Saya ingin membuka sebuah restoran dan ingin menamakannya 'SS Banana Cafe'. Selepas mendaftar di SSM saya diminta untuk ke DBP. Setelah menghantar borang saya terima satu pembetulan iaitu perkataan 'Cafe' perlu ditukarkan kepada 'Kafe'. Setahu saya Kafe adalah perkataan bahasa Malaysia, dan bila ia digabungkan 'Banana' dan 'Kafe' ia seperti bahasa rojak. Saya sangat kecewa kerana ia perlu ditukarkan. Jadi masalah saya sekarang, adakah penggunaan huruf C itu salah dan perlu ditukarkan kepada K dek kerana kemunduran saya dalam bahasa Inggeris pada nama restoran itu. Terima Kasih. | Jika perniagaan saudara telah didaftarkan di SSM sebagai SS Banana Cafe, tidak ada lagi pembetulan yang boleh dibuat. Namun apabila saudara memohon lesen iklan dengan pihak berkuasa tempatan, keterangan aktiviti - KAFE (di bahagian atas) dan di bahagian bawahnya nama perniagaan - SS Banana Cafe. Tidak timbul isu bahasa rojak di sini kerana kata Cafe diberi padanan Kafe dalam bahasa Melayu. | Istilah | 01.02.2012 |
a) Siti suka minum kopi di rumah. b) Siti suka minum kopi di kafe. (atau) Ayat majmuk: 1. Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe. 2. Siti suka minum kopi di rumah atau kafe. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe?" Dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau, kata sendi nama pada unsur kedua, secara pilihan, boleh digugurkan. Bagaimanapun, kata sendi nama pada unsur yang kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke dan ke. | Tatabahasa | 09.10.2013 |
UNTUK KEDAI KAFE DALAM BAHASA YANG BETUL IALAH APA? | Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 08.08.2019 |
D WAN KAFE | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan. | Lain-lain | 10.04.2017 |
Penggunaan frasa kafe siber. Betul atau salah. | Frasa "kafe siber" adalah betul. | Tatabahasa | 23.05.2011 |
Tuan , berfoya-foya di pusat kafe siber Boleh bermaksud berpelisiran di pusat kafe siber? | Berfoya-foya dan berpelesiran mempunyai maksud yang sama, iaitu bersuka-suka. | Tatabahasa | 28.05.2015 |
Pertanyaan mengenai penggunaan perkataan "ESTABLISHED" di dalam papan tanda kafe | Mohon dibuat dwibahasa SEJAK/ESTABLISHED 2015. Iklan tersebut juga perlu diletakkan keterangan perniagaan di bahagian atas sebelah kiri, KAFE. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.08.2015 |
Gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi ayat majmuk. 1)Ayesha berjoging pada waktu pagi. Ayesha berjoging pada waktu petang.(atau) Jawapan: 2)Ibu minum teh di rumah. Ibu minum teh di kafe.(atau) Jawapan: | 1) Ayesha berjoging pada waktu pagi dan petang. 2) Ibu minum teh di rumah dan di kafe. | Tatabahasa | 04.04.2013 |
Gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi ayat majmuk. 1)Ayesha berjoging pada waktu pagi. Ayesha berjoging pada waktu petang.(atau) Jawapan: a)Ayesha berjoging pada waktu pagi atau petang. b)Ayesha berjoging pada waktu pagi atau pada waktu petang. Jawapan yang mana satu betul? 2)Ibu minum teh di rumah. Ibu minum teh di kafe.(atau) Jawapan: a)Ibu minum teh di rumah atau di kafe. b)Ibu minum teh di rumah atau kafe. Jawapan di atas yang mana satu betul? | Dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau, kata sendi nama pada unsur kedua, secara pilihan, boleh digugurkan. Bagaimanapun, kata sendi nama pada unsur yang kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke. Oleh itu, kesemua ayat contoh yang diberi adalah betul, Ayesha berjoging pada waktu pagi atau petang/Ayesha berjoging pada waktu pagi atau pada waktu petang serta Ibu minum teh di rumah atau kafe/Ibu minum teh di rumah atau di kafe. | Tatabahasa | 05.04.2013 |
Gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi ayat majmuk. 1)Ayesha berjoging pada waktu pagi. Ayesha berjoging pada waktu petang.(atau) Jawapan: 2)Ibu minum teh di rumah. Ibu minum teh di kafe.(atau) Jawapan: | 1) Ayesha berjoging pada waktu pagi dan petang. 2) Ibu minum teh di rumah dan di kafe. | Tatabahasa | 03.04.2013 |