Apakah perbezaan mengenang jasa dan membalas budi? Terima Kasih. | Tiada perbezaan ketara antara mengenang jasa dan membalas budi.Kebiasaannya mengenang jasa selalunya dikaitkan dengan jasa yang telah dibuat oleh seseorang. Manakala membalas budi lebih kepada soal yang berkaitan dengan hati budi seseorang.Misalnya disebabkan oleh kebaikan seseorang seperti membantu orang lain dalam kesusahan yang tidak mengharapkan apa-apa balasan. T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
JASA MU OR JASAMU | Ejaan yang betul ialah jasamu. | Ejaan | 22.10.2009 |
jasa para guru yang mendidik kami selama ini (akan dikenang oleh kami). yang manakah satu betul? kami akan kenang, akan kami kenang, kami akan mengenang, akan dikenang oleh kami | Yang betul ialah 'akan kami kenang'. | Tatabahasa | 06.08.2008 |
tolong terangkan maksud frasa " ucap jasa" dalam ayat di bawah... " ucap jasa bagi pengurniaan ijazah doktor kehormat" | Puan Noris, Perkataan ucap jasa bermaksud kenyataan atau pernyataan rasmi sebagai penghargaan di atas kejayaan atau keberanian seseorang. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah citation. | Makna | 29.03.2010 |
ayat majmuk: i. Kempen Derma Hari Pahlawan akan diadakan. ii. Kempen Derma Hari Pahlawan menghargai jasa perwira negara. a. Kempen Derma Hari Pahlawan akan diadakan untuk menghargai jasa perwira negara. b. Kempen Derma Hari Pahlawan untuk menghargai jasa perwira negara akan diadakan. Jawapan mana satu lebih sesuai atau kedua-dua jawapan boleh diterima. Minta penjelasan, terima kasih. | Kedua-dua jawapan bagi ayat majmuk yang telah diberikan tidak ada kesalahan dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.07.2017 |
Minta jasa baik pihak tuan untuk semak terjemahan ini, High quality products and services through continual improvement (Produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi melalui penambahbaikan yang berterusan) Timely delivery of products and services (Penghantaran produk dan perkhidmatan mengikut masa yang ditetapkan) Sustainability of business practices to meet all the stakeholder requirements (Amalan perniagaan yang mampan untuk memenuhi keperluan semua pemegang taruh) | Terjemahan tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: 1. High quality products and services through continual improvement. Produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui penambahbaikan berterusan. 2. Timely delivery of products and services. Penghantaran produk dan perkhidmatan tepat pada masanya. 3. Sustainability of business practices to meet all the stakeholder requirements. Kelestarian amalan perniagaan untuk memenuhi semua keperluan pihak berkepentingan. Walau bagaimanapun, terjemahan tersebut perlulah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam teks yang dimaksudkan. Untuk pertanyaan yang akan datang, mohon kemukakan satu pertanyaan dalam satu medan soalan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.05.2025 |
Mohon jasa baik DBP dalam penggunaan/kesusaian ayat pada papan tanda komersil daripada penggunaan bahasa Inggeris "Service and Repair" kepada bahasa Melayu. | “Servis dan Repair” boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu kepada “Servis dan Baik Pulih”. Sekiranya ini ialah papan premis, sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kiri visual iklan. Contohnya, Pusat Servis dan Baik Pulih Kenderaan. Untuk kelulusan visual papan iklan atau pengesahan iklan, sila layari https://dbpsahbahasa.my/. Tuan boleh memohon melalui laman tersebut untuk tujuan kelulusan atau pengesahan iklan. | Lain-lain | 13.01.2025 |
Meminta jasa baik dan pendapat dari pihak DBP berkenaan cogan kata (tagline) untuk iklan terbaharu Coca-Cola. 3 cadangan seperti di bawah, untuk rujukan dan semakan pihak DBP. Oleh yang demikian, cogan kata yang manakah paling sesuai untuk digunakan - berdasarkan penggunaan tatabahasa/ bahasa melayu yang betul. 1. Resipi Sebuah Detik Keajaiban 2. Resipi Detik Keajaiban 3. Resipi Keajaiban | Cogan kata atau slogan yang sesuai digunakan mengikut aspek bahasa iklan ialah "Resipi Detik Keajaiban" dan "Resipi Keajaiban". | Tatabahasa | 23.05.2023 |
Minta jasa DBP memadankan istilah senaman berikut ke dalam bahasa Melayu: 'Cross fit', 'High Intensity Interval Training (HIIT)', dan 'Low Intensity Interval Training (LIIT). Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut: 1) Crossfit: Crossfit 2) High Intensity Interval Training (HIIT): latihan berjeda keamatan tinggi (HIIT) 3) Low Intensity Interval Training (LIIT): latihan berjeda keamatan rendah (LIIT) Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 10.04.2022 |
Minta jasa baik dari pihak tuan untuk menyemak (banner) kain rentang seperti yang di lampirkan. terima kasih. | Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun berjaya diaktifkan. Pilih Daftar Permohonan > Daftar Iklan, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan) dan buat bayaran setelah permohonan iklan berjaya didaftarkan. Bagi visual iklan yang dilampirkan, sila buat pembetulan seperti yang berikut: 1. RM2000 - RM2800 2. Termasuk Kerja Lebih Masa dan Insentif 3. HANTARKAN XXX MELALUI: 4. Setiap simbol & perlu dieja penuh, dan atau DAN 5. Jarakkan ejaan TEMU DUGA 6. CUTI TAHUNAN 7. ELAUN SYIF 8. SUBSIDI KANTIN Walau bagaimanapun, pembetulan ini bergantung pada catatan pelanggan yang akan diberikan oleh petugas semakan iklan. | Lain-lain | 19.10.2021 |