Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : /come up with, deliver the/ ~, (colloq) melaksanakan + approp n: make sure you can deliver the ~ before you promise anything, pastikan kamu dapat melaksanakannya sebelum kamu membuat sebarang janji. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. movable personal property, barang-barang; 2. merchandise, barang(-barang): leather ~, barang-barang kulit; ~ on consignment, barang dlm konsainan; 3. (attrib) freight, barang: ~ train, kereta api barang; ~ wagon, gerabak barang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata goods


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. apakah cadangan terjemahan bagi nama jawatan dalam bidang logistik ini : "goods flow worker". terima kasihUntuk makluman tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk goods flow worker. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk goods ialah barang, flow ialah aliran, dan worker ialah pekerja.  Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah pekerja aliran barang.Istilah18.06.2012
Tuan/puan, Saya ingin bertanya berkenaan perkataan barang dan barangan, contohnya terjemahan bagi "goods and services" : adakah terjemahannya - barang dan perkhidmatan ataupun barangan dan perkhidmatan Diharap mendapat penjelasan daripada pihak tuan/puan. sekian, terima kasih.

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi frasa 'goods and services' ialah barang dan perkhidmatan.

Istilah22.12.2009
Apakah terjemahan bagi "chemical specialty"? Bolehkah saya menterjemahkannya sebagai 'kimia terkhusus'? Apakah pula terjemahan bagi "excludable" dan "excludable goods"? Adakah terjemahan berikut sesuai untuk setiap frasa berikut: utility lever : tuil penggerak nilai kebergunaan noncustomers : golongan bukan pelanggan price corridor for the mass : koridor harga untuk orang ramai strategic pricing : penentuan harga strategik target costing : penentuan kos sasaran professional lighting industry : industri pencahayaan profesional

Cadangan terjemahan bagi istilah "chemical speciality" ialah "pengkhususan dalam bidang kimia" atau "kimia khusus" bergantung pada konteks dan situasi.

Cadangan terjemahan bagi "excludable" ialah "boleh kecuali" dan "excludable goods" ialah  "barangan yang boleh dikecualikan". Walau bagaimanapun terjemahan ini hendaklah mengikut konteks dan situasi.

Bagi soalan berikutnya, sila susun dan senaraikan dengan betul untuk memudahkan pihak kami menjawabnya.

Istilah11.12.2009
salam sejahtera. apakah terjemahan bagi jawatan perkerjaan "visual merchandiser"? Menurut oxford, makna visual merchandising adalah: Visual merchandising is the activity of promoting the sale of goods, especially by their presentation in retail outlets. Maka visual merchandiser bolehlah dikatakan sebagai orang yang bertanggungjawab memperagakan barangan jualan di tempat jualan yang bertujuan untuk mempromosi dan menarik minat pelanggan membelinya. Bolehkah saya menterjermahkan "visual merchandiser" sebagai "pereka letak visual"? terima kasihDalam data kami tiada padanan khusus bagi perkataan "Visual Merchandiser" dalam bahasa Melayu. Berdasarakn definisi yang tuan berikan kami mencadangkan "visual merchandiser" diterjemahkan kepada Pekerja Promosi Produk/Barangan.Tatabahasa17.10.2013
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Mohon pihak tuan menyemak terjemahan ayat berikut terutamanya berkaitan terjemahan "however caused": "I shall indemnify you on demand against all loss (including total loss), damage, claims and expenses arising out of any damage to the goods however caused." / "Saya akan melindungi pihak tuan atas tuntutan terhadap semua kerugian (termasuk kerugian penuh), kebinasaan, tuntutan dan perbelanjaan yang timbul daripada sebarang kerosakan ke atas barang-barang walau bagaimana ia disebabkan." Terima kasih.However caused hanyalah terjemahan biasa dalam ayat dan bukan bentuk istilah. Oleh itu, terjemahan biasa dalam ayat tidak ada dalam sumber rujukan kami dan kami berpandangan penterjemah lebih mengetahui konteks ayat tersebut.Penyemakan dan penterjemahan18.06.2018

Kembali ke atas