Apakah padanan bagi kata kerja bahasa Inggeris 'instrument'? Semua padanan yang dijumpai dalam prpm.dbp.gov.my adalah kata nama sedangkan saya mencari padanan untuk kata kerja.
Memandangkan kata nama 'instrument' adalah 'alatan', adakah kata kerja 'instrument' ditulis sebagai 'pengalatan' atau 'mengalatkan', ataupun terdapat padanan khusus untuk kata kerja tersebut? Kata kerja ini sangat banyak digunakan dalam bidang teknologi maklumat.
Contoh penggunaan kata kerja 'instrument' dalam bahasa Inggeris: 1. We need to instrument the sampler being used to update the statistics. 2. The software profiler needs to instrument some functions.
Mengambil contoh ayat tersebut, apakah padanan yang sesuai? 1. Kita perlu [mengalatkan?] pensampel yang digunakan untuk mengemaskinikan statistik. 2. Pembukah perisian perlu [mengalatkan?] sesetengah fungsi. | Berdasarkan carian kami, perkataan instrument dalam bahasa Inggeris sebagai kata kerja bermaksud equip (something) with measuring intruments. Daripada ayat contoh yang diberikan, berikut cadangan padanan bahasa Melayu bagi penggunaan perkataan instrument: Contoh penggunaan kata kerja 'instrument' dalam bahasa Inggeris: 1. We need to instrument the sampler being used to update the statistics. 2. The software profiler needs to instrument some functions. 1. Kita perlu melengkapkan pensampel yang digunakan bagi mengemaskinikan statistik. 2. Pembukah perisian perlu dilengkapkan dengan beberapa fungsi.
| Penyemakan dan penterjemahan | 25.05.2017 |
Salam sejahtera. Tuan/Puan, pohon terjemahan yang sesuai untuk istilah "Instrument Air". | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "instrument air" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah udara peralatan. | Istilah | 30.06.2014 |
Apakah istilah yang paling tepat untuk "Perceived Physical Literacy Instrument"? Adakah "Instrumen Tanggapan Literasi Fizikal" atau "Instrumen Anggapan Literasi Fizikal" atau "Instrumen Pengamatan Literasi Fizikal?". Contoh instrumen dilampirkan dalam fail di bawah. | Padanan bahasa Melayu untuk "Perceived Physical literacy Instrument" ialah Instrumen Anggapan Literasi Fizikal. | Makna | 24.10.2022 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah betul untuk menterjemah "FRNID and FRINI refers to Floating Rate Negotiable Instrument of Deposits and Floating Rate Islamic Negotiable Instruments respectively that are regulated under Bank Negara Malaysia" sebagai "FRNID dan FRINI merujuk kepada Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung dan Instrumen Boleh Niaga Islam Kadar Terapung masing-masing yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia"? Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi 'Floating Rate Negotiable Instrument of Deposits (FRNID)' ialah Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung (FRNID) manakala 'Floating Rate Islamic Negotiable Instrument (FRINI)' ialah Instrumen Boleh Niaga Islam Kadar Terapung (FRINI) | Makna | 04.10.2021 |
Saya pelajar pascasiswazah dalam proses membuat kajian pengesahan instrument untuk mengukur literasi kesihatan pergigian dalam bahasa Melayu. Saya tidak begitu faham kaedah untuk mengira index keboleh bacaan untuk petikan atau rangkap dalam bahasa Melayu. Saya mohon bantuan dari DBP sama ada boleh membantu saya mengira index kebolehbacaan itu atau memberikan saya kaedah pengiraan serta klasifikasi index. Sekian, terima kasih | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan mengira indeks kajian kerana hal ini melibatkan perkara yang teknikal, bukanlah aspek bahasa semata-mata. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak penggunaan bahasa dalam indeks yang telah disediakan. | Tatabahasa | 18.02.2015 |
Kami mempunyai beberapa perkataan yang memerlukan terjemahan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu seperti Metrologist, pattern approval, type approval, traceability, legal metrology, Non-Automatic Measuring Instrument (NAWI), Legally relevant | Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah: Metrologist - "ahli metrologi" pattern approval - "kelulusan corak" type approval - "kelulusan Jenis" traceability - "kebolehkesanan" legal metrology - "undang-undang Metrologi" Non-Automatic Measuring Instrument (NAWI) - "Alat Pengukur Bukan Automatik (NAWI)" Legally relevant - "relevan di sisi undang-undang" | Makna | 17.03.2022 |
Saya ingin bertanya apakah terjermahan sesuai untuk "There is " cthnya there is available instruments for the use of clents. Adakah ianya Terdapat instrument tersedia atau wujud instrumen tersedia atau adanya instrumen tersedia. Terima kaasih | Untuk makluman tuan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan ayat, kecuali istilah dan perkataan yang ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanpun kami boleh membantu tuan, menyemak penggunaan ayat yang telah diterjemahkan. Cadangan padanan yang sesuai untuk ayat "there is available instruments for the use of clents" tersebut ialah Instrumen ini ada disediakan untuk kegunaan pelanggan. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.05.2019 |
Salam sejahtera tuan/puan, Apakah perbezaan antara "Alat" dan "Alatan"? Kedua-dua perkataan ini merupakan terjemahan bagi "Tools". Saya ingin tahu perbezaan antara perkataan berkenaan serta penggunaan yang betul. Sila berikan penerangan anda. Terima kasih. | Bergantung pada konteks penggunaan perkataan tersebut. lazimnya kata instrument diterjemahkan kepada alat, manakala tool atau gadget diterjemahkan kepada alat atau alatan. Tidak ada huraian yang jelas bagi membezakan kedua-dua kata ini. | Makna | 02.06.2015 |