Saya ingin bertanya tentang perkataan "ketahui". Adakah "ketahui" itu perkataan yang digunakan dalam bentuk pasif? Contoh: Hal itu telah saya ketahui. Bolehkah "ketahui" digunakan dalam ayat perintah seperti berikut: Ketahuilah hak anda sebagai pengguna. | Melalui rujukan kami, kata "ketahui/diketahui" lazimnya digunakan dalam ayat pasif, namun tidak salah penggunaannya dalam ayat perintah seperti contoh yang diberikan. | Tatabahasa | 29.09.2014 |
a) Projek itu telah kami ketahui. b) Projek itu kami telah ketahui. Yang manakah antara ayat di atas yang betul? | Ayat yang lebih gramatis ialah "Projek itu telah kami ketahui". | Tatabahasa | 11.06.2016 |
Adakah ada ilmu yang tidak engkau ketahui? Atau Adakah ada ilmu yang engkau tidak ketahui? | Ayat yang lebih tepat: Adakah ada ilmu yang engkau tidak ketahui? | Lain-lain | 19.05.2016 |
Saya ingin ketahui, siapakah yang boleh saya emelkan untuk sebarang peluang kolaborasi diantara DBP dan perkumpulan teater Singapura untuk pementasan teater kami? | Kemukakan permohonan tuan berserta kertas cadangan kepada: Pengarah, Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 28.12.2015 |
Apakah perbezaan di antara perkataan "tentang" dan "mengenai"? Contoh ayat: Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan Telekom Malaysia. Ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan Telekom Malaysia. Terima kasih di atas penerangan Tuan/Puan. | Salam sejahtera, Tuan, Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan seperti, Mereka berbincang tentang masalah negara. Selain itu, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan kata mengenai. Perlu diingat perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada" seperti, Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Berdasarkan soalan tuan, ayat yang paling sesuai adalah, ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan Telekom Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 12.07.2017 |
Lebih banyak saya ketahui tentang orang yang membuat keputusan yang membentuk dunia, lebih banyak keraguan saya kepada@pada kemampuan dan matlamat mereka. | Lebih banyak saya ketahui tentang orang yang membuat keputusan yang membentuk dunia, lebih banyak keraguan saya terhadap kemampuan dan matlamat mereka. | Tatabahasa | 14.09.2011 |
Adakah kedua-dua jawapan menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif ini betul. Soalan 1. Saya mengetahui bahawa tuduhan itu tidak benar. Jwpn: a) Bahawa tuduhan itu tidak benar saya ketahui. b) Bahawa tuduhan itu saya ketahui tidak benar. Soalan 2. Mereka mengetahui bahawa Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Jwpn: a) Bahawa Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang diketahui oleh mereka. b) Bahawa Hanis diketahui oleh mereka telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Sekian, terima kasih. | Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamaka objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Merujuk soalan saudara; 1. (a)Tuduhan itu tidak benar saya ketahui. (b). Tuduhan itu saya ketahui tidak benar. solan 2. (a). Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang diketahui oleh meraka. (b). Hanis diketahui oleh meraka telah mencapai kejayaan yang cemerlang. | Lain-lain | 19.02.2010 |
Apakah kata dasar untuk perkataan 'mengetahui'? Jika jawapan pihak tuan ialah 'ketahui', mengapakah entri kata ini tidak ada dalam Kamus Dewan, dan tidak wujud imbuhan apitan ke-...-i dalam Tatabahasa Dewan. Terima kasih. | Kata dasar mengetahui ialah tahu. Kata ketahui mempunyai maksud yang sama dengan mengetahui, hanya perbezaan penggunaan dalam ayat. Kata mengetahui digunakan dalam ayat aktif, manakala kata ketahui digunakan dalam ayat pasif kata ganti nama diri pertama dan kedua. | Tatabahasa | 27.04.2016 |
Tuan/Puan, Bolehkah saya ketahui tentang cara memohon kelulusan untuk memasang "signboard" baru untuk pusat tuisyen kami. Terima kasih. | Layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik e-Perkhidmatan dan klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila ikuti langkah selanjutnya yang diterangkan dalam domain tersebut. | Lain-lain | 13.08.2015 |
Salam, Boleh sekiranya untuk saya ketahui perbezaan maksud bagi perkataan di bawah: 1. Mencedok, menciplak dan memplagiat Terima kasih. | Kata "ciplak" yang sama maksud dengan ‘jiplak’ bermaksud meniru hasil pekerjaan orang lain; plagiat iaitu mencedok kata-kata, idea daripada orang lain dan menggunakan sebagai karyanya sendiri. | Istilah | 11.10.2017 |