Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kém.pén] | کيمڤين

Definisi : (kémpén) segala usaha (kegiatan dan tindakan) yg dirancangkan dan dilaksanakan dgn menggunakan penerangan (rayuan dll) utk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll): jabatan tersebut akan memperhebat ~nya utk menyedarkan pekebun-pekebun kecil tentang pentingnya penanaman semula getah; ~ pilihan raya kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi calon (parti politik) yg bertanding dlm sesuatu pilihan raya; berkempen melancarkan (menjalankan) kem­pen: pegawai penerangan parti itu sedang giat ~ membidas dasar-dasar ekonomi parti yg memerintah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kém.pén] | کيمڤين

Definisi : /kémpén/ tindakan atau usaha yg dirancang utk mempengaruhi pendapat umum supaya menyokong atau menentang sesuatu dasar: ~ pilihan raya kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi seseorang calon yg bertanding dlm pilihan raya. berkempen melancarkan atau menjalankan kempen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kempen (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan gerakan, rancangan, operasi, strategi, taktik.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Saya ingin mengetahui ejaan yang betul untuk Kempen anti-Dadah / Kempen Antidadah / Kempen Anti Dadah? Sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah Kempen Antidadah.Ejaan11.08.2010
Adakah penggunaan 'dos' dalam ayat ini betul? Juga, jika terdapat kesalahan tatabahasa yang lain, harap dapat dibetulkan. Terima kasih. Selain daripada mempertingkat kempen-kempen kesedaran melalui kursus, seminar dan media massa, para ibu bapa harus diberikan suntikan kesedaran dengan dos yang tinggi kerana mengikut dapatan kajian, tahap kesedaran mereka mengenai kepentingan menghantar anak-anak mereka ke taska yang berdaftar adalah sangat rendahPenggunaan perkataan dos dan suntikan tidak perlu dalam ayat ini. Mesej kesedaran perlu disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami.Tatabahasa05.04.2011
ayat majmuk: i. Kempen Derma Hari Pahlawan akan diadakan. ii. Kempen Derma Hari Pahlawan menghargai jasa perwira negara. a. Kempen Derma Hari Pahlawan akan diadakan untuk menghargai jasa perwira negara. b. Kempen Derma Hari Pahlawan untuk menghargai jasa perwira negara akan diadakan. Jawapan mana satu lebih sesuai atau kedua-dua jawapan boleh diterima. Minta penjelasan, terima kasih.Kedua-dua jawapan bagi ayat majmuk yang telah diberikan tidak ada kesalahan dan boleh digunakan.Tatabahasa13.07.2017
Salam sejahtera, Gambar menunjukan poster Kempen Sayangi Ibu Bapa. (Adakah Kempen Sayangi Ibu Bapa dianggap sebagai kata nama khas?)Sekiranya Kempen Sayangi Ibu Bapa merupakan nama untuk kempen tersebut, maka nama tersebut dianggap sebagai kata nama khas.Ejaan09.06.2020
Adalah dibenarkan nama kempen untuk Bank dibuat dalam bahasa Inggeris, tetapi info kempen dinyatakan dalam bahasa Malaysia. Kami berpendapat bahawa nama kempen adalah Kata Nama Khas, maka tidak perlu dialih bahasa.

Untuk makluman puan, nama kempen perlulah menggunakan bahasa Melayu atau disediakan dalam dwibahasa, dengan mendahulukan bahasa Melayu dan diikuti dengan terjemahan. Bahasa kebangsaan perlu digunakan secara meluas bagi segala maksud rasmi seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Lain-lain06.01.2022
Saya ingin memohon pandangan serta semakan daripada pihak tuan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "isi" yang ingin kami gunakan dalam komunikasi kempen kami. Kempen ini berinsipirasikan idea bahawa rutin harian boleh menjadi lebih menyenangkan apabila segalanya mengalir dengan lancar- memberi rasa puas hari apabila pengguna menemui kemudahan. PETRONAS menawarkan pelbagai bentuk kemudahan di stesen minyak yang bukan sahaja terbatas kepada isi minyak, tetapi juga memenuhi keperluan harian seperti makanan, ganjaran dan rehat. Sehubungan dengan itu, kami bercadang menggunakan permainan kata berasaskan "isi" dalam kempen ini, dalan gaya bahasa yang mudah difahami dan dekat di hari pengguna. Justeru kami ingin mendapatkan semakan serta pandangan daripada pihak DBP agar frasa yang digunakan tetap selari dengan tatabahasa dan pemahaman yang betul. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: - Isi Penuh - Isi Hati - Isi Tenaga - Isi Semula - Isi dan Kuku - Isi Poket - isi Semua SekaliPihak kami telah menyemak frasa yang diberikan dan mendapati bahawa frasa tersebut boleh digunakan.Tatabahasa04.07.2025
Adakah boleh diterima jika saya tidak guna "yang" di antara "Kempen" dan "berlangsung"? Kempen berlangsung dari 30 Oktober hingga 29 November 2021 ini juga melibatkan pameran dan seminar yang memberikan tumpuan kepada potensi Pelancongan Islam. Terima kasih.Perkataan “yang” dalam ayat “Kempen yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 29 November 2021 ini juga melibatkan pameran dan seminar yang memberikan tumpuan kepada potensi Pelancongan Islam”, tidak boleh digugurkan.Tatabahasa23.09.2022
Ejaan nama kempen perlu pembuka dan penutup kata? Contoh - Kempen "Alam Sekitar".

Pembuka dan penutup kata yang dimaksudkan ialah tanda petik (“   “). Dalam penulisan bahasa Melayu, ejaan nama kempen atau tajuk yang bersifat khusus, seperti Kempen Alam Sekitar tidak memerlukan tanda petik, kecuali ingin memberikan penegasan khusus atau merujuk pada kata atau frasa secara langsung, iaitu sebagai penanda yang mengapit judul rencana, karangan, puisi, bab buku dan sebagainya yang digunakan dalam ayat.

Contoh ayat:

Rencana Nor Fatimah yang bertajuk Manusia dan Alam Sekitar telah terpilih ke peringkat akhir dalam peraduan menulis rencana anjuran Persatuan Sains Malaysia.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 125 dan 126.

Tatabahasa05.05.2025
"Kempen Memboikot Barangan Amerika" atau "Kempen Boikot Barangan Amerika"?Jawapan yang betul ialah Kempen Memboikot Barangan Amerika.Tatabahasa26.06.2011
"Kempen Memboikot Kedai Makan Mencekik Darah" atau "Kempen Boikot Kedai Makan Cekik Darah"? atau jawapan lain yang lebih tepat?Kempen Memboikot Kedai Makan Cekik Darah. Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Empat,  cekik darah bermaksud memeras (wang, tenaga, dll).Tatabahasa26.06.2011
12345678

Kembali ke atas