Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 6. (indic how long members of a family have had a particular nationality) generasi: third - ~ American, orang Amerika generasi ketiga. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 5. stage of development of a product, generasi: fourth ~ computers, komputer generasi keempat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : five ~s of my family have lived in this house, lima keturunan keluarga saya telah tinggal di rumah ini; the secret recipe was handed down from ~ to ~, resipi rahsia itu telah diturunkan dr satu generasi ke satu generasi; 4. period of time it takes for children to grow into adults and have children of their own, generasi: a ~ ago computer technology was quite unknown, satu generasi yg lalu teknologi komputer tdk diketahui ramai; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. production (of power, energy, etc) penjanaan; 2. people of about the same age, generasi: the post-war ~, generasi selepas perang; we must think of the future ~, kita mesti memikirkan generasi akan datang; the present ~ of parents are more liberal-minded, ibu bapa generasi kini mempunyai fikiran yg lebih terbuka; 3. all members of a family who were born at about the same time, keturunan, generasi: a family photograph showing three ~s of Kennedys, gambar keluarga yg menunjukkan tiga keturunan Kennedy; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata generation


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apakah cadangan pihak DBP bagi terjemahan untuk label-label generasi yang berasal daripada bahasa Inggeris? Khususnya "the lost generation," "the greatest generation," "the silent generation" dan "baby boomer generation"? Terima kasih.

Berdasarkan data rujukan kami, terdapat istilah seperti yang berikut:

i.    lost generation – generasi hilang
ii.   silent generationgenerasi senyap

Manakala, cadangan padanan terjemahan yang boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai bagi the greatest generation ialah generasi terhebat. Bagi baby boomer generation pula, pihak kami akan membincangkan terlebih dahulu dalam Jawatankuasa Istilah Semasa bagi mendapatkan padanan yang sesuai. 
Penyemakan dan penterjemahan09.01.2022
Tuan, Saya ingin bertanyakan mengenai terjemahan 'millennial generation' dalam Bahasa Melayu. Bolehkah saya menterjemahkannya kepada generasi milenial dalam penulisan saya. Besar harapan saya agar tuan dapat menjawab persoalan ini kerana saya telah mengemukakan soalan yang sama pada bulan Oktober lalu tetapi masih belum memperoleh jawapan daripada pihak tuan. Terima kasih atas kerjasama.Berdasarkan data DBP, tiada padanan dalam bahasa Melayu untuk istilah 'millennial generation'. Dalam data kami, terdapat istilah generasi milenium (untuk padanan dalam bahasa Inggeris millenium generation) yang merujuk pada generasi yang lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001 (di banyak negara). Istilah generasi milenium juga dikenali sebagai Generasi Y digunakan dalam bidang demografi, sains politik, dan pemasaran.  Istilah28.11.2017
Mohon semak tatabahasa dan nahu karangan .

Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020.

Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia selaku Urusetia kepada SDG&UHC bagi Sektor Kesihatan telah mengadakan Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020  bertempat di National Health Institute (NIH), Setia Alam dengan kerjasama World Health Organization (WHO).

Seminar tersebut sebagai platform bagi membincangkan prestasi pencapaian sistem kesihatan negara dan untuk mendapatkan input tambahan, komen serta langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG& UHC di Malaysia. Manakala bengkel pula bertujuan sebagai pengenalan kepada metodologi Foresight bagi Perancangan Strategik (Strategic Foresight) dalam Sektor Kesihatan yang merangkumi aspek Polisi (Policy), Sosial dan Nilai ( Social and  Value), Kewangan (Finance), Persekitaran (Environment)dan Perundangan (Laws and Regulation).

Seminar tersebut telah dihadiri oleh 120 orang peserta daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Medical Relief Society Malaysia (Mercy Malaysia)  dan pelbagai bahagian, di Kementerian Kesihatan. Turut hadir dalam seminar tersebut ialah  Dr. Jacqueline Lo Ying-Ru, wakil WHO untuk Malaysia, Brunei & Singapura dan Professor Pascale Allotey (Pengarah, United Nation University – International Institute for Global Health (IIUGH).

Sesi pembentangan dimulakan dengan Presentation Overview of SDG in Health Sector & UHC in Malaysia oleh Pengarah Bahagian Perancangan, Yang Berusaha Dr. Nordin Saleh dan seterusnya acara perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Penyelidikan dan Sokongan Teknikal (P&ST), Dr. Hishamshah bin Mohd Ibrahim.

Sebanyak lima (5) pembentangan telah diadakan bagi membincangkan pencapaian, isu dan cabaran serta hala tuju bagi indikator-indikator yang tersenarai di dalam kerangka SDG UHC. Ia merangkumi lima (5) tema utama iaitu  Reproductive, Maternal, Neonatal& Child Health, Health System & Service Capacity,Communicable Diseasesdan Urban & Environmental HealthsertaNon Communicable Diseases & Mental Health.

Sepanjang  seminar berlangsung, maklum balas, pandangan dan cadangan langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG UHC daripada peserta telah dicatatkan. Output daripada  seminar ini akan dibukukan sebagai prosiding seminar untuk mendokumentasikan perbincangan setelah indikator dibentang.

Agenda ini disusuli dengan Health for Our Future Generation Foresight Workshop yang dikendalikan oleh Malaysia Industry-Government Group for High Technology(MIGHT). Adalah diharapkan bahawa peserta bengkel telah mendapat pengenalan dan pendedahan awal mengenai foresight bagi memudahkan mereka membuat  analisa dan merangka perancangan situasi kesihatan pada masa hadapan

Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi seminar dan bengkel tersebut.

 

 

 

Tatabahasa19.08.2020
Mohon jasa baik tuan/puan untuk menterjemaahkan penyataan di bawah ke dalam bahasa Melayu. "Unravelling Biodiversity for Future Generation" Terima kasih.Biodiversiti Penguraian untuk Generasi Masa HadapanPenyemakan dan penterjemahan29.05.2014
Di manakah penggunaan format Italic boleh digunakan dalam ayat. 1. Nama buku - Buku My Biography yang diterbitkan pada tahun lalu. 2. Kumpulan The New Generation bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur bulan depan. 3. Dia belajar di University of London dalam bidang Kejuruteraan Kimia. 4. Perkataan `venue', `rating' dan 'tip' apakah perlu Italic atau kekal seperti biasa. 5. Gelaran seperti kumpulan The Red Warriors. 6. Anuar Manan yang digelar The Rocket Man. 7. Pada program Grammy Awards itu. 8. Seramai 450 penunggang basikal menyertai kejohanan sempena Taman Negara Green Jamboree itu. 9. Meskipun bermula hambar dengan double-bogey di lubang kedua, dia bangkit pada lubang seterusnya dengan lima birdy untuk mencatat tiga bawah par 68. Sekian terima kasih.Mengikut amalan penerbitan DBP, huruf italik atau huruf condong digunakan untuk menulis judul karya seni dan penerbitan, nama sains, dan sebagainya. Contoh judul karya seni dan penerbitan ialah judul buku, judul drama, nama akhbar, nama majalah, judul filem, dan nama lagu.  Untuk maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP tahun 1995, halaman 80.Lain-lain11.03.2012
Apakah perkataan sesuai untuk terjemahan istilah 'once removed/twice removed/three times removed" kedalam bahasa Melayu yang digunakan dalam salasilah keluarga bahasa Inggeris?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk 'once removed/twice removed/three times removed" dalam pangkalan data kami. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "once removed" diberikan maksud seperti yang berikut: once removed (of cousins) a. (one generation younger) anak saudara (se)pupu; b. (one generation older), /emak, bapa/ saudara (se)pupu, (saudara) (se)pupu /emak, bapa. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah12.12.2013

Kembali ke atas