Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kadang
Kata Terbitan : kadang-kadang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kadangkala, kadang kala, kadang-kala yang manakah betul?kadangkalaEjaan30.10.2014
Adakah perkataan "kadang kala" boleh diletakkan di pangkal ayat? Kadang kala kita berasa sedih tanpa sebarang sebabYa, perkataan kadangkala (satu perkataan) boleh juga digunakan pada pangkal ayat.Tatabahasa08.08.2019
Bagi perkataan yang berakhir dengan -isme, bilakah kita perlu menghurufbesarkannya? Contoh: Konfusianisme Dalam sistem prpm, kadang kala dimulakan dengan huruf besar, kadang kala ia dimulakan dengan huruf kecil, bergantung kepada kamus yang berlainan.Ejaan yang betul ialah konfusianisme sama seperti komunisme, nasionalisme dan sebagainya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Ejaan21.06.2012
kadang kala atau kadangkalakadangkalaEjaan14.09.2011
Salam dan terima kasih kerana membantu. Istilah "dependent locality" merujuk kepada sesuatu nama bandar kecil atau kampung yang kadang kala dimasukkan dalam alamat apabila tempat penghantaran berada di luar sempadan bandar pos utama yang digunakan bagi tujuan pos. Manakala istilah "double dependent locality" pula merujuk kepada sesuatu taman perniagaan, kawasan perindustrian atau perkampungan desa yang lebih kecil daripada "dependent locality", yang kadang kala dimasukkan dalam alamat. Apakah istilah yang sesuai untuk "dependent locality" dan "double dependent locality"? Bolehkah "kawasan sandaran" dan "kawasan sandaran berganda" masing-masing diterima? Sekali lagi, terima kasih.

Istilah “dependent locality” dan “double dependent locality” secara teorinya tidak dilaksanakan di Malaysia. Oleh sebab itu, padanan yang sesuai dan paling hampir menepati konsep ini ialah istilah di alamat. Namun, kini konsep ini jarang digunakan dalam sistem penghantaran melalui pos.

Istilah18.12.2019
kadangkala atau kadang kalakadangkalaEjaan07.06.2013
Ketepatan penggunaan penanda wacana dalam karangan/esei kadang kala mengelirukan. Mohon jasa baik DBP memberikan panduan. tk.

Saudara,

Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Hj. Omar.  

Lain-lain04.11.2009
Yang mana satu betul? 1. anti-lelaki/ anti lelaki/ antilelaki 2. kadangkala/kadang kala 3. rumah tangga/ rummahtangga 4. aruah/arwah 5. saudaramara/saudara mara/ saudara-mara 6. ramah tamah/ ramah-tamah/ramahtamah 7. seringkali/sering kali 8. tanahair/tanah air 9. pasaraya/ pasar raya 10. tengah hari/ tengahari 11. perkapita/ per kapita 12. hubungkait/hubung kait1. antilelaki
2. kadangkala
3. rumah tangga
4. arwah
5. saudara-mara
6. ramah-tamah
7. sering kali
8. tanah air
9. pasar raya
10. tengah hari
1. per kapita
12. hubung kait
Ejaan07.08.2014
temuduga atau temu duga soalselidik atau soal selidik masakini atau masa kini kadang kala atau kadangkala ubahsuai atau ubah suai acapkali atau acap kaliJawapan yang betul ialah:
1. temu duga
2. soal selidik
3. masa kini
4. kadangkala
5. ubah suai
6. acap kali
Ejaan05.04.2013
Salam Sejahtera, Saya mengalami kekeliruan berhubung penggunaan imbuhan meN...i dengan imbuhan meN...kan. Kadang-kala saya faham penggunaannya dalam ayat namun menghadapi masalah untuk menjelaskan kepada para murid. Harap dapat memberi penjelasan berhubung perkara ini. Terima kasih.

Apitan meN...i  biasanya diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali.  Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191 - 207. 

Tatabahasa16.08.2010
123

Kembali ke atas