Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ni] | هوني

Definisi : ; berhuni ada didiami orang, berpen­duduk: kami tahu rumah itu ~ kerana adanya cahaya lampu; menghuni 1. mendiami, menduduki: meng­apa ia mesti ~ negara yg serba asing ini?; kalau ahli bait pergi kenduri atau ke rumah orang kematian, dialah yg disuruh ~ rumah; 2. = menghunikan mengawasi, menjaga, menunggui: betul saya lihat dia di sana, menghunikan dan menyapu-nyapu kedai induknya; penghunian perihal, perbuatan atau tin­dakan menghuni (rumah, bilik dsb): kawasan itu mempunyai kadar ~ yg tinggi, iaitu sebanyak 85%; penghuni 1. orang dll yg mendiami (rumah dll): rumah itu berkunci, ~nya tidak ada; mereka menjadi ~ rimba dgn dada yg me­ngandungi bara; 2. hantu penunggu; ~ dunia manusia (binatang dll) yg mendiami dunia ini; ~ kampung penduduk kampung; berpenghuni mempunyai penghuni: rumah itu tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.ni] | هوني

Definisi : ; menghuni duduk atau tinggal di; mendiami; menduduki: Selama ia pergi, sayalah yg ~ rumahnya. penghuni orang dll yg menghuni (rumah dsb): Rumah itu berkunci sebab ~nya tidak ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huni
Kata Terbitan : berhuni, menghuni, penghuni, berpenghuni,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Apakah terjemahan yang sesuai untuk liveabilty? Kebolehunian atau daya huni. Contoh ayat : Bagi meningkatkan kebolehunian, mekanisme perancangan bandr yang lebih baik akan dibangunkan. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang perkataan liveability dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan liveability diterjemahkan kepada boleh huni atau kebolehhunian, mengikut konteks penggunaannya dalam ayat.Penyemakan dan penterjemahan31.03.2015

Kembali ke atas