| Salam sejahtera. Adakah ayat dasar yang menerima kata tugas (selain Kata Sendi Nama) tetap digelar sebagai ayat dasar? | Jawapannya tidak. Ayat dasar yang menerima kata tugas dikategorikan sebagai ayat tunggal. Ayat tunggal mempunyai satu subjek dan satu predikat, tetapi boleh mengandungi unsur tambahan (kata tugas). Ayat yang boleh menerima kata tugas tetap dikira satu klausa walaupun ada tambahan kata penguat atau kata bantu. Contoh: Ibu sedang tidur. (Ayat ini ialah ayat tunggal dan bukan lagi ayat dasar kerana kehadiran kata tugas, iaitu kata bantu aspek "sedang".) Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 437-440 untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 19.03.2026 |
| "pada" ialah kata tugas dan dalam prpm "semua" juga tergolong dalam kata tugas. Saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan kata tugas dalam "pada semua" | Kata sendi "pada" dalam digunakan dalam ungkapan ada+ pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Manakala, "semua" merujuk kata bilangan. | Lain-lain | 28.06.2018 |
| kata tugas | Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 91 - 93. | Tatabahasa | 18.03.2010 |
| assalamualaikum, saya ingin bertanya samada penggunaan 'dek' dibolehkan dalam penulisan sesebuah karangan. seperti yang kita ketahui, dek berfungsi sebagai kata tugas. | Dek ialah kata tugas dan bersinonim dengan oleh kerana, sebab, lantaran. | Tatabahasa | 28.05.2010 |
| Saya Thiti Manlee , ingin bertanya apakah Kata tugas dan kata hubung. Terima kasih wassalam. | Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Kata hubung ialah perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. | Lain-lain | 16.11.2015 |
| Sering dan selalu digolongan kata tugas, oleh sebab kata tugas mengandungi pelbagai jenis kata, saya pohon tuan nyatakan 'sering dan selalu' termasuk dalam jenis kata yana mana satu. Terima karih | Sering dan selalu dikategorikan dalam kata bantu yang hadir sebelum frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 258. | Tatabahasa | 29.04.2010 |
| salam. bolehkah pihak tuan menyatakan definisi dan konsep kata tugas dengan memberikan pendapat beberapa ahli bahasa? | Salam Cikgu Zaiton. Pihak kami menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai sumber rujukan utama mengenai tatabahasa bahasa Melayu. Sekiranya pihak puan ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan konsep kata tugas yang dikemukakan oleh ahli bahasa yang lain puan, bolehlah merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir. Namun begitu, di sini saya terangkan sedikit mengenai konsep kata tugas. Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 91 - 93. | Tatabahasa | 23.09.2012 |
| salam sejahtera... saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang kata tugas dalam bahasa melayu. mohon bantuan | Saudari Zirah, Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 91 - 93. | Tatabahasa | 23.09.2012 |
| SALAM...Saya berhajar sangat untuk mendapatkan maklumat untuk menyiapkan tugasan saya sebagai plajar PJJ... SOALAN TUGASAN: BERIKAN DEFINISI DAN KONSEP KATA TUGAS BERPANDUKAN LIMA ORANG AHLI BAHASA/AKADEMIK. BOLEHKAH PIHAK TUAN MEMBERIKAN 5 ORG AHLI BAHASA TERSEBUT UTK MENGHURAIKAN MAKSUD KATA TUGAS. TERIMA KASIH. | Untuk melihat pendapat ahli bahasa tentang sesuatu konsep, maka rujuklah buku yang dikarangnya. Contohnya buku Tatabahasa Dewan disusun oleh empat orang tokoh bahasa, iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Dr. Farid Onn, Prof. Dr. Hashim Haji Musa dan Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. Buku Nahu Mutakhir dikarang oleh Prof. Emeritus. Dato' Dr. Asmah Haji Omar. Saudara boleh melihat persamaan dan perbezaan antara tokoh-tokoh bahasa tersebut dan perlu diingat penyusun buku Tatabahasa Dewan bersetuju dengan konsep tatabahasa yang dijadikan pegangan oleh kebanyakan ahli bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan saudara boleh rujuk buku karya tokoh bahasa yang lain juga. | Tatabahasa | 01.10.2012 |
| salam sejahtera. Apakah golongan kata bagi kata 'iaitu' Adakah kata ini termasuk dalam golongan kata tugas? Sekiranya berada dalam golongan kata tugas, apakah kelompok kata ini? | "Iaitu" ialah kata hubung pancangan keterangan, berfungsi menghubungkan klausa keterangan pada klausa utama. | Tatabahasa | 10.05.2012 |