Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep International Standard Book Number. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata isbn


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nazatul Nazwa Mar 16th, 11:43am assalamualaikum...tumpang tanya...no isn tu apa??Tiada maklumat tentang nombor ISN. yang tuan maksudkan ialah ISBN, International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN ialah satu kod sepuluh (10) atau tiga belas (13) angka yang diperuntukkan kepada satu judul atau edisi buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu. ISBN diperoleh daripada International ISBN Agensi yang berpusat di London . Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982.Lain-lain16.03.2015
Number Pendaftaran ISBN. Kami ingin membuat satu coffee table book jabatan kami. Bagaimana proses untuk memohon nombor ISBN? Buku ini untuk edaran awam dan antara jabatan. Bukan untuk dijual. Terima kasih.Untuk makluman, nombor Pendaftaran ISBN diperoleh daripada Perpustakaan Negara Malaysia, bukan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain07.11.2015
Assalamualaikum. Apakah proses dan langkah untuk saya menerbitkan buku saya sendiri? Untuk permohonan nombor ISBN, apakah yang perlu saya sediakan dan berapakah jumlah bayaran pendaftaran ISBN yang berkenaan? Terima kasih.Wkm salam wbkt. Proses yang lazim dilalui ialah menilai, menyunting, menyemak dan mencetak buku tersebut. ISBN dikawal oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Oleh itu setiap permohonan untuk mendapatkan ISBN perlulah diajukan kepada pihak PNM.Lain-lain24.11.2012
bagaimana caranya untuk mendapatkan ISBN bagi buku yang sedang dicetak dan untuk dijualISBN dikeluarkan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia. Sdr boleh menghubungi pihak tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain18.04.2011
SAYA MEMPUNYAI SATU PENULISAN BERKAITAN PENDAKWAAN DI BAWAH AKTA KESIHATAN AWAM , BAGAIMANA SAYA HENDAK DAFTAR UNTUK DAPATKAN NOMBOR ISBN. TERIMA KASIHUntuk makluman, nombor Pendaftaran ISBN diperoleh daripada Perpustakaan Negara Malaysia, bukan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehubungan dengan itu, mohon saudara menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.Lain-lain28.02.2017
soalan 1 apakah maksud ISSN yang ada pada setiap muka depan majalah dan bagaimana pula dengan ISBN yang ada pada buku. soalan 2 apakah maksud HAKCIPTA dan penerangan tentang nya. terima kasihISSN ialah International Standard Serial Number, manakala ISBN ialah International Standard Book Number. Hak cipta ialah perlindungan hak intelektual atau produk sesuatu institusi atau individu yang dilindungi undang-undang.Lain-lain05.01.2007
Assalamualaikum, Saya Roslieza dari unit proceding bagi seminar antarabangsa: isu dan cabaran. Bagaimanakah untuk saya dapatkan no ISBN bagi mendapatkan kelulusan untuk membuat proceding online bagi artikal yang telah dikumpulkan. "Fakulti Pengajian Islam Dakwah & Kepimpinan, UKM".Untuk mendapatkan nombor ISBN, sila hubungi Perpustakaan Negara Malaysia.Lain-lain27.05.2015
Saudara/saudari, Saya ingin menerbitkan sebuah buku kesihatan berkaitan dengan urologi. Setakat ini, buku itu telah dikarang, tetapi kita ingin medapatkan nombor ISBN. Dimana dan bagaimanakah nombor ini boleh didaftarkan? Terima kasih atas petunjuk saudara/saudari, Yang Ihklas, TongSoalan saudara kurang jelas namun saya rasa apa yang saudara mahukan ialah dimanakah boleh mendapat Nombor ISBN (International Serial Book Number). Nombor ISBN perlu dimohon kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Jalan Tun Razak dan didaftarkan dengan PNM. Tugas ini selalunya dilakukan oleh Penerbit.Lain-lain13.12.2009
Assalamualaikum... Saya Pn Mazni telah mengeluarkan Buku Agama Panduan Solat dan ingin mendapatkan pengesahan tulisan jawi serta isi kandungan buku tersebut serta No Pendaftaran ISBN. Bagaimana cara dan procedure yang telah ditetapkan oleh DPB bagi pengeluar buku persendirian utk dan utk dipasarkan. Harap pihak DBP dapat memberikan maklumat yg dapat membantu sy menyelesaikan masalah ini. Perhatian dan kerjasama Pihak DBP amat dihargai dan didahului dgn ribuan terima kasih... wassalam Pn Mazni 0126606864

Waalaikummussalam,

Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan khidmat penilaian, penyuntingan dan pemasaran untuk buku yang diterbitkan oleh orang perseorangan atau pihak lain. Nombor ISBN pula dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Kami cadangkan puan  menghubungi pihak Perpustakaan Negara Malaysia untuk maklumat selanjutnya mengenai ISBN.

Lain-lain28.03.2011
Saya mahu menerbitkan karya (novel) dalam format digital. Soalan saya, bagaimana saya boleh melindungi karya saya, mendapatkan kod ISBN. 2. Adakah DBP menyediakan khidmat editing manuskrip dan berapa bayarannya? 3. Adakah DBP ada menyediakan khidmat terjemahan? dari B. Melayu ke B. Inggeris?. Terima kasih

Assalamualaikum, Puan,

Untuk mendapatkan International Standard Book Number (ISBN), puan perlu memohon daripada pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).  Untuk soalan kedua puan, DBP tidak menyediakan khidmat penyuntingan sekiranya buku itu bukan untuk diterbitkan oleh DBP. Walau bagaimanapun, DBP mempunyai editor yang mungkin bersedia untuk membantu puan membuat penyuntingan sebagai tugasan luar (peribadi). Tentang bayaran, puan boleh berbincang dengan individu yang berkenaan. Demikian juga halnya dengan khidmat terjemahan. Fungsi itu sudah diambil alih oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Selain daripada itu, puan boleh berurusan dengan pihak Persatuan Penterjemah Malaysia yang berpejabat di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.

Lain-lain25.04.2014
123

Kembali ke atas