Assalamualaikum tuan/puan, apakah terjemahan sesuai untuk pelajar intern? Bolehkah kita gunakan pelajar magang? Definisi : orang yg bakal atau calon menjadi pegawai (tetapi masih belum menerima gaji): dia mula-mula bekerja sbg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Terima kasih | Maksud intern dalam bidang pentadbiran dan perubatan ialah doktor siswazah namun perkataan intern juga sudah digunakan dalam bidang pentadbiran perniagaan. Kebiasaannya perkataan pelajar intern diterjemahkan sebagai pelajar latihan industri atau pelajar latihan amali. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud 'apprentice' ialah magang atau perantis yang bermksud orang yang bakal atau calon menjadi pegawai (tetapi masih belum menerima gaji)
| Makna | 23.09.2021 |
MEMOHON UNTUK MENJALANI KURSUS INTERN DI BAHAGIAN YANG SESUAI. SAYA MENGAMBIL KURSUS DIPLOMA IN ENGLISH COMUNICATION. | Sekirannya tuan/puan ingin memohon untuk melaksanakan latihan industri di Dewan Bahasa dan Pustaka, sila e-melkan pertanyaan dan maklumat tuan/puan kepada akademi@dbp.gov.my. | Lain-lain | 25.04.2024 |
Salam, Pada makluman saudara/saudari, konteks situasi saya sekarang adalah; saya sedang melakukan kerja terjemahan sebagai seorang "intern" di university saya. Secara spesifik, kerja terjemahan ini adalah daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Dokumen tugasan bernama "A Toolkit on the Responsibility to Protect". Jadi di sini, saya cuma ingin mendapat pengesahan ataupun "review" daripada sesebuah institusi ataupun individu yang berkuasa rasmi. Soalan saya adalah, adakah DBP menyediakan khidmat terjemahan yang panjang? Jikalau tiada bolehkah saya sekurang-kurangnya hantar "draft" yang berkemuakan 10 halaman terjemahan saya? Apakah nasihat saudara? Terima kasih. Salam, Nazmi | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk mendapatkan perkhidmatan terjemahan tuan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Tatabahasa | 14.12.2015 |