Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam hormat. Saya ingin bertanya apakah fungsi "-nya" dalam perkataan-perkataan seperti kesimpulannya, selamanya, sesudahnya dan antaranya? Terima kasih.Salam hormat,

Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga.
Tatabahasa14.09.2015
Salam hormat, Lema *Jibrail - mentakrifkan malaikat yang menyampaikan wahyu kepada rasul atau nabi. Manakala *Jibril (ejaan tanpa a) terdapat pada lema *wahyu mentakrifkan firman (kalam) Allah yang dibaca kepada nabi dan rasul-Nya yang disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya. Juga pada lema *mewahyukan - mentakrifkan menurunkan wahyu kepada, menyampaikan petunjuk (pengajaran dll) dengan wahyu disampaikan kepada Nabi oleh Jibril... Persoalannya - boleh perkataan *Jibril digunaka di samping perkataan *Jibrai?

Salam hormat dan terima kasih atas perhatian yang diberikan. Untuk makluman, kamus terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus Dewan Perdana, 2020) telah memasukkan entri Jibril dan ditakrifkan seperti berikut:

Jibril جبريل [dʒib·ril] n malaikat yg tugasnya menyampaikan wahyu kpd rasul

Manakala entri Jibrail ditakrifkan seperti berikut:             

Jibrail جبرائيل [dʒib·rɒ.·il] n Jibril

Walaupun kedua-dua ejaan dimasukkan sebagai entri, ejaan Jibril lebih lazim penggunaanya berbanding Jibrail. Terima kasih.

Ejaan18.05.2025
apakah maksud malu dan segan?? adakah malu dan segan mempunyai maksud yang sama atau berbeza??

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, malu bermaksud 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; manakala segan pula bermaksud  1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan;

Istilah01.11.2009
6.Apakah perbezaan antara perkataan “kunci” dengan “anak kunci”? Mengapakah perkataan “anak” digunakan sebelum “kunci” dan apakah maksud yang dibawa olehnya? 7.”Sebahagian daripada buku di dalam kotak kepunyaan Ali”, “Sebilangan daripada buku di dalam kotak kepunyaan Ali”. Ayat manakah yang betul? Apakah perbezaan antara “sebilangan” dengan “sebahagian”. Bolehkah penggunaan kedua-dua perkataan tersebut ditukar ganti? 8.”Jemput datang ke rumah saya kerana saya akan mengadakan kenduri kesyukuran”, ”Sila datang ke rumah saya kerana saya akan mengadakan kenduri kesyukuran”. Ayat manakah yang betul? Bolehkah “jemput” dan “sila” ditukar ganti? 9. Sila betulkan kesalahan dalam ayat berikut: “Elok agak kita ke kantin untuk membeli makanan.” 10.Apakah maksud kata ganda “tepi-tepian”? Bagaimanakah penggunaannya dalam ayat? Sila berikan contoh yang sesuai. Sila berikan tunjuk ajar. Tunjuk ajar pihak dbp amat dihargai. Terima kasih.

Jawapan

 

1.   Sila lihat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat untuk memahami maksud kunci dan anak kunci:

1.    alat yg terdiri daripada mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) untuk mengancing sesuatu (seperti pintu, peti, beg, dan lain-lain): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yang dimasukkan ke dalam lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) untuk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dan lain-lain), alat yang dikancingkan atau dipasang pada pintu dan lain-lain dan dapat dibuka dengan anak kunci.

 

2.    Kedua-dua sebilangan dan sebahagian boleh digunakan untuk ayat tersebut. Kedua-duanya boleh ditukar ganti mengikut konteks ayat. Sebahagian bermaksud separuh atau setengah. Sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak.

 

3.    Jemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yang pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya ..., jemputlah, sudilah:

 

4.    Ayat yang lebih baik boleh ditulis begini: “Elok kita ke kantin untuk membeli makanan” atau “Baik kita ke kantin untuk membeli makanan”.

 

5.    Dalam data kami tiada kata ganda tepi-tepian.  Yang ada hanya tepi-tepi atau tepian sahaja.  Contoh ayat:  Batu-batu yang cantik ini dipungut di tepi-tepi sungai. Tepian bermaksud 1. tempat mandi di tepi sungai; tempat yang di tepi sesuatu (sungai, laut dan lain-lain) atau 2. bahagian tepi sesuatu benda: Lanset ialah pisau pembedahan yang mempunyai dua tepian tajam dan hujung yg menirus

 

Lain-lain30.10.2014

Kembali ke atas