Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.ba.ra] | کمبارا

Definisi : ; mengembara pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia ~ dr sebuah negara ke negara lain; mengembarai mengembara (menjelajah) di: ~ negara-negara Asia; pengembaraan 1. perihal (perbuatan) me­ngembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi; pengembara orang yg mengembara: David Livingstone ialah seorang ~ yg terkenal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.ba.ra] | کمبارا

Definisi : ; mengembara pergi ke mana-mana; menjelajah: Mereka akan ~ ke negara itu. Bagaimanakah caranya manusia ~ sebelum ada kenderaan? mengembarai mengembara di; menjelajahi: Mereka berazam utk ~ seluruh dunia. pengembaraan perbuatan atau hal mengembara: ~ beliau ke Kutub Selatan hampir-hampir gagal. pengembara orang yg mengembara; penjelajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembara
Kata Terbitan : mengembara, mengembarai, pengembaraan, pengembara,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum,saya asrab khan dari kl ingin menyertai kembara bahasa 2013.sebelum ini saya ada menyertai tahun 2000.sebelum ini saya ada mohon menyertai tetapi tidak ada sebarang jawapan. saya benar-benar berminat menyertai program kembara bahasa 2013Untuk makluman tuan urus setia Kembara Bahasa 2012 ialah Bhg. Promosi dan Pengiktirafan, DBP. Urus setia pada tahun hadapan akan diputuskan oleh pihak pengurusan. Oleh itu, apabila hebahan mengenainya disiarkan segeralah tuan hubungi urus setia Kembara bahasa.Lain-lain05.12.2012
Aminur Ariffan salam tahun ne tak ada kembara bahasa lagi ke?Kembara Bahasa 2013 telahpun berlangsung dari 9 Oktober hingga 12 Oktober yang lalu meliputi empat zon (utara, selatan, timur dan tengah).Lain-lain15.11.2013
Saya ingin mengetahui sama ada DBP masih mengadakan program Kembara Sastera yang pernah saya ikuti pada tahun 2006 di SMK Bandar Muadzam Shah, Pahang. Pada masa itu, Sasterawan A Samad Said telah hadir sebagai tetamu jemputan dan program bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir pada 12 malam. Pengisian program sangat menarik dan banyak manfaat. Mohon sekiranya DBP masih meneruskan program ini, sy wakil SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang ingin turut serta dan mengadakn program ini di sekolah. Harap mendapat pertimbangan pihak DBP. Terima kasih.Mulai tahun 2012, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melaksanakan semula program Kembara Bahasa.  Kembara Bahasa diisi dengan penganjuran kegiatan bahasa dan persuratan Melayu yang menjadi penggerak misi bahasa, sastera dan budaya kebangsaan.  Sila kemukakan permohonan puan untuk mengikuti program Kembara Bahasa melalui orgsanisasi  puan kepada DBP. Lain-lain08.04.2014
Penggunaan istilah manakah yang betul -- pasukan kembara atau pasukan pengembara?

Encik Ong,

Kalau dalam bentuk istilah yang betul ialah pasukan kembara.

Tatabahasa12.08.2010
Salam sejahtera,slogan KEMBARA SUFI MEMETIK REDA ILAHI tidak diterima pakai oleh pihak tuan dan diminta untuk tukar semula MEMETIK kepada UNTUK MENDAPATKAN. Bukankah ayat slogan yang asal adalah penggunaan metafora yang terddapat dalam kesusasteraan melayu.minta pihak tuan beri penjelasanSekiranya tuan/puan ingin mengekalkan perkataan “memetik”, kami mencadangkan slogan KEMBARA SUFI MEMETIK REDA ILAHI dibetulkan kepada KEMBARA SUFI MEMETIK KEREDAAN ILAHI kerana lazimnya perkataan “memetik” akan diikuti dengan kata nama, contohnya memetik pandangan, memetik titah, memetik laporan, memetik ayat dan memetik kenyataan.Tatabahasa27.07.2018
PROGRAM KEMBARA BAHASA Aminur Ariffan Aug 30th, 9:08am alamak encik,,,tarikh tutup pada 31 ogos...huhuhu...boleh lagi tak nak join??uhuhu...boleh dilonggarkan tak ? Aminur Ariffan Aug 30th, 9:09am boleh kami buat rayuan?huhu..Sila hubungi urus setia program Kembara Bahasa pada nama dan alamat yang tertera pada makluman tersebut. Berkemungkinan masih ada peluan untuk tuan turut serta dalam program tersebut.Lain-lain30.08.2014
Aminur Ariffan Aug 28th, 8:24pm Salam DBP...bila ye kembara bahasa tahun 2014? Sya berharap sangat dapat join...last sya join tahun 2001...klau boleh sya nak sertai..Assalammualaikum WM WBT Saudara, program Kembara Bahasa akan berlangsung dari 10 hingga 15 Oktober 2014. Saudara boleh mendapatkan boriag penyertaan dengan melayari laman web www.dbp.gov.myLain-lain28.08.2014
Sallehuddin Ibrahim Jul 10th, 10:22am Salam, Saya berminat menyertai program Kembara Bahasa 2015 dan mencadangkan Taiping dipilih oleh penganjur sebagai lokasi / laluan peserta Zon Tengah. Siapakah yang dilantik sebagai pengarah program KB2005 dan sudahkah pihak penganjur /urus setia menghubungi pihak negeri PerakTuan, boleh menghubungi Ketua Bahagian Sistem Maklumat, Tuan Haji Sulaiman bin Kaiat yang bertanggungjawab dalam ehwal Kembara Bahasa 2015. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel sulaiman@dbp.gov.my.Lain-lain10.07.2015
Penggunaan *Muka Buku sebagai padanan Facebook semakin meluas. Seorang penyanyi mempopularkan padanan itu melalui lagu “Cinta Muka Buku”. Sebaliknya, Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa (Dr. Haji Awang Sariyan) tidak bersetuju dengan padanan *Muka Buku. Beliau menyokong penggunaan padanan Buku Wajah tetapi tidak menafikan hak mereka yang suka menggunakan istilah asal, iaitu Facebook. Beliau menyatakan hal ini di laman Kumpulan Kembara Bahasa pada 27 Januari 2012. Apakah pula pandangan pihak Khidmat Nasihat DBP?Beberapa istilah diperkenalkan kepada khalayak sebagai padanan perkataan facebook dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun perkataan facebook dikekalkan penggunaannya dalam bahasa Melayu kerana facebook merupakan kata nama khas sama seperti Internet.Istilah13.04.2012
Sallehuddin Ibrahim Jul 31st, 3:57pm Adalah dimaklumkan, saya telah menghubungi Tuan Haji Sulaiman bin Kaiaat melalui e-mel dan dimaklumkan kertas Cadangan Bacaton telah dipanjangkan kepada Haji Halim Harun setelah beliau mengadakan perbincangan bersama JK Kembara Bahasa 2015. Adakah ini bermakna penyertaan bacaton tidak relevan dalam Kembara Bahasa 2015. Saya juga sedang menunggu keputusan hasil perbincangan En Azhar Mohammad Dora bersama JK BBK sebagai jawapan kepada surat permohonan yang saya hantar kepada TKPO bertarilkh 1 Julai 2015. dan susulan pertanyaan secara e-mel. Mohon maaf atas pertanyaan susulan saya melalui ruangan ini. Adakah saya berhak untuk mendapat jawapan rasmi kepada surat yang telah saya majukan dan diberikan penjelasan atas faktor apa cadangan kami tidak dapat direalisasikan sekiranya ada dinyatakan dalam Piagam pelanggan DBP. Terima kasihRuangan ini memberikan tumpuan untuk menjawab permasalahan bahasa dalam kalangan pengguna. Atas semangat organisasi kami cuba membantu tuan menangani isu ini, namun kami juga tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang hal yang tersebut. Berdasarkan maklumat yang tuan berikan, kami mencadangkan tuan menghubungi pegawai yang berkenaan, Encik Azhar Mohammad Dora melalui talian 03-41012391 atau e-mel azhar@dbp.gov.my.Lain-lain31.07.2015
123

Kembali ke atas