Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hand sanitizer


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan bahasa Melayu untuk "hand sanitizer". Saya dapati ada yang menggunakan sebagai "pensanitasi tangan", namun kebanyakan orang mencondongkan frasa "hand sanitizer" tersebut. Sanitasi bermaksud membersihkan (kata kerja), namun saya tidak pernah jumpa orang menggunakan "pembersih tangan" sebagai padanan "hand sanitizer". Mohon panduan dan nasihat. Terima kasih.

Untuk makluman, setelah perbincangan dibuat, setakat ini pihak DBP memutuskan perkataan “hand sanitizer” diberikan padanan dalam bahasa Melayu sebagai “pensanitasi tangan”. Sesuatu perkataan asing itu dicondongkan sekiranya tidak terdapat perkataan dalam bahasa Melayu. Sekiranya ada, maka perkataan dalam bahasa Melayu itu hendaklah digunakan.

Penyemakan dan penterjemahan24.03.2020
1) Apakah terjemahan yang betul atau tepat untuk Hand Sanitizer? 2) Manakah penggunaan kata yang betul, selsema atau selesema?1) Hand sanitizer - pensanitasi tangan.
2) Ejaan yang betul adalah selesema.

Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
Penyemakan dan penterjemahan06.07.2020
Apakah perkataan bahasa Melayu yang tepat untuk Hand Sanitizer?Pihak kami mencadangkan pensanitasi tangan untuk padanan dalam bahasa Melayu bagi hand sanitizer.Istilah21.03.2020
Apakah perkataan yang paling sesuai bagi face mask dan hand sanitizer? Mohon DBP dapat warwarkan.Padanan bagi perkataan “face mask” ialah “pelitup muka” dan “hand sanitizer” pula “pensanitasi tangan”.Istilah03.06.2020
Salam. Adakah ayat di bawah ini betul? Kerap cuci tangan dengan sabun atau Hand Sanitizer.Ayat yang betul ialah "Kerap mencuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan."Tatabahasa15.01.2022
Tuan, dengan penularan wabak Covid-19 sekarang, kita sering didedahkan dengan istilah “frontliner”. Di dalam kamus istilah bahasa melayu diterjemahkan kepada “baris hadapan”. Adakah istilah ini boleh diguna pakai bagi pekerja “frontliner” dalam menangani covid-19? Seperkara lagi, bolehkah menggunakan kata pensanitasi tangan bagi menggantikan hand sanitizer? Terima kasih.Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan frontliner ialah barisan hadapan, dan  hand sanitizer ialah pensanitasi tangan.Istilah23.03.2020

Kembali ke atas