Salam sejahtera, adakah perkataan "ketersambungan" terdapat dalam bahasa Melayu? | Tidak ada kata terbitan "ketersambungan", yang ada bersambung, menyambung, menyambungkan, persambungan, penyambungan, sambungan, bersambungan dan penyambung. | Tatabahasa | 22.07.2022 |
Pohon bantuan untuk semakan ketepatan terjemahan: BI: First and Last Mile Connectivity BM: Ketersambungan awal dan akhir Terima kasih. | Terjemahan yang diberikan adalah bertepatan dengan ayat dalam bahasa Inggeris yang diberikan. Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 31.10.2022 |
Apakah terjemahan bagi perkataan "highly-connected" dan "connectivity". Contoh penggunaan - "The city is highly-connected with advanced digital connectivity & reliable transportation". Terima kasih. | Istilah Highly-connected masih belum ada dalam data pangkalan kami. Cadangan yang sesuai bagi terjemahan highly-connected ialah mengikut konteks ayat yang diberikan ialah berhubung sepenuhnya manakala maksud connectivity dalam bidang teknologi maklumat ialah ketersambungan. | Makna | 09.10.2017 |