Salam. Saya ingin bertanya, frasa mana yang betul: 1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia 2. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia 3. Ke bawah Duli Yang Maha Mulia 4. Ke bawah Duli yang Maha Mulia Sekian. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia" | Ejaan | 15.12.2016 |
Salam. Mohon bantuan. Dalam sebuah novel yang telah saya baca, ada penggunaan perkataan 'Kebawah Duli' dan 'ke bawah duli'. ia digunakan dalam dialog dan naratif. mana yang tepat, Kebawah Duli atau ke bawah duli? sekian, terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah ke bawah duli | Lain-lain | 17.01.2011 |
Adakah benar perkataan terkebawah terbentuk daripada ter + ke bawah? Jika benar mengapakah ike bawah dieja bercantum? | ke bawah : dieja berasingan kerana ia menunjukkan arah . terkebawah: dieja bercantum kerana ia menujukkan kedudukan. | Ejaan | 22.04.2014 |
maksud lentok, lentik, pacak, dan cacak | Lentok: terkulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb) Lentik: melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd hujungnya (haluan perahu dll); Pacak: sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pancang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll); Cacak: tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Makna | 17.04.2009 |
Buah durian jatuh pada waktu malam. munsyi, adakah jatuh salah dalam ayat ini memandangkan jatuh bermaksud 1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh TQ | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jatuh bermaksud turun ke bawah dengan cepat (berkenaan buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh. Gugur bermaksud jatuh dari pohon (tentang buah, daun dsb. jatuh dari pohon (tentang buah, daun dsb; luruh. Luruh pula bermaksud gugur kerana sudah masak (buah-buahan). Berdasarkan maksud yang diberikan, penggunaan perkataan 'jatuh' tidak salah. Walau bagaimanapun, 'jatuh' dan 'gugur' tidak merujuk kepada buah yang telah masak, sementara 'luruh' merujuk kepada buah yang sudah masak. | Makna | 07.02.2012 |
Saya ingin bertanya kesahihan maksud perkataan di bawah yang asalnya dipinjam dari bahasa Sanskrit: 1- Patik = anak anjing 2- Duli Yang Maha Mulia = Debu Pada Kaki Raja Yang Mulia 3- Suami = Tuhan 4- Paduka = Sepatu/Kasut 5- Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia = Ke Bawah Debu di Kaki Yang Maha Mulia. Pada pandangan saya, istilah ini tidak harus digunakan lagi kerana menggambarkan sistem penghambaan masih diamalkan apabila berbicara dengan golongan Raja??(Raja juga orang biasa bukan..) | Untuk mendapatkan makna yang betul bagi perkataan tersebut saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Kami mengucapkan terima kasih atas pandangan saudara tentang makna perkataan berkenaan. | Lain-lain | 10.12.2008 |
CUCUR bermaksud? | Cucur ialah aliran ke bawah (air) atau kuih yang diperbuat daripada tepung dan lain-lain yang digoreng. | Makna | 27.04.2009 |
Tuan, Soalan saya berkenaan kata mengadap (seperti mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia). Apakah kata dasarnya, adakah adap? Atau penggunaannya yang betul ialah menghadap? Terima kasih. | Kata terbitan yang betul ialah menghadap iaitu datang menemui raja atau orang besar-besar. Kata dasar hadap dan menerima awalan meN-. | Tatabahasa | 29.12.2011 |
salam.saya ada beberapa soalan. apakah sinonim bagi yang berkaitan : 1.ais tirus yang tergantung ke bawah-> _,_,_,_,_,_ 2.kaum ->_,_,_,_,_,_ 3.awan berarak ->_,_,_,_,_,_,_ 4.berjalan membongkok ->_,_,_,_,_ 5.kisah perjalanan ->_,_,_,_,_,_,_,_ terima kasih. | Kami tidak menyediakan perkhidmatan untuk melayani soalan berbentuk teka kata. Untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan sila rumuk laman web kami. | Lain-lain | 04.01.2013 |
saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah untuk negeri Johor sahaja. saya sedang membuat kajian mengenai salasilah keluarga di Johor dan saya perlu tau nama panggilan tersebut. terima kasih. | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Untuk melengkapkan kajian puan sila rujuk buku yang berkaitan dengan sosiobudaya. | Lain-lain | 12.11.2012 |