Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pus.ta.ka.an] | کڤوستاکاءن

Definisi : 1. kesusasteraan, buku-buku kesusasteraan; 2. senarai buku yg dipakai utk mengarang dll, bibliografi; 3. semua buku (ter­bitan, hasil karya, dsb) tentang sesuatu bidang ilmu pengetahuan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pus.ta.ka.an] | کڤوستاکاءن

Definisi : kesusasteraan, buku-buku kesusasteraan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepustakaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan 'persuratan'?Persuratan: perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu.Makna16.09.2009
APAKAH FAKTOR PENCEMARAN BAHASA?Soalan berbentuk tugasan ini memerlukan bacaan dan kajian kepustakaan untuk menjawabnya. Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan lain untuk melihat dapatan yang berkaitan dengan tugasan tersebut.Lain-lain11.07.2012
Boleh Tuan jelaskan kepada saya definisi bahasa persuratan?Bahasa persuratan melibatkan perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan dan juga perpustakaan.Lain-lain23.09.2007
kesan-kesan liberal islam

Saudara Amiza,

Jawapan bagi pertanyaan seperti ini memerlukan kajian dan rujukan kepustakaan. Sila buat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan atau pusat sumber di tempat saudara. 

Lain-lain12.03.2010
apakah maksud asas-asas sosial politik

Saudara Hazami,

Untuk mendapatkan maklumat tentang perkara ini, saudara perlulah membuat kajian dan penyelidikan kepustakaan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara.

 

Lain-lain31.05.2010
apakah yang dimaksudkan dengan teologikal dan deontologikal?menerusi konsep etika.

Saudara,

jawapan kepada persoalan yang dikemukakan memerlukan pembacaan dan kajian kepustakaan. Oleh itu, saudara perlu membuat kajian dan rujukan di perpustakaan di tempat saudara. 

Lain-lain03.03.2010
2 soalan : 1) kesan pertembungan bahasa 2) elemen struktur sastera kanak-kanak dan remaja

. Jawapan kepada pertanyaan puan memerlukan kajian dan penyelidikan kepustakaan. Kami cadangkan puan membuat rujukan di perpustakaan  atau di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.  Antara bahan yang boleh dijadikan rujukan ialah  makalah yang diterbitkan di dalam majalah Pelita Bahasa dan Dewan Bahasa bertajuk 'Gangguan Bahasa dan Model Bahasa oleh Abdul Aziz Abdul Talib dan 'Bahasa Melayu di Malaysia: Satu Tinjauan tentang Perkembangan dan Masalahnya' oleh Awang Sariyan. Walau bagaimanapun, kami memberikan  penerangan awal mengenai pertembungan bahasa, iaitu  merupakan  keadaan sosiobudaya yang memungkinkan sesuatu bahasa mempengaruhi bahasa lain.  Pertembungan bahasa terjadi di seluruh dunia, apa lagi di Nusantara yang kaya dengan pelbagai bahasa dan pelbagai kemungkinan.  Pertembungan dua bahasa di sesuatu daerah akan menghasilkan beberapa gejala sosiolinguistik.

2. Jawapan kepada pertanyaan puan memerlukan kajian dan penyelidikan kepustakaan. Kami cadangkan puan membuat rujukan di perpustakaan  atau di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.  

Lain-lain06.04.2014
peranan iklan dalam pengglobalan bahasa melayu & kepentingan pengglobalan bahasa melalui iklan.

Saudara Hishamuddin,

Jawapan bagi pertanyaan yang saudara kemukakan memerlukan kajian dan rujukan kepustakaan. Oleh itu, saudara dinasihati agar membuat rujukan di perpustakaan di tempat saudara.   

Lain-lain06.03.2010
yang mana betul, harapkan paga, pagar makan padi atau harapkan pegar, pegar makan padi. mohon pencerahan. terima kasih.Peribahasa yang terakam dalam buku peribahasa ialah "harapkan pagar, pagar makan padi". Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali bentuk asal peribahasa tetap dikekalkan.
Tatabahasa29.09.2014
Bahasa ilmu ialah bahasa yang mampu menjadi perantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan hingga ke peringkat lebih tinggi. Berdasarkan pernyataan tersebut, sejauh manakah bahasa Melayu boleh mencapai tahap bahasa ilmu?

Puan,

Jawapan untuk soalan begini memerlukan pembacaan dan kajian kepustakaan. Sila rujuk buku, kertas kerja  atau makalah di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat puan.

Lain-lain11.08.2010
123

Kembali ke atas