saya mahasiswa YIU ingin bertanya bagaimanakah cara membaca pantun yang baik? | Untuk makluman saudara, apabila pantun dibaca atau disampaikan khususnya di hadapan khalayak maka hendaklah diberi perhatian seperti berikut: 1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman) 2. Intonasi dan jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud. 3. Kelancaran ( Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan) | Lain-lain | 14.07.2010 |
saya mahasiswa YIU ingin bertanya ?bagaimanakah bacaan dalam pantun | Untuk makluman saudara, pantun dibaca atau dipersembahkan mengikut gaya masing-masing, tetapi dicadangkan supaya mengikut panduan berikut: 1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun. ( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman). Aksi tersebut tidak boleh berlebihan. 2. Intonasi dan Jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud pantun. 3. Kelancaran. Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan. | Lain-lain | 14.07.2010 |
Makna kata bahasa Melayu berikut: 1. Jeda 2. Moda 3. Koda 4. Langam bahasa Sekian. Terima kasih | jeda: waktu rehat; masa antara dua peristiwa atau tindakan; mod(bukan moda): salah satu pilihan kaedah atau cara pengendalian pemprosesan sistem; kod(bukan koda): tulisan dengan tanda lain-lain yang mempunyai erti nyang tertentu atau yang tersembunyi(rahsia); sistem simbol-simbol untuk menyampaikan maklumat atau arahan kepada komputerlanggam: cara, kaedah, laku,adat kebiasaan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 23.03.2008 |
Apakah maksud fornem suprasegmental bahasa melayu?. dan apakah contoh-contoh tekanan, nada, jeda dan panjang pendek?. | Mrq, soalan ini terlalu fokus kepada soal tatabahasa dan saya tidak dapat memberikan jawapan yang baik. oleh itu saya harap tuan bolehlah menghubungi pegawai yang lebih mahir dan jika dapat bercakap dengan pegawai yang lebih tinggi di DBP rasanya akan terjawablah soalan sdr. | Tatabahasa | 06.12.2007 |
Salam sejahtera, Kita harus menyayangi tempat tinggal kita. Oleh itu, semua penduduk Kota Manis patut menghadiri kempen tersebut, bak kata pepatah muafakat membawa berkat.(selepas bak kata pepatah perlu bubuh tanda koma di belakang sebagai jeda?Sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa tolong betulkan.) Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, selepas frasa "bak kata pepatah", tidak perlu diletakkan tanda koma sebagai jeda. Selain itu, contoh ayat yang diberikan betul. | Tatabahasa | 26.02.2020 |
Saya mahasiswa YIU ingin bertanya,bagaimana cara membacabaca berita yang baik. | Cara membaca berita yang baik ialah pembaca berita perlu menggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, sebutan dan jeda yang betul. | Lain-lain | 14.07.2010 |
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Saya yakin dia akan berjaya. (tanpa tanda koma) 2. Saya yakin, dia akan berjaya. (ada tanda koma) Jika ya, apa bezanya? | Tidak perlu tanda koma dalam ayat tanya tersebut. Jeda (berhenti sebentar) hanya wujud dalam sebutan, tidak pada tulisan. | Tatabahasa | 14.10.2017 |
Salam sejahtera. Ayat yang manakah yang mempunyai penggunaan tanda koma yang betul? 1) Awak dah makankah belum? 2) Awak dah makankah, belum? 1) Adik nak ikut kakak tak? 2) Adik nak ikut kakak, tak? | Tidak perlu tanda koma dalam ayat tanya tersebut. Jeda (berhenti sebentar) hanya wujud dalam sebutan, tidak pada tulisan. | Tatabahasa | 29.10.2016 |
Apakah padanan yang sesuai untuk bridge yang merujuk kepada Lyrically, the bridge is typically used to pause and reflect on the earlier portions of the song or to prepare the listener for the climax. Jambatan lagu? Terima kasih | Tiada makna khusus bagi bridge dalam konteks berkenaan. Berdasarkan pemahaman kami, bridge dalam situasi tersebut seolah-olah jeda bagi rangkap seterusnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2017 |
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 2. (muka surat 78) Betulkan kesalahan ejaan dan tanda baca. 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang kemudian disangkutkan ke bahu. (perlu betulkan apa-apa tanda baca lagi?) | Selamat tengah hari. Berdasarkan ayat tersebut, oleh sebab ayat terlalu panjang, dicadangkan tuan/puan memasukkan tanda koma selepas perkataan pinggang untuk memberikan jeda pada ayat. Terima kasih. | Lain-lain | 23.05.2012 |