Salam sejahtera, Terjemahan bagi "impact sensor" yang sesuai adalah "sensor impak" atau "sensor kesan" atau "sensor pengesan"? Penggunaan dalam bidang teknologi maklumat dan kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih. | Tuan, Untuk makluman, terjemahan bagi perkataan impact sensor tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada "sensor hentaman". | Penyemakan dan penterjemahan | 05.06.2019 |
Salam sejahtera. Mohon sedikit pencerahan bagi terjemahan paling sesuai bagi istilah "Environmental Impact Assessment" dalam konteks perancangan bandar. Terdapat terjemahan berbeza yg diberikan pada laman ini. Terima kasih | Terjemahan Environmental Impact Assessment ialah Penilaian Kesan Alam Sekitar. | Tatabahasa | 04.02.2015 |
Adakah istilah dampak dan impak bersifat sinonim? Jika impak berasal daripada kata Inggeris impact, adakah dampak kata asli Melayu? | Dampak bermaksud kesan yang ketara sama ada positif atau negatif bersinonim dengan perkataan impak yang berasal daripada bahasa Inggeris (impact). Terima kasih. | Makna | 29.01.2018 |
Salam Sejahtera, Saya dari syarikat Gentle Impact Sdn Bhd ingin bertanya tentang status iklan yang tidak lulus boleh jelaskan details masalah ini.. Terima Kasih.. | Sila betulkan ejaan: 1. TEL. (singkatan perkataan mesti ada tanda titik) 2. Pinda FAX kepada FAKS Untuk pengesahan iklan, sila ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 15.04.2014 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Attritor 2. Bead Mill 3. Classifying Impact Mill 4. Thixomolding Machine 5. Bin Blender 6. Bundle Loader Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Attritor - Pengisar 2. Bead Mill – Pengisar Halus 3. Classifying Impact Mill – Mesin Kisar Tukul Pengelasan 4. Thixomolding Machine – Mesin Pengacuan Suntikan Magnesium 5. Bin Blender – Pengisar Tong 6. Bundle Loader – Pembeban Berkas | Istilah | 23.03.2016 |
Salam tuan minta tolong diterjemahkan perkataaan di bawah ini " High-Impact promotions and Marketing Tools" ke dalam Bahasa melayu dengan kaedah yang betul. Terima kasih Wassalam Hasbi | Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah promosi dampak tinggi dan alat pemasaran. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.04.2014 |
Salam, Saya ingin menyemak pertukaran bahasa inggeris ke bahasa melayu. Untuk perkataan "Reduced Impact Logging", jika ditukarkan ke bahasa melayu, adakah betul "Pembalakan Kurang Impak"? atau "Pembalakan Yang Kurang Impak" Sekian, terima kasih. -Fazleeayu- | Salam sejahtera, Kedua-dua frasa tersebut betul. Tetapi, berdasarkan artikel Prof. Madya Dr. Mohd Hasmadi Ismail (http://www.upm.edu.my/artikel/pembalakan_kurang_impak_ril_menjamin_kelestarian_hutan_negara-30196) beliau menggunakan frasa pembalakan kurang impak. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 16.01.2019 |
APAKAH YANG DIMAKSUKAN DENGAN 1. KAJIAN SEPARUH PENGAL 2. PAKEJ RANSANGAN EKONOMI HIGH IMPACT PROJECT | Saudara perlu merujuk bahan-bahan yang berkaitan dalam bidang ekonomi di IPTA atau IPTS atau ahli/pakar ekonomi untuk mendapat maklumat yang lebih lengkap. | Lain-lain | 11.08.2009 |
Istilah Bahasa Inggeris untuk personalizing...Contoh Personalizing the story means the digital storyteller tells a story that somehow someway left an impact and consequences in his life dalam Bahasa Melayu istilah yang sesuai | Sila kemukakan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Malaysia kerana kami tiada perkhidmatan penterjemahan. Walau bagaimanapun, kami berpendapat istilah dalam bahasa Melayu ialah "Penyesuaian". | Penyemakan dan penterjemahan | 13.01.2015 |
The Theoretical Model is a multi-levelled model. Incorporated in the first level are the three key aspects most expected to impact on teachers’ relationships with students: Connectedness, Availability and Communication. The second level of the model features the expected mechanisms by which the key aspects were expected to be demonstrated by teachers as they relate with the students in their classes. Teachers who demonstrated the expected mechanisms were seen to be working towards achieving the key aspects in their relationships with students. | Soalan saudara tidak jelas. Untuk makluman, khidmat nasihat bahasa menangani masalah penggunaan bahasa Melayu yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah, tatabahasa, penyemakan bahasa, penyelidikan bahasa, kegiatan pengembangan bahasa dan sebagainya. | Lain-lain | 23.02.2011 |