As salamualaikom & selamat ptg, kalau tak keberatan dpt kiranya pihak tuan reply mana ejaan yg betul:- 1.Ulu Klang 2.Ulu Kelang 3.Hulu Kelang. Teima kasih | Saudara boleh ajukan pertanyaan tersebut dalam laman Khidmat Nasihat DBP. Soalan tersebut akan dijawab oleh Pemudah Cara DBP: http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Halaman Utama sbmb.dbp.gov.my | Lain-lain | 09.10.2013 |
Nama tempat 'Klang atau Kelang' ke yang betul. Contoh :- Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang atau Kelang ? | Ejaan yang betul ialah Klang. Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. | Ejaan | 28.03.2008 |
Salam sejahtera, Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Nenek baru sampai ke rumah Mak Su dari Kelang. 2. Majlis itu berlangsung sehingga ke tengah malam. Terima kasih. | 1. Nenek baru sampai ke rumah Mak Su dari Kelang. 2. Majlis itu berlangsung sehingga tengah malam. | Tatabahasa | 08.05.2017 |
Suhaiza Ibrahim WED Dec 16 11:31AM Salam... saya just nak confirmkan Jualan Gudang DBP ni bermula pada 19hb Disember bertempat di Kedai Buku DBP di Hulu Kelang kan? Sebab saya tak menjumpai sebarang maklumat mengenainya menerusi laman web DBP. Satu lagi, boleh bagi alamat lengkap tak untuk Kedai DBP Hulu Kelang? Terima kasih... | Program ini dirancangkan pada 19 - 27 Disember 2015, di Kedai Buku DBP Hulu Kelang. Tuan juga boleh menghubungi talian 03-41012409 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 16.12.2015 |
APAKAH EJAAN SEBENAR LEMBAH KELANG ATAU LEMBAH KLANG? | Ejaan yang betul ialah Lembah Klang. | Ejaan | 15.01.2010 |
Salam. 1) Ejaan yang betul: walimatulurus atau walimatul urus? 2) Ejaan yang betul: Hulu Kelang atau Ulu Klang? | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah walimatulurus | Lain-lain | 23.11.2018 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya berkaitan dengan penggunaan kata kerja bagi bertolak dan berlepas. Adakah dua perkataan ini boleh membawa masuk belajar. Contoh ayat, Kapal kontena itu berlepas dari Pelabuhan Kelang ke Australian. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi. | Sila rujuk jawapan pada soalan yang lain. | Tatabahasa | 23.07.2019 |
Ralat Salam sejahtera, saya ingin bertanya berkaitan dengan penggunaan kata kerja bagi bertolak dan berlepas. Adakah dua perkataan ini boleh membawa maksud belayar. Contoh ayat: Kapal kontena itu berlepas / bertolak dari Pelabuhan Kelang ke Australia. Terima kasih. | Perkataan "berlepas" dan "bertolak" dalam contoh ayat betul dan boleh membawa maksud belayar. Perkataan "belayar" lebih khusus untuk pergerakan di atas air. | Tatabahasa | 23.07.2019 |
Yasmin Takaful Ikhlas WED 16:03 Yasmin Takaful Ikhlas Yasmin As salam.. Mcm mana nk oder buku DBP? | Untuk mendapatkan buku yang tuan/puan inginkan, boleh hubungi pihak Ujana Buku DBP di Kompleks DBP Hulu Kelang melalui talian +60 3-4101 2328 atau Koperasi DBP melalui talian +603-2145 5501. Tuan/puan juga boleh membeli melalui portal DBPNiaga.my. Sekian terima kasih | Lain-lain | 18.01.2017 |
Saya ingin bertanya di mana saya boleh dapatkan buku aktiviti di bawah KSSR KPM untuk membuat ulangkaji dirumah walaupun kpm telah memberi kepada pelajar setiap sekolah. Terima kasih | Untuk mendapatkan buku yang tuan/puan inginkan, boleh hubungi pihak Ujana Buku DBP di Kompleks DBP Hulu Kelang melalui talian +60 3-4101 2328 atau Koperasi DBP melalui talian +603-2145 5501. Sekian terima kasih | Lain-lain | 12.01.2017 |