Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kepada (kata tugas)
Bersinonim dengan pada, untuk, buat terhadap, akan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kata ganti diri 'dia' perlu ditukar kepada '-nya' dalam ayat pasif? Contoh : Dia menulis surat itu. Surat itu ditulis olehnya. atau Surat itu ditulis oleh dia.

Dalam ayat pasif, kata ganti diri "dia" perlu ditukar kepada "nya" atau pun dikekalkan "dia". Kedua-dua ayat; "Surat itu ditulis olehnya" dan "Surat itu ditulis oleh dia" boleh digunakan. 

Tatabahasa23.02.2018
Muhamad Hafizullah Muda Jun 1st, 10:10am Assalamualaikum. Saya ada soalan. Bagaimana ejaan yang betul untuk 'nya' yang dirujuk kepada Allah ? A- kepadanya B- kepadaNya C- kepada-Nya Muhamad Hafizullah Muda Jun 1st, 10:11am Mohon jawapan daripada pihak tuanEjaan yang betul dalam konteks yang tersebut ialah kepada-Nya.Ejaan01.06.2015
Yang manakah betul - 'beriman dengan' atau 'beriman kepada'? Mereka akhirnya mengakui kebesaran Allah dan beriman dengan-Nya. Mereka akhirnya mengakui kebesaran Allah dan beriman kepada-Nya. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah 'Mereka mengakui kebesaran Allah dan beriman kepada-Nya'.Tatabahasa05.01.2012
Bolehkah"nya" digunakan untuk haiwan? Contohnya, Si Comel berbulu lebat. Bulunya lembut seperti kapas.-nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya.
Selain itu -nya juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam.
Tatabahasa30.07.2015
Ingin bertanya yang mana betul: 1. Kata-kata aluan 2. Kat Alu-aluan Adakah betul ayat: 1. Dengan izin-Nya jua 2. Dengan izinNya Terima kasih

1. Kata alu-aluan

2. Dengan izin-Nya (Nya merujuk kepada Allah)

Tatabahasa18.10.2011
Assalamaualaikum, Bolehkan kata ganti nama diri ketiga -nya digunakan untuk merujuk binatang atau sesuatu selain manusia?
-nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya.
Selain itu -nya juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam.
Tatabahasa27.08.2012
Salam Sekiranya saya nak alih bahasa perkataan 6 pieces ke BM, akan jadi 6 biji. Perlukah tanda dash atau tidak? 6 biji atau 6-biji Mohon pencerahan. Terima kasih.Wassalam... Berdasarkan soalan diatas, TIDAK perlu tanda sempang. Antara fungsi tanda sempang (-) digunakan bagi memisahkan antara perkataan dengan angka (contoh: DYMM YDA ke-15,) dan antara huruf besar dengan huruf kecil (cpontoh: kita berserah kepada-Nya).Oleh itu, Saya cadangkan 6 biji ditulis enam biji (angka dibawah 10 dieja dengan perkataan). Sekian.Tatabahasa18.05.2018
Adakah salah kalau murid tidak tulis -nya pada ayat berikut? 1)Ben Li makan sarapan dengan keluarga(nya). 2)Ben Li dan kawan-kawan(nya) pergi ke ladang anggur. 3)Ben Li dan keluarga(nya) menyaksikan pertunjukan udara.

Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat pertama, kedua dan ketiga yang disoal, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga. Sekiranya tidak diletakkan 'nya' akan timbul persoalan misalnya menerusi ayat pertama sekiranya tidak diletakkan kata 'nya' akan wujud persoalan Ben makan bersama keluarga siapa?

Oleh itu, saudari/saudari perlu meletakkan kata 'nya' di dalam ketiga-tiga ayat tersebut.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa02.08.2012
Contoh ayat: Tuhan (Pencipta) menghulurkan pertolongan/bantuan kepada umat-Nya (makhluk ciptaan-Nya). Tuhan memakbulkan doanya dengan membantu/menolongnya terlepas daripada pemenjaraan. apakah jawapan saudara dan sila huraikan jawapan saudara yang boleh membantu saya melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih.Merujuk Kamus Dewan perkataan pertolongan sama maksudnya dengan bantuan dan begitu juga dengan membantu sama maksudnya dengan menolong. Oleh itu, tidak ada perbezaan maksud bagi kedua-dua pasangan kata tersebut.Makna11.01.2012
Assalamualaikum Tuan, Minta tolong jasa baik tuan untuk semak dan edit ayat di bawah dengan bahasa melayu yang betul seperti di bawah ini: "Jika apa yang kita rancang/plan dan ianya berjalan sesuai dengan racangan kita, itu adalah anugerah/hadiah dari Allah. Tetapi jika tidak berjalan apa yang telah kita rancang, terimalah dengan hati dan jiwa yang tenang , itu adalah suatu anugerah Ilahi yang di tangguhkan / ditunda sebab Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mintalah petunjuk yang terbaik dari Allah ,terus berusaha mencari peluang dan sentiasa fukus, yakin pada diri anda serta bertawakkal padaNya. Terima kasih atas jasa baik tuan Wassalam HasbiJika apa yang dirancang berjalan sesuai dengan racangan kita, itu adalah anugerah/hadiah daripada Allah. Tetapi jika sebaliknya, terimalah dengan hati dan jiwa yang tenang. Perancangan itu ditunda buat sementara waktu kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mintalah petunjuk, di samping berusaha mencari peluang, sentiasa fokus, yakin pada diri dan bertawakkal kepada-Nya.Lain-lain03.11.2015
123456789

Kembali ke atas