpha, smirk, netizen, delulu | Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bagi kata bahasa asing yang telah terserap masuk ke bahasa Melayu seperti gajet dan chalet. Maklumat tentang kelas kata, makna, contoh penggunaan termasuk asal usul beberapa kata dibekalkan dalam kamus ini. Bagi kosa kata bahasa asing yang belum diterima, saudara boleh menyemak kamus bahasa sumber kata tersebut untuk memperoleh maklumat berkaitannya. Untuk maklumat ringkas sila layari https://prpm.dbp.gov.my. | Makna | 11.11.2024 |
Kata kasmat dipadankan dengan kata gadget dalam PRPM, tetapi, tiada takrif diberi. Apakah takrif kasmat? | Alat-alat pentas yang dicipta atau direka khas untuk sesebuah pementasan khususnya untuk persembahan bangsawan. Peralatan pentas ini disediakan mengikut babak dan keadaannya. Antara contoh kasmat ialah alat yang berbentuk binatang atau seumpamanya, dan pelakon akan duduk di atasnya sesuai dengan babak atau cerita. (Rujukan: Glosari Istilah Kesusasteraan, DBP 2017) | Istilah | 05.04.2018 |
salam tuan, adakah perkataan GAJET atau GADJET boleh digunakan dalam pernyataan ini " MASALAH GAJET/GADJET DAN ANAK-ANAK ) ? JIKA saya tetap ingin menggunakan perkataan ini, bolehkah perkataan ini diletakkan dengan tanda (" ") atau Italic. | Tidak ada istilah gajet atau gadget, yang ada ialah alat atau alatan (sebagai padanan kata gadget dalam bahasa Melayu). | Lain-lain | 07.09.2015 |