apakah makna dan maksud serta pengertian dia antara pentadbiran dan pengurusan?.Apakah perbezaan dan persamaan di antara keduanya?Antara keduanya mana yang lebih luas pengertian dan skop tugas kedua perkara tersebut. | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, pentadbiran ditakrifkan sebagai perbuatan mentadbirkan, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan. Manakala pengurusan ialah perihal (kerja dan sebagainya) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll). Daripada takrifan dari segi bahasa, kedua-duanya mempunyai makna yang hampir sama. Dalam Glosari Korporat terbitan DBP, pengurusan ialah proses atau bentuk kerja yang menggunakan segala sumber ekonomi dan manusia untuk menyiapkan sesutau kerja yang diharapkan. Untuk memahami dengan jelas konsep secara terperinci, tuan boleh merujuk bahan rujukan yang membincangkan pentadbiran dan pengurusan dalam bidang sosiologi. | Makna | 19.03.2014 |
Apakah terjemahan untuk liquor dan spirit? Apakah perbezaan antara keduanya? | Dalam pangkalan data DBP, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "liquor", iaitu likuor, arak, minuman keras dan cecair. Padanan bahasa Melayu untuk "spirit" ialah spirit. Dalam bidang Farmasi, maksud yang diberikan untuk "spirit" ialah larutan alkohol atau hidroalkohol suatu bahan mudah meruap. Contohnya, spirit kamfor dan spirit ammonia aromatik. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, spirit bermaksud cairan yang mengandungi alkohol yang mudah menyejat atau terbakar. Dalam bidang Biologi, maksud likuor ialah 1. Cecair yang digunakan atau yang dihasilkan daripada beberapa proses. 2. Minuman alkohol yang diminum sedikit selepas makan. Oleh itu, padanan bahasa Melayunya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 08.06.2016 |
1. Apakah definisi polisemi dan homonimi?Bagaimana hendak membezakan keduanya? 2. Apakah definisi sinonim?Berikan contoh kata sinonim yang bukan sinonim dan apakah maksudnya? | Polisemi ialah sesuatu bentuk kata, ungkapan, dan sebagainya yang mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain. Contoh perkataan ialah kepala yang boleh merujuk kepada orang, ketua samseng dan kepala kain sarung. Manakala makna homonimi pula ialah penggunaan sesuatu nama yang sebelum itu pernah digunakan dalam pengelasan, dan oleh yang demikian tidak sesuai digunakan. Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas. | Makna | 12.05.2009 |
DIANTARA DUA PERKATAAN TERSEBUT , YANG MANAKAH BETUL UNTUK DIGUNAPAKAI KERANA KEDUANYA MEMPUNYAI MAKSUD YANG SAMA: 1.HARTA TANAH ATAU HARTANAH 2. JURU UKUR ATAU JURUUKUR MOHON MAKLUM BALAS DAN KOMEN YA. TERIMA KASIH | Perkataan hartanah dan harta Tanah kedua-duanya boleh digunakan untuk maksud yang sama. JURUUKUR ialah ejaan yang betul. Terima kasih. | Istilah | 08.08.2017 |
Salam sejahtera, kenapa kata "anjing" disebut sebagai "jeng" bagi suku kata keduanya dan bukan disebut sebagai "jing"? Adakah disebabkan faktor fonologi tertentu yang menjadikan sebutan sedemikian? Terima kasih. | Sebutan yang betul ialah [an.jing]. Tuan boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi untuk rujukan. Lazimnya perbezaan sebutan dipengaruhi dialek dan kebiasaan sebutan yang digunakan seharian. | Tatabahasa | 27.11.2019 |
Imbuhan 'MeN..i/kan' amat mengelirukan.Apakah formula terbaik nak bezakan keduanya? Apa beza..1.memberi/kan 2menjauhi/kan 3.menjahit/kan 4.menemui/kan?TQVM | Apitan meN...i diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191. Awalan kata kerja meN-... mendukung maksud melakukan sesuatu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan. Topik ini dibincangkan dengan panjang lebar dalam halaman 158-160. Untuk melihat perbezaan makna antara kata terbitan dengan awam meN-... dan kata kerja meN-...kan rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
assalamualaikum.saya ingin bertanyakan tentang maksud sebenar bumiputera dan pribumi?adakah keduanya membawa maksud yang sama?ada yang mengatakan pribumi bermaksud mereka yang lahir di malaysia tanpa mengira bangsa dan agama manakala bumiputera bermaksud orang melayu dan penduduk sabah dan sarawak?benarkah?tolong sahkan perkara ini..terima kasih... | Kamus Dewan memberi makna secara umum, bumiputera sama maksudnya dengan peribumi iaitu merujuk anak negeri atau penduduk asli. Untuk maklumat yang lebih terperinci tentan kedua-dua perkataan tersebut sila rujuk buku atau pakar dalam bidang antropologi. | Makna | 21.11.2009 |
Saya ingin bertanya tentang perbezaan antara kertas CADANGAN program dan kertas KERJA program. Adakah keduanya mengandungi maklumat yg sama atau ada perbezaan dlm kandungan tersebut..? | Sebelum menjawab soalan, kami kemukakan maksud "cadangan" dan "kerja"untuk rujukan tuan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "cadangan" bermaksud sesuatu yang dicadangkan, anjuran, usul, saranan manakala "kerja" bererti usaha (kegiatan, urusan) yang bertujuan untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan) sesuatu. Secara umumnya, kertas cadangan program dan kertas kerja program merujuk kepada benda yang sama iaitu kertas kerja (makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu). Justeru, tiada perbezaan yang ketara dalam kandungan kedua-dua bahan ini. | Makna | 11.03.2018 |
penggunaan BARU dan BAHARU? mana yang betul penggunaannya pada masa kini(terkini)? perbezaaan antara keduanya | Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanpun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "dia baru sampai dari kampung" dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "buku Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu". Untuk penggunaan umum, tuan boleh mengambil makna daripada kamus, namun jika untuk tujuan pembelajaran di sekolah, perlulah mematuhi rumus dalam buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 30.01.2014 |
DBP yg dihormati, apakah perbezaan di antara 'hingga' dan 'sehingga'. Perbezaan dari segi penggunaan keduanya. Terima kasih sekali lagi. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat hingga membawa pelabagi maksud, iaitu : 1. garis yang terakhir, batas; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll); dan makna terakhir 3. hingga = sehingga, hinggakan, sehinggakan iaitu sampai pada keadaan. Oleh itu, hingga dan sehingga sama sahaja penggunaannya. | Tatabahasa | 21.05.2010 |