Pada bahagian field juga saya tidak beberapa pasti . Ayat nya seperti ini , System error! Invalid field type ?0! dan saya menterjemah kepada Ralat sistem! Jenis medan tidak sah ?0! | Cadangan jawapan bagi terjemahan tersebut ialah Sistem ralat dan Jenis medan tidak sah. | Lain-lain | 19.01.2022 |
Salam sejahtera, saya terjumpa kesilapan ini ketika mencari perkataan "invader". Penerangan yang diberi sepatutnya untuk perkataan "invalid" dan bukannya "invader" yang bermakna penyerang. Syot layar kesilapan ini dilampirkan bersama soalan ini. Moga-moga, pihak DBP dapat membaiki kesilapan ini secepat mungkin. Terima kasih. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kami mengakui telah berlaku kesilapan sewaktu proses pemindahan daripada salinan keras kepada salinan lembut. | Lain-lain | 25.10.2016 |
Bagaimana kita menterjemah perkataan INTERPRETER ke dalam Bahasa Melayu. Adakah istilah JURUBAHASA sesuai digunakan? Bagaimana pula kita menterjemahkan INTERPRETING ke dalam BAHASA MELAYU? Apa istilah yang sepadan dengan INVALID BENEFIT dalam konteks Sektor Badan Kebajikan? Sekian. | interpreter, makna jurubahasa dan interpreting, proses mengalih bahasa | Makna | 03.12.2007 |