Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jw


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera! Saya difahamkan bahawa kependekan seperti IB, Id, Jk & Jw bermakna perkataan yang tertera di kamus adalah bahasa Indonesia. Adakah perkataan-perkataan ini dianggap sudah diterima di dalam tatabahasa bahasa Melayu atau masih dikategorikan sebagai bahasa Indonesia? Terima kasih!Perkataan berlabel IB, Id, Jk, Jw, bp tidak digunakan dalam konteks rasmi seperti dalam urusan kerajaan dan pendidikan. Kamus merakamkan penggunaan kata dalam kalangan masyarakat dan memberikan makna yang sepadan untuk pengetahuan pengguna. Untuk menggunakan perkataan yang baik dan betul khususnya dari aspek pembentukan kata hendaklah merujuk buku Tatabahasa Dewan.Lain-lain13.08.2020
Salam sejahtera, kata "gawai" ditandakan sebagai "Jw" (Jawa) yang bermaksud kerja atau tugas. Kamus Besar Bahasa Indonesia juga menerima kata "gawai" sebagai padanan kata bagi "gadget". Namun, bahasa Melayu hanya menggunakan kata "alat" sebagai padanan "gadget". Peminjaman bahasa serumpun merupakan antara proses yang diambil kira untuk menghasilkan sebuah istilah. Adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan membuat pertimbangan untuk menerima kata "gawai" sebagai padanan kata "gadget"? Sekian, terima kasih.Terima kasih atas maklumat yang tuan berikan. Hal peristilahan ditangani oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. Oleh itu, pembinaan sesuatu istilah diuruskan oleh bahagian berkenaan. Kami panjangkan maklumat ini kepada bahagian berkenaan untuk tindakan sewajarnya.Istilah05.06.2020
Salam sejahtera. Berdasarkan Kamus Dewan, barong ditakrifkan sebagai Jw sj tarian yg penarinya memakai topeng binatang. Walau bagaimanapun, dalam buku teks Bahasa melayu muka surat 221, baris terakhir cerpen: Petugas di barong SPR menunjukkan isyarat masih sempat kepada Fazrin. Ternyata barong tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Apakah perkataan yang sepatutnya?Perkataan barong pada ayat yang dinyatakan boleh digantikan dengan pondok atau reruai.Istilah01.10.2020
INGIN TAHU ERTI BELASUNGKAWABelasungkawa: Jw pernyataan turut berdukacita, (ucapan) takziah: ia banyak menerima surat ~ akan kematian anaknya itu.Makna14.08.2009
apakah maksud wadah paling berkesan?wadah 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ utk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat; ada orang melihatnya berfungsi sbg ~ pengiklanan, medan propaganda, suatu saluran utk menyampaikan informasi, dan bermacam-macam lagi , mungkin makna yang saudara maksudkan maksud yang kedua, iaitu sebagai asas/alat/medan yang paling berkesan.Makna16.10.2007
Kondangan berasal dari Bahasa Jawa. Tolong entri Kondangan ditandai sebagai Bahasa Jawa (Jw)Terima kasih atas maklumat ini. Pihak DBP akan menjalankan penelitian bagi kata ini,  yang asalnya berlabel JK (Jakarta).Lain-lain27.04.2023
maksud perkataan ulumMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata alum bermaksud 1. layu (Jw)2. sejenis garam sulfat berganda bagi natrium dan kalium(digunakan untuk membuat samak, bahan ubat,dll.),tawas.Makna17.01.2008
Lema *merang dalam Kamus Dewan IV hanya mentakrifkannya sebagai *merah merang/*merah sungguh. Maksud kedua sebagai *Jw *tangkai padi yang sudah kering. Serangkap pantun dalam "Kurik Kundi Merah Saga" bawah tema *Budi berbunyi begini: Banayk saya menabur padi, padi habis dimakan *merang; banyak saya menabur budi, budi tidak dipandang orang. Saya yakin *merang yang dimaksudkan itu iadalah juga *memerang. Soalannya bolehkan *merang diterima sebagai lema *merang juga?Kami tidak dapat mengesahkan andaian makna merang dalam pantun yang tuan berikan sebagai memerang. Makna merang yang terdapat dalam kamus berdasarkan maklumat data korpus. Memerang (binatang) dalam kamus bersinonim dengan anjing air dan berang-berang.Makna07.12.2025
apakah maksud 'juragan'Maksud juragan merujuk Kamus Dewan 1. nakhoda (kadang-kadang juga pemilik kapal); 2. (Sunda) tuan, puan; 3. Jw pengusaha (terutama batik).Makna12.12.2006
1.Apakah makna perkataan Pering ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pering bermaksud 1. berbau busuk (spt bau air kencing), haring, hancing. 2. Jw ark buluh; Contoh ayat, pering petung (betung) buluh betung.Makna21.02.2010
12

Kembali ke atas