Assalamualaikum dan salam seahtera, Saya ingin bertanya, apakah perbezaan bagi perkataan 'jendela' dan 'tingkap'? Bolehkah perkataan 'jendela' digunakan bagi merujuk tingkap kereta? Contoh ayat: Melalui jendela kereta yang terbuka, Lina menikmati pemandangan indah di luar keretanya. | Mengikut Kamus Dewan, jendela diberikan makna tingkap dan entri tingkap diberikan makna jendela. Maka penggunaan kedua-duanya boleh saling bertukar ganti. | Makna | 15.04.2014 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah perbezaan maksud bagi perkataan 'jendela' dan 'tingkap'? Bolehkah perkataan 'jendela' digunakan untuk merujuk kepada 'tingkap' kereta? Contoh ayat: Melalui jendela kereta yang terbuka, Lina menikmati pemandangan indah di luar. | Mengikut Kamus Dewan, jendela diberikan makna tingkap dan entri tingkap diberikan makna jendela. Maka penggunaan kedua-duanya boleh saling bertukar ganti. | Makna | 15.04.2014 |
Sang Asura Sep 12th, 5:24pm Salam. Mana boleh saya dapatkan novel Totto-Chan: Gadis Kecil Di Jendela? | Salam. Saudara boleh bertanya sekali lagi di Kedai Buku Koperasi DBP melalui talian 03-2147 9636/2147 9680. Terima kasih. | Lain-lain | 12.09.2014 |
Assalamualaikum, saya nak tanya apa istilah untuk "Double Hung Window"? | Cadangan bagi istilah "double hung window" ialah "jendela angkat berkembar". | Penyemakan dan penterjemahan | 21.10.2015 |
Assalamualaikum, Saya bercadang menerbitkan Kumpulan Puisi yang pernah tersiar di dalam akhbar dan majalah termasuk akhbar Berita Minggu,Mingguan Malaysia, Harian Ekspres Sabah, News Sabah Times, Jendela Selatan dan Majalan Dewan Sastera,Pelita Bahasa, Dewan Tamadun Islam dan Dewan Budaya. 2. Persoalannya: Siapakah pegawai Dewan Bahasa Pustaka yang boleh saya hubungi. Pohon pihak tuan dapat menyertakan alamat emel dan nombor telefon yang memudah saya hubungi. Sekian.Terima Kasih. ISMAIL BIN HASHIM 013-2279930 | Assalamualaikum Tuan Ismail Hashim Berhubung pertanyaan tuan bagaimana untuk menerbitkan buku puisi, saya mencadangkan tuan menghubungi Bahagian Buku Sastera atau Bahagian Majalah. Tuan boleh berurusan dengan Hajah Zaiton Ismail, Ketua Editor Bhg. Buku Sastera (03-21479697) atau melalui e-mel (zaiton3@dbp.gov.my) dan Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bhg. Majalah (03-21479449) atau melalui e-mel (azmi@dbp.gov.my). Pihak kami mengalu-alukan hasrat tuan untuk menerbitkan buku puisi dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Lain-lain | 02.05.2018 |
Perkataan jejari bolehkah digunakan untuk jejari tangan? | Jejari tidak boleh digunakan untuk jejari tangan. Jejari ialah 1. jari-jari kisi-kisi pada pintu atau pada jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu yang dipasang dari pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dari pusat bulatan ke lilitannya. Bagi menggandakan perkataan jari yang menunjukkan banyak jari, jari-jemari boleh digunakan. | Tatabahasa | 10.05.2013 |
1. Pepohon buluh? 2. Jejari tingkap itu sudah berpaku. (adakah ayat ini betul?) | Pepohon bermakna pohon-pohon. Ayat jejari tingkap itu sudah berpaku adalah betul. Jejari bermasud kisi-kisi pada jendela. | Lain-lain | 22.07.2014 |
Salam 55 Tahun Kemerdekaan Malaysia, 1. Terjemahan LCD dalam bahasa Melayu, apa? 2. Adakah pihak DBP ada menerbitkan buku tentang Kesantunan Bahasa? 3. Ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa perkataan MAHU dan HENDAK sama sahaja. Pandangan tuan? 4. Mengapakah frasa 'Kita semua' ... dikatakan lewah? Contohnya: BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA KITA SEMUA! 5. Tema GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA NADI JATI DIRI BANGSA dikatakan tidak gramatis. Pandangan tuan? 6. Ungkapan JENDELA BAHASA gramatis atau tidak sekiranya dijadikan judul program bahasa di sekolah? 7. Beza kain rentang, banner, sepanduk dan gegantung? Terima kasih. | 1. Padanan bahasa Melayu untuk "liquid crystal display (LCD)" ialah paparan hablur cecair (LCD) 2. Buku yang diterbitkan oleh DBP ialah Santun Berbahasa oleh Dr. Awang Sariyan dan Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar. 3. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan. 4. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kita bermaksud kata ganti diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), saya dan kamu semua. Oleh itu, perkataan 'semua' dalam 'kita semua' tidak perlu digunakan kerana perkataan kita telah merangkumi maksud semua. 5. Pada pandangan kami, tema yang lebih baik ialah GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA JATI DIRI BANGSA 6. Pada pandangan kami, penggunaan JENDELA BAHASA tidak jelas maksudnya. Kami tidak dapat memahami apakah yang ingin diketengahkan dengan ungkapan tersebut? Walau bagaimanapun, pihak puan boleh menggunakan ungkapan tersebut sekiranya pihak puan telah mempunyai konsep yang khusus mengenainya. 7. Sepanduk dan kain rentang ialah padanan bahasa Melayu untuk banner. Gegantung ialah padanan bahasa Melayu untuk bunting. | Istilah | 31.08.2012 |
Boleh saya dapatkan istilah ini dalam bahasa melayu yang tepat? 1 door lock 2 spare tire bracket 3 lorry wooden body 4 lorry body part 5 door holder 6 ventilation plate 7 nylon bush 8 lashing ring 9 fastener 10 cargo truck 11 partition hanger 12 aluminium edge 13 corner engle 14 cargo belt 15 rubber stopper 16 door seal 17 mud flap 18 door hinge seal 19 curtainsider tensioner 20 roller shutter 21 lorry steel body 22 lorry box van body 23 handle lock 24 handle 25 lock 26 oil tank cover 27 gas spring absorber 28 aluminium profile 29 awning 30 LED room lamp 31 LED pilot lamp 32 LED side lamp 33 LED tail lamp. Saya cuba menterjemahkan tetapi dibimbangi terjemahan itu salah. diharapkan pihak DPB dapat membantu untuk tugasan saya di tempat kerja. Terima kasih. | Istilah yang tepat mengikut bidang kejuruteraan adalah seperti berikut: 1. door lock = kunci pintu 2. spare tire bracket = pendakap tayar simpanan 3. lorry wooden body = badan kayu lori 4. lorry body part = bahagian badan lori 5. door holder = pemegang pintu 6. ventilation plate = plat pengalihudaraan 7. nylon bush = sesendal nilon 8. lashing ring = gegelang pengikat/cecincin pengikat 9. fastener = pengetat 10. cargo truck = trak kargo 11. partition hanger = penyangkut pembahagi 12. aluminium edge = pinggir aluminium/ tepi aluminium 13. corner angle = sudut/penjuru/bucu 14. cargo belt = tali pengikat kargo/sawat kargo 15. rubber stopper = penahan getah 16 door seal = penutup pintu 17. mud flap = penahan lumpur 18. door hinge seal = penutup engsel pintu 19. curtainsider tensioner = penegang penutup 20. roller shutter = penutup jendela gulung 21. lorry steel body = badan besi lori 22. lorry box van body = peti lori bersaiz van 23. handle lock = kunci pemegang 24. handle = pemegang 25. lock = kunci 26. oil tank cover = penutup tangki minyak 27. gas spring absorber = penyerap spring bergas 28. aluminium profile = profil aluminium 29. awning = sengkuap 30. LED room lamp = lampu bilik LED 31. LED pilot lamp = lampu panduan LED 32. LED side lamp = lampu sisi LED 33. LED tail lamp = lampu belakang LED | Istilah | 19.12.2019 |